Marketing
Apa akan terjadi kalau anda menghadapi masalah kewangan dan urgent nak pinjam duit kecemasan? Mungkin anda bernasib baik jika mempunyai simpanan atau dana kecemasan. Bagaimana pula untuk individu yang tak ada dana tersebut?
Oleh itu, ramai yang memilih untuk mohon pinjaman wang berlesen dari kredit komuniti bagi pinjaman segera, contohnya sebanyak RM2,000. Cara ini menjadi pilihan utama kerana proses permohonan pinjaman peribadi urgent secepat 24 jam dan tidak perlukan cagaran atau penjamin pinjaman. Permohonan akan lulus dengan segera jika anda menepati syarat kelayakan dan pemohon mempunyai dokumen lengkap.
Namun, bagaimana pula untuk yang tidak melepasi syarat kelayakan? Apa pula cara lain untuk mereka dapatkan pinjaman wang segera yang sah dan selamat? Kali ini kami kongsi cara-cara yang sah pinjam duit kecemasan sesuai untuk anda yang mempunyai dokumen lengkap dan juga jalan lain untuk anda yang tidak mempunyai dokumen lengkap memohon pinjaman peribadi.
Tidak semestinya jika anda pinjam duit kecemasan daripada bank memakan masa yang lama, anda boleh mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tempatan yang menawarkan pinjaman lulus dalam tempoh secepat 24 jam.
Walau bagaimanapun, syarat kelayakan untuk memohon pinjaman duit kecemasan daripada bank lebih ketat berbanding institusi kewangan yang lain. Kebanyakan bank tidak akan menerima pemohon dengan masalah rekod CCRIS dan CTOS, dan sudah pasti peluang untuk lulus lebih tipis.
Cara untuk mohon: Layari laman web bank-bank tempatan untuk jenis-jenis pembiayaan yang sesuai dengan keperluan anda.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jika anda membuat pinjaman duit kecemasan daripada bank, ianya mempunyai kriteria yang lebih ketat dan pemohon dengan masalah skor kredit susah untuk dapatkannya. Oleh itu, alternatif selain daripada pinjaman bank adalah pinjaman koperasi.
Pinjaman koperasi adalah pilihan popular di kalangan penjawat awam kerana kelonggaran dan fleksibiliti dari segi permohonan berbanding dengan bank komersial. Ini adalah kerana skim bayaran balik adalah melalui potongan gaji (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad(Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara). Pinjaman peribadi bank koperasi juga menerima permohonan peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman rekod CCRIS atau CTOS, disenaraikan di bawah Akaun Perhatian Khas(SAA) dan juga AKPK.
Seperti pinjaman daripada bank komersial, pinjaman koperasi menawarkan jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh kelulusan pantas. Pelan pinjaman daripada koperasi adalah terjamin seperti pelan daripada bank komersial kerana ianya berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502).
Namun, pinjaman koperasi hanya ditawarkan kepada pekerja sektor awam seperti kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun. Sekiranya anda adalah pekerja sektor awam pembiayaan ini sesuai untuk anda. Anda juga boleh mohon online dan terima keputusan kelulusan segera.
Mohon Pinjaman Koperasi Kadar Serendah 2.95%
Macam mana pula jika anda perlukan pinjaman duit kecemasan tapi bukan pekerja di sektor awam? Jangan risau. Pilihan ke-3 ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja tak kira anda bekerja di sektor awam mahupun sektor swasta.
Selain daripada pinjaman bank dan koperasi, pinjaman kredit komuniti atau lebih dikenali sebagai pinjaman wang berlesen yang selamat dan sah adalah alternatif pinjaman wang kecemasan yang popular. Pinjaman ini sesuai sekiranya anda memerlukan pinjaman segera berjumlah kecil, contohnya RM1K atau RM2K. Jenis pinjaman ini sering digunakan oleh mereka yang sukar untuk mohon pinjaman bank dan tidak layak untuk pinjaman koperasi.
