Director
Jika anda adalah kakitangan kerajaan, anda mungkin pernah terima SMS atau promosi pinjaman peribadi koperasi dan juga pinjaman peribadi bank interest paling rendah. Ada banyak jenis pinjaman peribadi yang berkadar rendah, tapi payout tinggi, ada juga pinjaman peribadi sesuai untuk yang ada masalah rekod CCRIS,CTOS,AKPK dan SAA.
Kebanyakan kakitangan kerajaan selalunya akan memilih Bank Rakyat atau Bank Simpanan Nasional terlebih dahulu semasa mencari pinjaman peribadi kerajaan disebabkan bank bank tersebut lebih terkenal dipercayai, ada banyak outlet di Malaysia, dan kadar pembiayaan yang kompetitif berbanding pinjaman koperasi.
Namun, kebanyakan pinjaman bank akan melalui proses permohonan yang lama kerana kakitangan kerajaan kena pergi kaunter untuk buat pinjaman peribadi. Oleh itu, ramai yang lebih memilih untuk buat pinjaman peribadi kerajaan secara online. Bukan sebab itu sahaja, penjawat awam mencari alternatif selain daripada bank disebabkan ada komitmen yang tinggi yang sukar untuk dapat kelulusan pinjaman, atau personal loan dengan interest rendah daripada bank konvensional.
Kali ini kami senaraikan pinjaman peribadi kerajaan yang terbaik dan latest untuk tahun 2024, khas untuk kakitangan kerajaan persekutuan (AG), negeri, badan berkanun dan GLC yang terpilih di Malaysia.
Semua pinjaman peribadi kerajaan ini sesuai untuk pelbagai keperluan kewangan dan pemohon pinjaman bank dan koperasi yang mempunyai latar belakang kredit yang berbeza-beza. Sebagai contoh, pembiayaan untuk kurangkan komitmen dengan penyatuan hutang, selesaikan masalah rekod CCRIS/CTOS/AKPK/SAA, pinjaman koperasi dengan ansuran yang murah, pinjaman bank dan koperasi yang boleh lulus segera secepat 2 hari dan banyak lagi.
(1) Peminjam dengan komitmen luar slip gaji yang tinggi, tunggakan dalam CCRIS, masalah SAA dan tunggakan CTOS kurang daripada RM2,000 masih layak mohon
(2) Kadar faedah tetap rendah (4.50% setahun) dengan pembayaran payout 100%
(3) Jumlah pinjaman yang tinggi sehingga RM250,000
(1) Anda hanya layak mohon jika bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan, dan pendapatan minima RM3,000 sebulan
(2) Proses untuk tahu kelulusan dalam 1-2 minggu tapi akan dapat wang pinjaman dengan segera selepas pinjaman lulus
Kadar Pembiayaan Tetap: 4.50% setahun
Pembayaran/ payout: Pembayaran payout sehingga 100%
Pinjaman Maksimum: RM250,000 (pembiayaan sehingga 10 tahun)
Pendapatan Minimum: RM3,000 sebulan
Status Pekerjaan: Pekerjaan tetap bekerja minimum 3 bulan dan doktor kontrak layak mohon
Masa Proses: Lebih kurang 1-2 minggu bekerja
Bayaran Balik: Potongan ANGKASA
Yuran Keahlian Bulanan: Tiada
Perlindungan Takaful / Insurans: Ya
Berkonsep Syariah: Ya
Jika anda mencari pembiayaan yang sesuai untuk menyatukan hutang yang mahal dengan pinjaman peribadi kerajaan dengan kadar faedah yang lebih berpatutan, pinjaman peribadi Kuwait Finance House mempunyai pakej pinjaman yang menarik untuk anda. Pinjaman peribadi ini menerima pemohon yang ada masalah CCCRIS, CTOS & SAA dengan syarat tunggakan tersebut diselesaikan dengan memohon pinjaman daripada KFH. Bagi yang mempunyai rekod AKPK pula, tidak dibenarkan untuk membuat permohonan.
Pinjaman peribadi Kuwait Finance House akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Pinjaman ini sesuai untuk menyatukan pinjaman yang mahal kerana kadar pinjaman tetap ini serendah 4.50%. Anda juga akan terima payout sehingga 100% daripada amaun pinjaman.
