Director
“Pinjaman anda tidak lulus disebabkan rekod buruk oleh CCRIS atau CTOS”. Pernahkah anda ditanya soalan yang sebegini oleh pegawai bank? Dan anda mula berfikir, “Apa itu CCRIS dan CTOS?” Apa pula beza CCRIS dan CTOS?
Salah satu kayu ukur yang memberi kesan kepada status kelulusan permohanan pinjaman anda adalah, rekod kredit iaitu rekod pembayaran balik pinjaman anda. Jadi sebelum anda memohon mana-mana pinjaman, seperti pinjaman peribadi anda kena tahu dulu, adakah anda membayar balik pinjaman setiap bulan dan tiada tunggakan? atau adakah sebarang kelewatan semasa membayar?
Hal ini kerana, peluang untuk mendapatkan kelulusan pinjaman adalah lebih tinggi jika pembayaran pinjaman semasa anda adalah tepat pada masa dan tiada tunggakan. Namun, bagaimanakah pihak bank atau institusi kewangan dapat melihat rekod pembayaran ini? Sebelum kami jelaskan lebih mendalam, ketahui dulu apa itu CCRIS dan CTOS dan cara-cara untuk semak dan dapatkan laporan ini.
Seperti semua sedia maklum institusi kewangan yang sah dapat mengakses maklumat kewangan anda daripada laporan kredit. Di Malaysia, terdapat beberapa agensi pelaporan kredit, iaitu:
Ramai yang masih tak jelas apa itu CCRIS dan apa itu CTOS. Walaupun ianya berfungsi lebih kurang sama, namun ada beberapa ciri laporan kredit ini yang anda perlu tahu.
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod kredit yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak pembayaran pinjaman anda. CCRIS dimiliki dan dikendalikan oleh BNM untuk memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.
Maklumat yang direkodkan dalam laporan CCRIS termasuklah:
Anda boleh dapatkan dan semak laporan CCRIS melalui beberapa saluran secara PERCUMA sahaja.
Jika anda memerlukan laporan kredit CCRIS dengan kadar segera, anda kini boleh semak CCRIS secara online dan percuma di portal eCCRIS. Jika anda adalah warganegara Malaysia yang mempunyai akaun online banking dan BELUM mendaftar sebagai pengguna eCCRIS, sila mendaftar secara dalam talian melalui portal eCCRIS dahulu.
Langkah 1: Layari eccriss.bnm.gov.my dan klik ‘Daftar Sekarang’
Langkah 2: Isi maklumat peribadi
a. Isi maklumat peribadi anda.
Nama penuh, nombor MyKad, tarikh lahir, nombor
telefon bimbit dan e-mel.
b. Kemudian, sahkan butiran serta Terma
dan Syarat
Langkah 3: Pilih bank dan buat pindahan RM1
Lengkapkan pendaftaran dan pengesahan digital melalui pindahan sekali sahaja sebanyak RM1 ke akaun Bank Negara Malaysia yang telah ditetapkan. RM1 tersebut akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh dua hari bekerja selepas pendaftaran
Langkah 4: Akaun eCCRIS berjaya didaftar! Log masuk kali pertama.
Bila anda berjaya daftar akaun eCCRIS, Klik ‘Teruskan ke laman Log Masuk Kali Pertama’ yang terpapar di skrin atau layari eccriss.bnm.gov.my dan klik ‘Log Masuk Kali Pertama’
Langkah 5: Isi nombor MyKad anda dan OTP 6 Digit
OTP 6 Digit ini hanya sah selama tujuh hari. Sila log masuk sebelum OTP tamat tempoh.
Langkah 6: Tetapkan ID pengguna dan kata laluan anda
Langkah 7: Tetapkan imej, frasa, soalan dan jawapan keselamatan
Langkah 8: Log masuk ke laman web eCCRIS menggunakan ID pengguna untuk mendapatkan laporan CCRIS anda
Untuk pengguna lain, cara sedia ada masih terpakai, iaitu, pendaftaran menggunakan kiosk di premis AKPK, atau secara dalam talian di BNMTELELINK.
