Marketing
Pinjaman perniagaan penting sangat ke untuk setiap peniaga? Bagaimanakah pula caranya untuk memohon pinjaman tersebut?
Pinjaman perniagaan adalah satu produk kewangan khusus untuk pemilik perniagaan. Jumlah pinjaman yang boleh anda pinjam adalah bergantung dengan saiz syarikat anda, pusing ganti pekerja tahunan (turnover), klasifikasi perniagaan dan kriteria penilaian bank.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa cara mohon pinjaman perniagaan di Malaysia.
Berhutang untuk berniaga, baik atau tidak kepada masa depan anda? Mungkin ramai peniaga di luar sana masih tertanya-tanya atau dalam dilema untuk memilih antara meminjam atau meneruskan perniagaan dengan modal yang dimiliki sendiri atau bisnes modal kecil.
Alasan terbaik untuk anda memohon pinjaman perniagaan adalah apabila perniagaan bersedia untuk berkembang dan anda yakin dengan bantuan pinjaman ini perniagaan tersebut akan meraih lebih keuntungan dari sebelumnya.
Sebagai contoh, anda ingin membuka cawangan kedai baru. Daripada satu restoran kepada beberapa cawangan baru di lokasi yang berbeza. Anda sudah boleh menganggarkan berapa banyak jualan dalam sehari di kedai, berapa kos bulanan, dan berapa banyak keuntungan yang anda akan dapat.
Pelanggan tetap sudah ada permintaan semakin meningkat dan jenama anda juga terkenal. Dalam keadaan ini, tiada isu sekiranya anda membuat keputusan untuk memohon pinjaman daripada pihak bank.
Selain itu, anda juga patut mohon pinjaman ini sekiranya untuk menambah baik peralatan dan mengambil lebih ramai pekerja.
Untuk pengetahuan anda, memohon pinjaman perniagaan sedikit berbeza dengan permohonan pinjaman peribadi, loan kereta, dan sebagainya. Umumnya, permohonan bagi pinjaman perniagaan ini mengambil masa beberapa hari sebelum ia diluluskan.
Justeru mengambil langkah lebih awal adalah lebih baik untuk anda membuat persediaan. Berikut ini adalah antara langkah mudah yang perlu diambil untuk memohon pinjaman ini.
Perkara yang paling utama perlu anda buat sebelum buat pinjaman adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu tujuan anda memohon pinjaman ini. Setiap perniagaan pastinya mempunyai sebab tertentu mengapa ia memerlukan bantuan pinjaman.
Misalnya untuk membuat kerja-kerja penambahbaikan kedai, menambah peluang pekerjaan, menambah produksi barang, dan sebagainya. Apa yang pasti, peniaga membuat pinjaman kerana untuk memudahkan urusan mahupun proses perniagaan tersebut.
Ini secara tidak langsung menjimatkan lagi masa dan tenaga para peniaga kecil-kecilan yang bertungkus-lumus untuk memastikan perniagaan mereka berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang.
Bila perniagaan anda sudah mempunyai matlamat yang jelas dan nyata, sedikit sebanyak ia dapat membantu anda dalam menentukan apa yang ingin dicapai sebenarnya.
Fokus anda kepada perniagaan tidak akan mudah “lari” begitu sahaja. Dan sekiranya anda lulus dalam permohonan pinjaman tersebut, anda tahu bagaimana hendak mengelola wang tersebut dengan sebaik mungkin.
Walaupun nantinya jumlah wang yang boleh dimohon untuk membuat pinjaman adalah bergantung kepada agensi atau institusi berkenaan, tetapi tetap penting untuk anda ada membuat sendiri anggaran jumlah pinjaman yang dikehendaki.
Memohon jumlah pinjaman yang tepat dapat meningkatkan peluang kelulusan anda. Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman ini untuk mendapatkan anggaran pinjaman.
Jika boleh, masukkan juga pelan bisnes anda secara terperinci dalam permohonan pinjaman tersebut untuk meningkatkan peluang anda lulus lebih tinggi dan mudah. Hal ini kerana, pihak bank boleh membuat penilaian dengan lebih baik.
Bayangkan sahaja, pemohon yang ada bukti konkrit dengan pelan bertulis tentunya lebih dipercayai dan diyakini berbanding mereka yang hanya berkata-kata dan berangan-angan dalam kepala.
Bukan itu sahaja, jika anda tiada sebarang rekod menjalankan perniagaan, agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan pinjaman perniagaan. Tidak kiralah untuk bisnes online atau sebaliknya.
Kesannya, peniaga akan mengambil pinjaman peribadi yang mana kadar faedahnya agak tinggi.
Antara perkara utama yang anda perlu buat sebelum sediakan pelan perniagaan adalah:
Bila semua elemen ini sudah anda kenal pasti, barulah mudah untuk anda buat pelan perniagaan yang berkesan.
Selain itu, maklumat wajib lain yang perlu ada dalam pelan ini juga termasuklah maklumat perniagaan, analisis pasaran, pesaing bisnes anda, strategi operasi dan rancangan kewangan yang melibatkan penyata aliran tunai, penyata untung rugi serta kunci kira-kira.
Seterusnya, anda perlu buat pilihan jenis pinjaman yang sesuai berdasarkan kepada matlamat perniagaan anda sendiri. Anda boleh meminjam di mana-mana bank terpilih atau agensi-agensi pinjaman perniagaan melalui:
Setiap pinjaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri mengikut kesesuaian perniagaan anda.