Penjawat awam dengan gaji tetap minimum RM2,000, mempunyai jawatan tetap selama 3 bulan atau pun doktor kontrak layak untuk mohon. Proses permohonan biasanya akan mengambil masa 1-2 minggu bekerja untuk dapat tahu kelulusan dan terima wang pinjaman segera.
Mohon Pinjaman Peribadi Kuwait Finance House (KFH)
(1) Kadar keuntungan tetap (dari 3.99%) dan pembayaran payout setinggi (98%)
(2) Pengiraan kos sara hidup lebih rendah dan lebih santai berbanding bank lain, ini bermaksud peluang kelulusan lebih tinggi untuk peminjam dengan komitmen luar yang tinggi
(3) Masa kelulusan yang stabil (kelulusan biasanya dalam masa seminggu dari permohonan)
(4) Tak perlu cop sain majikan untuk pelanggan sedia ada
(1) Peminjam dengan AKPK, Akaun Perhatian Khas (SAA - Special Attention Account), rekod CCRIS lebih dari 2 bulan tertunggak, rujukan perdagangan (trade reference) / rekod CTOS melebihi > RM1,000 tidak layak mohon (tunggakan PTPTN boleh dipertimbangkan
Kadar Pembiayaan Tetap: 3.99% setahun (untuk pinjaman RM200K hingga RM350K) | 4.65% setahun (untuk pinjaman RM50K hingga RM200K) | 5.20% (untuk pinjaman RM5K hingga RM49K)
Pembayaran/ Payout: 98% daripada jumlah pembiayaan
Pinjaman Maksimum: RM350,000 (pembiayaan sehingga 10 tahun)
Pendapatan Minimum: RM1,500 sebulan
Status Pekerjaan: Pekerjaan tetap dengan minimum 1 tahun dalam perkhidmatan (6 bulan bagi kementerian terpilih)
Masa Proses: 1 - 2 minggu (kelulusan dalam masa seminggu dan diteruskan dengan proses tandatangan surat tawaran di cawangan)
Bayaran Balik: Potongan ANGKASA
Yuran Keahlian Bulanan: Tiada
Yuran Pemprosesan: Tiada
Perlindungan Takaful / Insurans: Ya
Berkonsep Syariah: Ya
Pinjaman peribadi ini ditawarkan secara langsung oleh Public Islamic Bank MCCM Resources Sdn Bhd (MCCM), rakan kongsi bank yang membantu penjawat awam dapatkan pinjaman peribadi yang selamat melalui pemotongan ANGKASA. Pinjaman ini sangat sesuai untuk kakitangan kerajaan yang mencari pembiayaan dengan kadar faedah tetap dan rendah. Tempoh masa pemprosesan adalah stabil, kelulusan seawal seminggu dari waktu penyerahan dokumen lengkap.
Kadar faedah tetap dan rendah daripada Public Islamic Bank ini sesuai untuk penjawat awam yang berhasrat untuk mengurangkan komitmen bulanan dengan menyatukan hutang seperti pinjaman peribadi dan kad kredit yang memiliki kadar faedah lebih tinggi. Public Bank membenarkan peminjam menggunakan pinjaman ini untuk melunaskan hutang kad kredit dan sebagainya lebih cepat. Cara ini dapat membantu untuk mengurangkan beban kewangan peminjam yang perlu menyelesaikan tunggakan kad kredit dengan kadar faedah 18% setahun.
Memandangkan ini adalah pinjaman bank, Public Bank akan mempertimbangkan komitmen luar anda dalam pengiraan nisbah khidmat hutang (DSR - Debt Service Ratio) anda. Walau bagaimanapun, pengiraan kos sara hidup adalah lebih rendah daripada kebanyakan bank, yakni hanya RM700 untuk yang tinggal di bandar dan RM400 untuk kawasan pinggir bandar. Jika dibandingkan dengan bank lain, kos sara hidup untuk peminjam yang tinggal di bandar dalam RM1,700 dan luar bandar dalam RM700. Pengiraan kos sara hidup yang lebih rendah ini bermaksud para peminjam yang permohonannya mungkin ditolak oleh bank lain kerana komitmen yang tinggi mungkin masih berpeluang mendapat kelulusan pinjaman daripada Public Bank - MCCM.
Namun, peminjam dengan rekod AKPK, Akaun Perhatian Khas (SAA) atau yang mempunyai tunggakan CCRIS melebihi 2 bulan (selain PTPTN) tidak layak untuk memohon pinjaman peribadi keraajaan daripada Public Bank.