Syarat untuk mohon pinjaman peribadi ini lebih longgar berbanding kelayakan untuk memohon pinjaman daripada bank dan koperasi. Kebanyakan pemberi pinjaman wang berlesen menerima permohonan daripada individu dengan skor kredit rendah, rekod buruk di CCRIS, dan sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) di bawah AKPK.
Namun, pinjaman daripada kredit komuniti ini mempunyai beberapa kekurangan, seperti caj kadar faedah tahunan yang lebih tinggi berbanding pinjaman bank dan koperasi. Pinjaman wang kecemasan daripada kredit komuniti membenarkan pinjaman dengan amaun lebih rendah dan tempoh pembiayaan singkat berbanding bank atau koperasi.
Mohon Pinjaman Wang Berlesen Segera
Pernah dengar ‘buat duit dengan loan rumah?’ Betul, anda boleh membuat duit dengan rumah yang anda tinggal sekarang. Selain daripada tempat anda berlindung, ianya juga boleh menjadi sumber duit jika anda tahu cara refinance rumah yang betul dan menguntungkan.
Refinance rumah adalah penukaran pinjaman perumahan sedia ada ke pinjaman baharu di bawah syarat dan terma yang berlainan sama ada dari bank yang sama atau berlainan. Ramai pemilik rumah mengambil alternatif tersebut untuk memperoleh wang tunai atau untuk menikmati kadar faedah yang lebih rendah.
Namun, pinjaman ini akan mengambil tempoh kelulusan lebih yang lama berbanding cara-cara sebelum ni. Pembiayaan ini sesuai untuk anda yang memerlukan dana yang banyak dan mampu bersabar dengan proses permohonan kerana ianya melalui proses yang sama seperti membeli rumah semula.
Pendahuluan tunai kad kredit atau lebih dikenali sebagai “Credit Card Cash Advance” adalah perkhidmatan pinjaman wang segera yang disediakan oleh bank. Cash advance membenarkan pemegang kad mengeluarkan wang tunai wang tunai secepat 24 jam dari mana-mana ATM bank seluruh dunia, atau di kaunter di bank mengikut had kredit yang tersedia.
Sesuai digunakan untuk pelbagai sebab pinjaman seperti kecemasan, pembelian barangan, dan lain-lain kerana pengeluaran duit sangat mudah dan cepat. Anda hanya perlukan kad kredit dengan nombor PIN dan tidak memerlukan dokumen atau cagaran.
Langkah 1: Bawa kad kredit dan pergi ke mana-mana mesin ATM
Langkah 2: Masukkan nombor PIN
Langkah 3: Pilih ‘cash advance’
Langkah 4: Masukkan jumlah wang tunai
Langkah 5: Terima wang dan print resit (jika perlu)
Cash advance ini biasanya tidak membabitkan amaun terlalu besar, ianya antara pilihan terbaik yang ada untuk mengatasi keperluan kewangan seseorang dalam tempoh yang pendek. Namun ada beberapa keburukan Cash Advance
Kita sedia maklum kadar faedah untuk kad kredit adalah tinggi, namun kadar faedah untuk Cash Advance lebih tinggi! Kebanyakan bank mengenakan sekurang-kurangnya 18%interest.
Berbanding dengan kadar faedah penggunaan kad kredit yang hanya dikenakan sekali sahaja, kadar faedah Cash Advance dikira setiap hari. Oleh itu, ianya akan memberi kesan compounding iaitu kadar faedah akan dikenakan ke atas interest yang belum bayar.
Sekiranya anda mengeluarkan RM1,000 menggunakan kad kredit bank akan mengenakan interest 10% setahun tetapi dikira setiap hari (Kadar faedah harian 20% / 365 = 0.054% sehari). Kemungkinan anda berfikir bayaran faedah adalah RM200 tetapi oleh kerana ianya dikira setiap hari sebenarnya bayaran faedah berjumlah RM221.34 selepas setahun disebabkan oleh kesan kompaun.
Setiap pengeluaran tunai di ATM akan dikenakan fi sebanyak 5% daripada jumlah tersebut ataupun minima RM15-25 bergantung kepada bank anda. Ini bermakna, jika anda keluarkan RM1,000 melalui Cash Advance, awal-awal lagi dikenakan caj RM50. Ini tidak termasuk lagi dengan kadar faedah harian yang akan dikenakan nanti.