Anda boleh dapatkan laporan CCRIS daripada Kiosk yang terdapat di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia. Laporan ini adalah percuma. Anda hanya perlu walk-in dan bawa kad pengenalan (MyKad) atau apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia). Laporan kredit CCRIS anda akan diberikan kepada anda pada masa yang sama juga.
Sekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat/faks/e-mel, berikut adalah beberapa dokumen yang anda kena sediakan:
Anda boleh pos surat, emel atau faks kepada BNM TELELINK Bank Negara Malaysia.
Anda boleh dapatkan laporan CCRIS di mana-mana cawangan AKPK secara percuma. Permohonan perlulah dilakukan di pejabat sahaja. Anda perlu walk-in dan buat pengesahan diri – kad pengenalan (MyKad).
Laporan CCRIS adalah kad laporan kredit anda. Maklumat yang dinyatakan dalam laporan tersebut menentukan kelayakan anda untuk memohon kemudahan kredit seperti pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan sebagainya. Kami akan berkongsi dengan anda cara membaca laporan CCRIS dengan contoh laporan CCRIS di bawah ini. Maklumat yang terdapat dalam contoh laporan kredit ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi dan tidak mewakili mana-mana individu.
Dina Hazlina ada 2 kemudahan kredit seperti ditunjuk di bahagian kredit belum jelas – satu kad kredit dan satu pinjaman sewa beli (kenderaan). Pinjaman sewa beli itu dibuat pada Januari 2000, amaun pinjaman adalah RM35,000. Laporan menunjukkan baki pinjaman sewa beli adalah RM8,500 buat masa kini. Kemudian pada Julai 2008, dia menerima satu kemudahan kad kredit dengan had kredit sebanyak RM5,000 dan buat masa kini, dia ada baki kad kredit RM3,000.
Untuk pinjaman sewa beli Dina, dia kemungkinan menghadapi kesukaran membayar pinjaman tepat pada masa. Akibat daripada pembayaran yang tidak konsisten selama beberapa bulan, dia telah menerima saman pada 31 Januari 2011 (seperti ditunjukkan di bahagian “N” – Status Undang-undang). Maka dia mengambil keputusan untuk menjadualkan semula pinjaman tersebut untuk melanjutkan tempoh pinjamannya (seperti ditunjukkan di bahagian “B” – Status).
Merujuk kepada jadual tersebut, kita dapat melihat di mana Dina telah membayar pinjaman keretanya secara konsisten mulai Disember 2016 hingga Ogos 2017. Tetapi bagaimana kita dapat mengetahuinya? Ini adalah kerana “0” bermakna tiada bayaran lewat / bayaran tertunggak. Kemudian, dari September 2017 dan seterusnya, Dina tidak membuat pembayaran ansuran selama 3 bulan seperti yang tertera di petak November.
Di sini terdapat tips untuk rujukan:
0 – Tiada bayaran lewat / tunggakan
1 – Pembayaran lewat selama 1 bulan
2 – Pembayaran lewat selama 2 bulan
3 – Pembayaran lewat selama 3 bulan
Maka, apabila kita merujuk kepada rekod kad kredit beliau, dia telah membuat bayaran ansuran secara konsisten kecuali untuk beberapa bulan. Dia tidak membuat pembayaran selama 3 bulan dari Mac 2017 – Mei 2017. Dina juga telah lambat membayar 2 bulan semasa September dan Oktober 2017.
Kami juga boleh dapati tahu kad kredit yang dipohon oleh Dina pada Oktober 2006 telah disenaraikan di bawah Akaun Perhatian Khas (SAA). Ini dapat dilihat di bahagian “Akaun di bawah Pemerhatian Khas”. Jadi, anda mungkin bertanya kenapakah kad kreditnya disenaraikan di bawah SAA? Dina mungkin terlepas membuat pembayaran untuk kad kreditnya selama lebih daripada 3 bulan di mana ini telah meletakkannya di bawah SAA.
Maka anda mungkin perasan bahawa Dina ada memohon kemudahan kredit pada November 2015 dan ia masih dalam status pertimbangan.