Harap maklum pembiayaan ini dipasarkan melalui ejen MCCM Resources. Setelah anda menghantar borang, permohonan akan diproses secara langsung di HQ Public Bank dan setelah memperoleh kelulusan (biasanya dalam masa seminggu), bank akan menyerahkan kes ini ke cawangan terpilih yang berdekatan dengan anda. Selepas itu, anda cuma perlu pergi ke cawangan tersebut untuk menandatangani surat tawaran. Duit pinjaman akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.
Mohon Pinjaman Peribadi Public Islamic Bank - MCCM
(1) Kadar faedah tetap serendah (dari 3.99%) dan pembayaran payout tinggi (sehingga 98%)
(2) Masa kelulusan yang stabil (kelulusan biasanya dalam masa seminggu dari permohonan)
(3) Tunggakan PTPTN layak mohon
(1) Peminjam dengan rekod AKPK, Akaun Perhatian Khas (SAA - Special Attention Account) tidak layak
(2) Pemohon yang ada tunggakan CCRIS lebih 2 bulan, dan rekod CTOS melebihi RM3,000 tidak layak untuk mohon
Kadar Faedah Tetap: 3.99% setahun (pinjaman RM50K - RM250K) | 4.45% (pinjaman RM5K - RM49K)
Pembayaran/ Payout: Sehingga 98% daripada jumlah pembiayaan
Pinjaman Maksimum: RM250,000 (sehingga 10 tahun pembiayaan)
Pendapatan Minimum: RM1,500 sebulan termasuk elaun tetap
Status Pekerjaan: Pekerjaan tetap dengan minimum 3 bulan dalam perkhidmatan
Masa Proses: 1-2 minggu
Bayaran Balik: Potongan ANGKASA
Yuran Keahlian Bulanan: Tiada
Perlindungan Takaful / Insurans: Ya
Berkonsep Syariah: Ya
Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Ambank Islamic (anak syarikat Ambank) dengan potongan gaji oleh MCCM Resources Sdn Bhd melalui Biro Angkasa. Ambank (MCCM) menawarka pinjaman peribadi kerajaan dengan kadar tetap serendah 3.99% setahun untuk sektor awam atau syarikat berkaitan kerajaan GLC.
Penjawat awam boleh memohon pinjaman sehingga RM250,000 sehingga tempoh 10 tahun. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin menggabungkan hutang ke dalam satu akaun sekaligus menjadikan ansuran bulanan lebih murah menerusi kadar faedah yang lebih rendah.
Pinjaman ini merupakan salah satu pinjaman peribadi yang menawarkan kadar faedah yang paling rendah dan bayaran (“payout”) yang tinggi kepada penjawat awam melalui potongan gaji. .
Ambank akan mempertimbangkan komitmen luar slip gaji sewaktu mengira kemampuan perkhidmatan hutang anda. Peminjam dengan masalah rekod negatif CTOS/rujukan perdagangan (trade reference) dengan institusi bukan bank (contohnya seperti Courts, Singer, Telco, pemberi pinjaman wang berlesen/ koperasi) masih layak untuk memohon. Walau bagaimanapun, peminjam dengan rekod AKPK atau Akaun Perhatian Khas (SAA) tidak layak memohon. Sekiranya anda mempunyai pinjaman daripada bank yang mempunyai tunggakan 2 bulan atau lebih pada masa yang terkini, anda perlu menyelesaikannya terlebih dahulu.
Setelah memperoleh surat pengesahan majikan, bersetuju dengan pakej pinjaman dan menandatangani Borang Biro ANGKASA, anda boleh terus pergi ke cawangan Ambank yang terdekat untuk menandatangani surat tawaran pinjaman peribadi kerajaan dan amaun pembiayaan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.