Oleh itu, gunakan Cash Advance ini sekiranya anda yakin dapat bayar balik sepenuhnya dalam masa yang singkat (seminggu sehingga sebulan).
Pelan ansuran tunai ini sebenarnya alternatif lain untuk pengguna kad kredit yang tidak mahu menggunakan Cash Advance. Pelan ansuran tunai atau Cash Installment Plan (CIP) membenarkan anda untuk buat pinjaman tunai dengan kad kredit , dan bayar semula dalam bentuk bayaran ansuran bulanan tetap.
Cash Instalment Plan adalah lebih praktikal bagi pemegang kad kredit berbanding pelan pinjaman peribadi kerana kebanyakan pelan CIP tidak mengenakan caj kadar faedah tahunan (0% interest) dan juga tiada caj pengendalian (upfront handling fee). Oleh itu, pelan ini sesuai untuk anda yang ingin membuat pinjaman segera dan memerlukan wang kecemasan dengan jumlah yang besar.
Kebanyakkan bank tidak akan mengenakan fi 5% untuk pinjaman tunai berbanding cash advance tadi, namun anda perlulah memohon CIP secara online, ataupun hubungi mereka melalui telefon/e-mel dan tunggu permohonan diluluskan. Ada juga beberapa bank yang terima permohonan di kaunter mereka. Setelah lulus pembiayaan tersebut akan dimasukkan ke akaun simpanan atau akaun semasa bergantung dengan bank anda, secepat 24 jam atau selewatnya 2 minggu.
Sebelum bersetuju dan mohon, pastikan anda tahu kadar faedah yang dikenakan ke atas kad kredit anda kerana setiap bank mengenakan caj dan kadar faedah yang berbeza.
Pelan ‘Beli Dulu, Bayar Nanti’ juga dikenali sebagai Buy Now, Pay Later adalah jenis pembiayaan jangka pendek yang semakin popular dalam kalangan ‘online shopper’. BNPL menawarkan pelan pembayaran ansuran dengan tempoh pembiayaan yang lebih fleksibel, biasanya 3 atau 6 kali pembayaran.
Berbanding dengan kad kredit, pelan pembayaran ini lebih disukai oleh pengguna kerana ada sesetengah syarikat yang tidak memerlukan kad kredit. Anda boleh beli barang tersebut dan bayar ansuran setiap bulan mengikut jadual pembayaran yang disediakan dan selalunya kadar faedah tidak dikenakan (0% interest). Namun, pastikan anda mampu untuk tepati jadual pembayaran dan bayar on-time kerana caj bayaran lewat untuk BNPL yang terlalu tinggi.
Cara ini sesuai untuk anda yang nak pinjaman segera untuk pembelian barang tertentu tetapi tidak mempunyai kad kredit atau tidak layak untuk memohon pinjaman wang di bank dan koperasi. Seperti Pembiayaan Auto Servis yang disediakan oleh Direct Lending juga membenarkan anda untuk mendapatkan pembiayaan untuk membayar kos servis kereta secara ansuran. Pembiayaan patuh syariah ini bertempoh 3 ke 12 kali bayaran bulanan sehingga RM5,000.
Jika 7 cara di atas tidak sesuai dengan anda, teruskan membaca untuk pinjam duit kecemasan tanpa dokumen atau syarat kelayakan yang ketat.
Jika anda mempunyai sahabat dan keluarga terdekat yang sanggup memberikan anda pinjaman kewangan dan percaya anda mampu untuk membayar balik pinjaman itu, adalah lebih baik, kerana cara dapatkan pinjaman ini lebih fleksibel dan tidak melibatkan sebarang kontrak perjanjian dengan institusi kewangan. Biasanya pinjaman dengan keluarga atau sahabat tidak akan melibatkan amaun terlalu besar berbanding pinjaman bank dan koperasi.