Di bawah adalah penerangan tentang setiap label maklumat kredit:
(1) Kredit Belum Jelas – Bahagian ini menunjukkan kemudahan kredit belum jelas yang telah dipohon oleh peminjam.
(2) Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA) – Mereka yang diletakkan di bawah kategori ini menunjukkan kemudahan kredit yang berada di bawah penyeliaan rapi oleh institusi kewangan.
(3) Permohonan Untuk Kredit – Bahagian ini menunjukkan permohonan kredit yang telah diluluskan atau yang masih dalam pertimbangan, yang dipohon dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
A – Tarikh Kelulusan– Tarikh permohonan apabila kemudahan kredit telah diluluskan
B – Status – Ini menunjukkan status kredit untuk permohonan. Sebagai contoh: belum jelas (Semua kredit belum jelas yang diperoleh peminjam), Kemudahan kredit yang dijadualkan semula (Jadual pembayaran asal kemudahan kredit telah dijadualkan semula), Kemudahan kredit disusun semula di bawah AKPK
C – Kapasiti – Keterangan kemudahan kredit yang diperolehi oleh peminjam adalah di bawah nama sendiri, nama bersama dengan individu lain, nama di bawah pemilikan tunggal dan perkongsian atau badan profesional
D – Pemberi pinjaman – Institusi Kewangan yang menyediakan kemudahan kredit
E – Cawangan – Tempat di mana kemudahan kredit dipohon
F – Kemudahan – Jenis kemudahan kredit iaitu pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman perumahan, dan sebagainya.
G – Nombor Akaun/ Permohonan – Nombor rujukan yang diberi oleh institusi kewangan untuk kemudahan kredit
H – Jumlah Baki Belum Jelas – Rujukan amaun baki semasa kemudahan kredit
I – Tarikh Jumlah Baki Dikemaskini – tarikh terakhir jumlah belum jelas dilaporkan
J – Had/ Jumlah Ansuran – Jumlah yang telah diluluskan oleh institusi kewangan atau amaun kontrak pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam sehingga jumlah keseluruhan amaun telah selesai dibayar
K – Jenis Cagaran – Jenis cagaran atau sekuriti untuk kemudahan kredit
L – Terma Pembayaran Balik Prinsipal – Kekerapan pembayaran balik setiap kemudahan kredit sama ada bulanan atau mingguan
M – Ansuran Tertunggak Sepanjang 12 Bulan Yang Lalu – Merujuk kepada rekod pembayaran kemudahan kredit. Sebagai contoh: 0 (tiada pembayaran yang lambat), 1 (1 bulan tunggakan), 2 (2 bulan tunggakan) dan seterusnya
N – Status Undang-undang – Tindakan undang-undang yang diambil terhadap peminjam akibat kegagalan membayar balik pinjaman
O – Tarikh Status Dikemaskini – Tarikh terkini status tindakan undang-undang
Apabila anda membuat permohonan pinjaman bank (sama ada pinjaman perumahan atau peribadi), bank akan menyemak rekod CCRIS anda untuk mengakses corak pembayaran anda. Walaupun setiap bank mempunyai kriteria kredit yang berbeza, anda boleh dianggap mempunyai rekod CCRIS yang kurang baik jika pembayaran anda tertunggak selama 2-3 bulan dalam tempoh 6 bulan yang lepas atau anda mempunyai pinjaman di bawah pemerhatian bank (SAA – Special Attention Account). Ini kemungkinan besar akan menjejaskan kelulusan pinjaman anda.
Ada juga beberapa situasi di mana, pemohon merupakan penjamin pinjaman untuk keluarga atau pasangan yang menyebabkan rekod kredit pemohon terkesan. Salah satu risiko yang akan dihadapi jika anda menjadi penjamin pinjaman, rekod CCRIS dan CTOS anda turut terjejas jika pemohon pinjaman yang akan jamin itu mempunyai hutang tertunggak atau tidak bertanggungjawab dalam bayaran balik pinjaman.