Mohon Pinjaman Peribadi Ambank (MCCM)
(1) Kadar faedah tetap serendah (dari 4.35% setahun) dan pembayaran payout tinggi (sehingga 89%)
(2) Peminjam dengan komitmen luar tinggi layak mohon
(3) Tidak akan kira komitmen luar
Pertimbangan
(1) Peminjam dengan rekod AKPK tidak layak
(2) Pemohon yang ada masalah CTOS/CCRIS masih layak mohon tertakluk kepada syarat pihak Ukhwah, untuk masalah SAA boleh mohon tapi perlu selesaikan dulu dengan pinjaman tersedia
Kadar Faedah Tetap: 4.35% setahun (pinjaman bawah 3 tahun) | 4.99% (pinjaman 4 hingga 10 tahun)
Pembayaran/ Payout: Sehingga 89% daripada jumlah pembiayaan
Pinjaman Maksimum: RM200,000 (sehingga 10 tahun pembiayaan)
Pendapatan Minimum: RM1,800 sebulan termasuk elaun tetap
Status Pekerjaan: Pekerjaan tetap dengan minimum 8 bulan dalam perkhidmatan
Masa Proses: 1-2 minggu
Bayaran Balik: Potongan ANGKASA
Yuran Keahlian Bulanan: RM30
Perlindungan Takaful / Insurans: Ya
Berkonsep Syariah: Ya
Pinjaman peribadi koperasi ini ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (“Koperasi Ukhwah”). Koperasi Ukhwah ditubuhkan pada tahun 1998. Aktiviti koperasi Ukhwah termasuk pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun, Ar-Rahnu, hartanah, Ukhwah care dan Ukhwah komputer. Koperasi Ukhwah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.
Penjawat awam boleh memohon pinjaman sehingga RM200,000 sehingga tempoh 10 tahun dengan kadar tetap serendah 4.35% setahun. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin menggabungkan hutang ke dalam satu akaun sekaligus menjadikan ansuran bulanan lebih murah menerusi kadar faedah yang lebih rendah.
MBSB tidak akan mempertimbangkan komitmen luar slip gaji anda sewaktu mengira kemampuan perkhidmatan hutang anda. Oleh itu, peminjam yang ada masalah rekod CCRIS atau CTOS koperasi UKHWAH menerima tetapi kelulusan pinjaman tertakluk pada pihak UKHWAH. Namun, peminjam yang ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account), pihak UKHWAH terima tetapi perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia. Pemohona yang ada rekod AKPK tidak layak untuk mohon.
Mohon Pinjaman Peribadi MBSB (Ukhwah)
(1) Salah satu pinjaman peribadi terpantas untuk kakitangan kerajaan - Terima pembiayaan secepat 2 hari bekerja
(2) Sumber pembiayaan dan masa ‘turnaround’ yang stabil
(3) Peminjam dengan komitment luar yang tinggi/ ahli AKPK/SAA, tunggakan dalam rekod CCRIS/CTOS layak untuk memohon
(4) Tiada yuran keahlian untuk Yayasan Ihsan Rakyat (YIR)
(1) Terdapat banyak jenis pakej pembiayaan dan kadar faedah yang boleh mengelirukan peminjam
(2) Terdapat sesetengah pakej pembiayaan dengan kadar faedah tinggi dengan pembayaran payout rendah (untuk peminjam dengan skor kredit rendah)
(3) Memerlukan sekitar 3 minggu untuk mendapatkan penyata penyelesaian
Pada tahun 2022, ada beberapa perubahan dalam 3 pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh YIR/YYP (bergantung pada skor kredit peminjam):
Skor Kredit Tinggi | Skor Kredit Rendah |
Kadar 6.65% dengan pembayaran payout 84% | Kadar 8.88% dengan pembayaran payout 77% |
- | Kadar 9.99% dengan pembayaran payout 74% |
Kadar Pembiayaan Tetap: Serendah 6.65% setahun
Pembayaran/ payout: Bergantung pada pakej pembiayaan ( 74% - 84% dari jumlah pembiayaan)
Jumlah Pinjaman Maksimum: RM300,000 (pembiayaan sehingga 10 tahun)
Pendapatan Minimum: RM1,500 sebulan
Status Pekerjaan: Bekerja tetap dengan minimum 6 bulan dalam perkhidmatan (kontrak untuk kerja 2 tahun dengan KEMAS)
Pemprosesan Masa: Sepantas 2 hari bekerja
Pembayaran Balik: Potongan gaji (untuk YIR)/ Potongan ANGKASA (untuk YYP)
Yuran Keahlian Bulanan: Buat masa ini tiada yuran dikenakan
Perlindungan Takaful / Insurans: Tiada
Berkonsep Syariah: Ya
Kedua-dua Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah yayasan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016, bukannya sebagai koperasi. Pinjaman ini sesuai untuk kakitangan kerajaan yang mencari pembiayaan yang cepat dan selamat, memandangkan pemprosesan untuk kelulusan oleh YIR dan YYP boleh dilakukan sepantas 2 hari bekerja setelah dokumentasi lengkap diterima.