Ini mungkin antara perkara yang ramai orang tidak terlalu ambil serius dalam membuat pinjaman. Dalam memastikan pinjaman anda ini tidak menjadi beban kepada masa hadapan, anda perlu faham akan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Anda perlu tahu kemampuan bisnes anda untuk membayar semula jumlah pinjaman.
Terma dan syarat pinjaman ini pun berbeza-beza antara bank dengan bank yang lain. Oleh kerana itu, adalah sangat penting untuk memastikan anda betul-betul faham perkara ini sebelum membuat keputusan untuk memilih bank terbaik.
Antara faktor yang menentukan kadar pembayaran bulanan adalah seperti:
Anda juga perlu tahu bahawa kadar faedah yang dikenakan adalah sepadan dengan profil perniagaan anda. Contohnya, risiko perniagaan yang lebih tinggi akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
Kriteria kelayakan sesuatu skim pinjaman yang berbeza-beza ini memerlukan anda untuk lebih peka dan jelas dengan syarat yang ditetapkan. Ianya ibarat tapisan awal yang menetukan sama ada permohonan lulus atau sebaliknya.
Biasanya kelayakan ini melibatkan beberapa elemen seperti:
Contoh jika anda ingin meminjam di RHB Bank, di bawah RHB SME. Syarat kelayakan yang ditetapkan kepada pemohon adalah:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan lebih jelas, anda boleh layari laman web rasmi bank atau institusi pinjaman yang dipilih.
Setiap bank atau institusi pinjaman yang anda mohon, biasanya memerlukan dokumen yang berbeza-beza. Namun tujuan dokumen ini diperlukan adalah sama untuk membantu mereka membuat penilaian sama ada bisnes anda memenuhi segala kriteria dan syarat yang telah ditetapkan ataupun tidak.
Justeru menyediakan dokumen yang komprehensif yang mengandungi segala aktiviti keadaan kewangan syarikat anda adalah sangat penting untuk memberi keyakinan kepada mereka agar meluluskan permohonan anda.
Antara dokumen yang biasa diminta oleh pihak bank adalah seperti;
Selesai sahaja anda sediakan dokumen dan mengisi borang yang diperlukan, anda boleh menghantar permohonan tersebut kepada pihak bank. Biasanya, anda akan melalui proses temuduga yang dilakukan pihak bank sebagai prosedur biasa bagi mana-mana peminjam yang mahu membuat pinjaman.
Ketika temuduga nanti, pihak bank akan bertanya kepada anda segala perkara penting berkaitan dengan bisnes anda untuk membantu mereka membuat penilaian dan keputusan yang baik.
Jangan lupa tanyakan kepada bank, sama ada temuduga ini dijalankan secara online atau fizikal untuk memudahkan anda membuat persediaan.
Bila proses ini selesai, anda perlu menunggu lagi untuk tempoh tertentu bagi mengetahui sama ada permohonan anda berjaya atau tidak.
Jika anda mencari modal tambahan untuk perniagaan anda, Direct Lending menyediakan pinjaman PKS Mikro dalam syariah dan konvensional.
Anda boleh mohon pinjaman perniagaan ini secara online, tiada caj tersembunyi, tiada bayaran pendahuluan, atau deposit diperlukan. Berikut ini adalah kriteria kelayakan dan dokumen yang diperlukan.
Kriteria kelayakan:
Dokumen diperlukan:
Tawaran diberikan sehingga RM200,000 dengan kadar faedah antara 0.8% hingga 1.5% sebulan dalam tempoh pembiayaan selama 18 bulan.
Kesimpulannya, tidak salah untuk anda membuat pinjaman bagi perniagaan. Apatah lagi perniagaan tersebut sudah mapan dari segala sudut. Namun bagi anda yang masih bertatih untuk mula berniaga, cara memulakan perniagaan yang terbaik adalah dengan modal minimum yang dimiliki.
Hal ini kerana, risiko untuk perniagaan di fasa awal gagal adalah lebih tinggi. Kata Datuk Wira Dr Azizan Osman,
“Sangat mudah nak buka bisnes, pergi sahaja ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan dah boleh daftar bisnes, tapi yang susahnya ialah untuk sustainkan bisnes, lebih-lebih lagi hendak tempuhi fasa pertama dan anda tak memiliki ilmu yang cukup.”
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan cara mohon pinjaman perniagaan ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk memajukan lagi perniagaan anda di masa hadapan.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 2,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.
2 Comments
TOLONG Bantu perniaga yg Ken’a scamm DEGAN loan scamer..UNTUK MENDAPAT PINJAMAN Dari kerajan..Kami juga RAKYAT yg PERLUKAN bantuan ..ssm yg baru berdaftar juga perlu kn loan..kerajan Jagan Ada siKAP DOUBLE Standard…UNTUK permohonan pinjam micro..saya dua Kali Ken’a scamm januari 2024..kerajan TOLONG Bantu.
Hi Encik Fairul, mungkin boleh cuba mohon mana-mana skim bantuan kerajaan untuk usahawan? Setiap tahun akan ada bantuan yang peniaga boleh mohon untuk bisnes. Encik boleh cuba tengok dekat sini skim bantuan usahawan.