Bagi pinjaman koperasi di mana pembayaran adalah melalui potongan gaji, peluang kelulusan pinjaman anda lebih tinggi walaupun anda mempunyai 2-3 bulan bayaran tertunggak. Selain itu, kelulusan pinjaman untuk pembiayaan Buy Now Pay Later juga lebih mudah dan cepat kerana kebanyakkannya tidak membuat semak skor kredit pemohon. Oleh itu, jika anda memerlukan pembayaran ansuran dengan 0% faedah, anda boleh mempertimbangkan pembayaram BNPL ini.
Mohon Pinjaman Peribadi Cepat & Selamat
CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh Bank Negata Malaysia untuk merekod laporan kredit anda. Salah tu perbezaanya dengan CCRIS, CTOS memberi skoring kepada individu berdasarkan kesihatan rekod kredit mereka. CTOS Score ialah skor kredit untuk individu yang digunakan untuk membuat penilaian risiko kredit pengguna. Skor dibentangkan dalam bentuk nombor 3-digit dalam lingkungan 300 sehingga 850. Lebih tinggi nilai skor, maka lebih rendah risiko kredit. Bermaksud, lebih mudah untuk permohonan pinjaman anda diluluskan.
Antara fungsi laporan kredit CTOS adalah:
CTOS memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penerbitan prosiding undang-undang, maklumat akhbar dan selainnya. Laporan CTOS mengandungi status muflis individu, status kes, tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan dan selainnya. Sebarang kegagalan untuk membayar balik pinjaman, bil utiliti ataupun bil telefon, serta apa-apa tindakan litigasi terhadap anda termasuklah status bankrap akan tersenarai dalam laporan CTOS. Situasi kewangan sebegini akan mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.
Untuk mendapatkan rekod percuma Laporan Asas Kredit CTOS, anda hanya perlu mohon untuk mendapatkan ID pengguna CTOS. Kemudian, anda akan menerima laporan CTOS daripada laman web CTOS. Walaubagaimanapun, ada kena sediakan bayaran sebanyak RM26.50 untuk dapatkan laporan kredit lengkap ini. Cara mendapatkan laporan CCRIS melalui laman web CTOS adalah sama dengan langkah untuk mendapatkan laporan CTOS percuma yang diberikan sebelum ni. Cuma pada laman pendaftaran, pilih “MyCTOS Score Report (RM26.50)” untuk laporan penuh (CTOS & CCRIS).
Experian - dulu dikenali sebagai RAMCI adalah antara Agensi Pelaporan Kredit lebih kurang sama dengan CTOS. Experian diluluskan oleh BNM untuk mengakses CCRIS ke arah menyediakan laporan kredit untuk pelanggan mereka, yang mungkin mempunyai lebih maklumat daripada CCRIS.
Ini termasuklah maklumat perundangan dan kebankrapan, ‘trade bureau’ (rekod kredit daripada industri bukan perbankan) jika ada carian laporan yang telah dilakukan. Semakan laporan kredit ini amat penting untuk memastikan maklumat anda tepat kerana skor kredit anda bergantung kepada maklumat dalam laporan kredit tersebut. Maklumat ini juga dapat memberi pengesanan awal penipuan identiti jika seseorang cuba menggunakan identiti anda bagi penipuan kredit.
Terdapat tiga (3) jenis Laporan Kredit Peribadi (PCR) yang terdapat di Experian. Semua harga laporan adalah termasuk 6% cukai perkhidmatan.
Personal Credit Report (PCR) mengandungi maklumat kredit anda dalam fail kredit yang digunakan oleh prospektif institusi kewangan, badan profesional dan pemberi kredit dari pelbagai industri bagi tujuan penilaian kredit atau untuk tujuan penarafan atau analisis kredibiliti dan kedudukan kewangan anda, memberi anda kemudahan kredit, maklumat atau pekerjaan.
PCR biasanya menunjukkan nama, nombor kad pengenalan, alamat, kepentingan perniagaan anda, pemegang saham / pengarah (jika ada), rekod litigasi (jika ada), rekod kebankrapan (jika ada), Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan Cek Dishonored (DCHEQS) dari Bank Negara Malaysia (jika ada) serta rekod pembayaran kredit perbankan dan bukan perbankan anda (jika ada).