Nampak mudah tetapi pinjaman dengan kenalan atau keluarga terdekat juga ada risiko. Perhubungan dengan keluarga atau sahabat mungkin akan rosak jika anda gagal menunaikan janji melunaskan semula hutang berkenaan dalam tempoh bayaran balik yang dijanjikan.
Pinjaman ini sangat berbeza jika anda meminjam dengan institusi kewangan kerana pihak mereka hanya menuntut bayaran semula daripada peminjam mengikut tempoh yang sudah dipersetujui dalam perjanjian pinjaman.
Cara lain untuk mendapatkan duit kecemasan adalah dengan mencagarkan barang kemas, atau emas. Terdapat juga sistem pajak gadai Islam yang patuh syariah, seperti Ar-Rahnu. Sistem pajak gadai Islam ini diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YPEIM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berbeza dengan sistem pajak gadai konvensional, kerana menawarkan pinjaman tanpa caj faedah dan hanya mengenakan upah simpan yang tidak membebankan.
Jika sudah terdesak tak semestinya anda kena pinjam duit kecemasan, antara cara lain juga adalah dengan menjual barang berharga yang sudah tidak perlu. Kami faham mungkin susah untuk anda melepaskan barangan peribadi tersebut, tapi lebih elok untuk jual sahaja sesetengah benda jika anda sangat perlukan duit. Antara barangan berharga yang boleh dijual adalah, gajet elektronik, smartphone, konsol permainan, perabot, beg dan aksesori berjenama.
Anda boleh jual barang tersebut kepada keluarga dan kenalan terdekat dulu, jika perlu iklankan juga di media sosial dan website jual beli seperti Carousell dan Mudah untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih menarik dan berbaloi dengan nilai barang anda.
Cara terakhir ini sesuai untuk anda yang memerlukan wang segera untuk situasi kecemasan seperti menampung kos rawatan dan perubatan. Selain daripada itu, simpanan Akaun 2 KWSP ini boleh dikeluarkan atas sebab:Pendidikan, beli rumah, bina rumah, mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan, Ansuran bulanan pinjaman perumahan, Haji, Perumahan PR1MA, Perumahan fleksibel, Simpanan melebihi 1 juta. Permohonan boleh dilakukan di kaunter KWSP atau secara online. Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals untuk maklumat lanjut.
Terdesak macam mana pun, jangan pinjam dengan Ahlong! Sudah banyak pengalaman pahit dilalui peminjam seperti yang dilaporkan di pelbagai media. Ramai terpedaya dengan pinjaman Ahlong kerana perjanjian pinjaman yang ditawarkan ‘too good to be true’. Akhirnya terpaksa membuat bayaran balik yang tidak masuk akal setiap bulan. Justeru itu, jangan cepat sangat buat keputusan untuk ambil jalan singkat. Walaupun proses permohonan mudah dan cepat, tetapi kesan di masa akan datang akan memudaratkan anda. Antara kesan negatif bila memohon pinjaman wang kecemasan daripada Ahlong:
Jangan pula anda mengelak pinjaman Ahlong tapi terjerat dengan sindiket penipuan pinjaman peribadi. Scammer pinjaman peribadi ini berbeza sedikit dengan Ahlong kerana, anda langsung tidak akan dapat wang pinjaman, malah akan hilang duit kerana membuat bayaran pendahuluan ataupun upfront yang tidak wujud.
Ramai scammer pinjaman peribadi ini mengaku bahawa mereka adalah syarikat pinjaman wang berlesen dibawah KPKT sehingga ramai yang terpedaya dengan taktik mereka. Anda perlu berhati-hati dan mengelak melakukan pinjaman seperti ini. Pinjaman kredit komuniti dan pinjaman bank dan koperasi yang sah tidak akan meminta bayaran pendahuluan dan tidak memegang kad ATM bank anda.
Semak kelayakan pinjaman peribadi anda secara online melalui platform Direct Lending dan loan konsultant kami akan bantu anda pilih pembiayaan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda!
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 26 Januari 2023 dan dikemas kini pada 22 Januari 2024).
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.
1 Comment
Mohon pinjaman segera