Pembiayaan untuk YIR dan YYP disediakan oleh RCE Marketing Sdn Bhd, anak syarikat RCE Capital Berhad, sebuah syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia. Pemprosesan pinjaman YIR dan YYP juga dilakukan oleh RCE. Ciri produk untuk kedua-dua YIR dan YYP adalah sama, perbezaan utama adalah pembayaran balik pinjaman YIR adalah melalui pemotongan gaji AG tetapi YYP adalah melalui ANGKASA.
Pembiayaan ini juga sesuai untuk peminjam yang mempunyai rekod SAA, AKPK, CTOS atau komitmen luar yang tinggi, dan juga untuk mereka yang mempunyai gaji serendah RM1,500 sebulan serta telah bekerja tetap selama 6 bulan sahaja. Peminjam dengan jumlah tertunggak kurang dari RM30,000 dalam CTOS masih layak untuk memohon, tetapi harus diingatkan bahawa kadar faedah pinjaman akan terkesan.
Keistimewaan utama YIR adalah tiada yuran keahlian bulanan kepada peminjam, jadi ini boleh kurangkan beban kepada peminjam. Sebahagian besar pinjaman koperasi lain di pasaran mempunyai ahli yuran bulanan.
Terdapat maklum balas oleh pelanggan YIR dan YYP bahawa mereka dikenakan bayaran sebanyak RM100 sebagai bayaran pendahuluan untuk mendapatkan penyata penyelesaian bagi setiap pinjaman YIR/YYP mereka. Masa pemprosesan untuk penyelesaian ini adalah sekitar 3 minggu. Penyata penyelesaian tidak diperlukan jika bertindih (ovelap) semula dengan pinjaman baru Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad.
Mohon Yayasan Ihsan Rakyat Mohon Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis
Ada banyak sebab kenapa kita memerlukan bantuan kewangan tambahan. Ada yang ingin membuat perbelanjaan besar (kereta, perabot baru, deposit rumah dan lain-lain). Ada juga yang memerlukan pembiayaan peribadi untuk menyelesaikan hutang tertunggak.
Pinjaman peribadi sangat berguna untuk anda yang perlukan 'fast cash' untuk bantuan menangani masalah kewangan jangka pendek kerana anda tidak perlukan penjamin pinjaman.
Namun, tak semua mampu untuk mohon pinjaman peribadi dengan bank jika berpendapatan rendah. Oleh itu, kami juga senaraikan pinjaman peribadi kerajaan untuk kakitangan awam yang bergaji serendah RM1,500 termasuk elaun tetap.
Semua pinjaman peribadi kerajaan ini merupakan pinjaman yang berlandaskan syariah dan selamat untuk anda mohon melalui platform Direct Lending.
Hanya luangkan beberapa minit untuk semak kelayakan pinjaman peribadi online untuk pengesahan kelayakan serta-merta. Anda tidak perlu menghantar dokumen peribadi semasa membuat semakan. Ia selamat dan terjamin.
Jika layak, sediakan dokumen pengenalan diri dan penyata pendapatan untuk melengkapkan permohonan. Pelbagai kaedah disediakan untuk penghantaran dokumen kepada kami. Pilih kaedah yang paling sesuai dengan anda.
Semak dan tandatangan perjanjian pinjaman. Pembekal pinjaman yang anda pilih akan menghubungi anda untuk mengesahan butiran permohonan
Wang pinjaman akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda sepantas 2 hari bekerja.*
Harus diingatkan semua produk pinjaman peribadi kerajaan yang kami senaraikan ini tidak akan meminta apa-apa bayaran deposit atau pendahuluan. Jika ada caj atau fi pinjaman pun ianya akan terus dipotong daripada amaun pinjaman peribadi anda, dan bukan kena bayar secara tunai.
Sekiranya anda ingin mengetahui jika anda layak memohon pinjaman bank atau koperasi tersebut, anda boleh semak kelayakan anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi Direct Lending. Anda boleh dapatkan pakej pinjaman peribadi kerajaan dengan lebih cepat dan proses permohonan yang lebih mudah secara online. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 16 April 2020 dan dikemas kini pada 19 Januari 2024).
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.