Antara maklumat yang digunakan oleh Experian untuk mengira skor kredit anda:
Secara asasnya, fungsi utama CCRIS, CTOS dan Experian adalah sama di mana semua laporan ini melaporkan sejarah kredit individu. Pihak bank akan membuat penilaian kredit bukan sahaja berdasarkan laporan CCRIS tetapi juga laporan kredit daripada CTOS dan Experian.
Tapi, terdapat perbezaan antara CCRIS dengan CTOS atau Experian. Perbezaan utamanya adalah CCRIS diselia oleh Bank Negara. CTOS dan Experian diselia oleh syarikat persendirian. Selain itu, CCRIS dapatkan maklumat kredit daripada institusi kewangan tetapi CTOS dan Experian dapatkan maklumat daripada sumber awam yang juga melaporkan tunggakkan daripada syarikat utiliti, peminjam wang berlesen atau syarikat penyedia skim bayaran ansuran seperti Courts, Singer, Coway dan lain-lain.
Selain itu, laporan kredit daripada CTOS dan Experian juga akan mengenakan caj untuk beberapa jenis laporan kredit yang disediakan berbanding laporan CCRIS anda boleh dapatkan onlin secara percuma sahaja.
CCRIS dan CTOS tidak akan menyenarai hitamkan anda. CCRIS dan CTOS hanya menyimpan butiran pembiayaan dan sejarah pembayaran balik peminjam. CCRIS dan CTOS hanya memberikan rekod kredit anda kepada institusi kewangan termasuklah koperasi untuk penilaian kredit sebelum mereka meluluskan permohonan pinjaman anda. Laporan CCRIS atau CTOS adalah satu rekod sahaja untuk memudahkan institusi kewangan membuat penilaian dan keputusan untuk meluluskan pinjaman.
Rekod kredit CCRIS dan CTOS anda akan digunakan oleh institusi kewangan untuk melihat corak pembayaran balik hutang anda sewaktu anda memohon kemudahan kredit seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan lain-lain. Corak pembayaran balik hutang anda akan membantu bank untuk tentukan sama ada untuk meluluskan atau ‘reject’ pinjaman, kadar faedah, tempoh pinjaman, jumlah amaun pinjaman dan sebagainya. Sekiranya anda membayar hutang anda tepat pada masanya, memang tiada masalah untuk bank luluskan pinjaman anda.
Selain itu, bank juga akan memeriksa laporan CCRIS dan CTOS untuk mengira Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) anda sebelum tentukan kelulusan pinjaman anda. Contohnya, jika DSR anda melebihi 60%; kemungkinan pinjaman anda mungkin tidak akan diluluskan atau akan diluluskan dengan jumlah amaun pinjaman yang lebih rendah.
Jangan risau, ada beberapa cara clear CCRIS dan CTOS yang anda boleh lakukan. Salah satunya adalah dengan membuat penyatuan hutang untuk peminjam yang mempunyai rekod buruk CCRIS, CTOS atau disenaraikan bawah SAA dan AKPK. Ada beberapa pinjaman peribadi koperasi yang menerima permohonan sebegini terutamanya untuk peminjam yang bekerja di sektor kerajaan.
Peluang kelulusan untuk pinjaman koperasi adalah lebih tinggi kerana pembayaran adalah melalui potongan gaji. Maka, risiko pembayaran balik adalah lebih rendah. Oleh itu, pinjaman koperasi adalah cara yang selamat untuk mendapatkan pembiayaan kecemasan. Ada juga pemberi pinjaman wang yang mengatakan bahawa mereka boleh menerima peminjam yang mempunyai rekod buruk CCRIS atau CTOS. Berhati-hatilah dan fahami terma dan syarat pinjaman ini sebelum menerima tawaran mereka.
Pastikan anda sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam membuat bayaran balik pinjaman. Bukankah lebih baik untuk elak sebelum terkena? Oleh itu, anda kena ketahui cara-cara yang terbaik pengurusan hutang dan kewangan anda. Ikuti kami channel Telegram untuk pelbagai perkongsian pengurusan kewangan setiap hari.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 11 Disember 2017 dan dikemas kini pada 5 Januari 2023).
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.