Marketing
Apa itu pinjaman cagaran KWSP dan bagaimana pula kaedah untuk membuat permohonan pinjaman peribadi tersebut? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan cara mohon pinjaman cagaran KWSP dengan tepat.
Cagaran bermaksud pihak bank mempunyai hak untuk menguatkuasakan cagaran apabila berlaku kegagalan daripada pihak peminjam.
Manakala pinjaman cagaran KWSP atau juga dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) pula adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Contohnya, sekiranya anda meminjam sebanyak RM5,000, kemudian tidak mampu membayarnya kembali. Maka serta merta akan diambil RM5,000 simpanan dalam KWSP.
Ahli KWSP yang layak boleh mengemukakan permohonan pinjaman cagaran KWSP bermula 14 April 2023 hingga 4 April 2024. Semua permohonan mesti diterima oleh pihak bank pada atau sebelum 4 April 2024.
Mengulas lanjut dalam hal ini, anda perlu faham bahawa pinjaman cagaran KWSP ini adalah kaedah kolateral. Yang mana kita menggunakan wang caruman KWSP sebagai wang cagaran kepada pinjaman bank bagi menyelesaikan komitmen atau hutang pada bank.
Kaedah ini tidaklah bercanggah dengan Akta KWSP 1991. Akta untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara yang bersampingan dengannya.
Hal ini kerana setiap aspek telah pun diteliti satu per satu dengan sebaik mungkin tanpa mengetepikan juga adanya Seksyen 51 Akta KWSP 1991 berkenaan:
Untuk memahami dengan mudah kelayakan pengeluaran yang boleh anda buat adalah seperti di bawah:
Yasmin |
Faris |
Mila |
|
Baki simpanan Akaun 2 |
RM80,000 |
RM30,000 |
RM7,000 |
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan |
RM10,000 |
Tiada |
RM5,000 |
Amaun kelayakan awal |
RM50,000 Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000 |
RM30,000 |
RM0 Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000 |
Jika anda membuat cagaran menggunakan simpanan KWSP anda, terdapat beberapa kesan yang perlu diambil kira.
Apabila anda menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP sebagai cagaran, jumlah simpanan yang ada akan berkurangan. Ini bermakna jumlah yang boleh anda keluarkan semasa mencapai umur persaraan juga akan berkurangan. Anda perlu mempertimbangkan kesan jangka panjang ini sebelum membuat keputusan.
Jelas kesan ini mungkin sukar untuk anda lihat hari ini. Namun bagi yang sudah hampir kepada umur persaraan atau pencarum yang sudah melepasi tempoh persaraan, wang caruman atau simpanan persaraan yang bakal diterima mungkin tidak mampu menampung kos sara hidup pada masa kini, bahkan pada masa akan datang.
Simpanan KWSP biasanya mendapat dividen atau keuntungan yang diisytiharkan setiap tahun. Jika anda menggunakan sebahagian daripada simpanan sebagai cagaran, jumlah tersebut tidak akan menerima keuntungan sebanyak yang sepatutnya. Ini bermakna pertumbuhan simpanan anda mungkin tidak optimum jika simpanan tersebut tidak digunakan sebagai cagaran.
Biasanya terdapat kos yang berkaitan dengan membuat cagaran menggunakan simpanan KWSP. Anda perlu memahami kos-kos ini termasuk kadar faedah yang dikenakan. Selain itu, terdapat risiko bahawa jika anda gagal memenuhi pembayaran atau syarat-syarat cagaran, simpanan KWSP anda mungkin terjejas atau dikenakan tindakan undang-undang.
Apabila simpanan KWSP anda digunakan sebagai cagaran, anda mungkin terhad dalam memilih pelaburan lain yang mungkin memberikan pulangan yang lebih tinggi. Anda perlu memahami dengan jelas pelan pelaburan yang ditawarkan oleh KWSP dan menilai sama ada pelan tersebut memenuhi keperluan kewangan dan matlamat jangka panjang anda.
Justeru sebelum membuat keputusan untuk menggunakan simpanan KWSP anda sebagai cagaran, adalah penting untuk berunding dengan pihak KWSP dan mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang berkelayakan. Mereka akan dapat memberikan maklumat dan panduan yang lebih terperinci berdasarkan keadaan kewangan peribadi anda.
Inisiatif pinjaman cagaran KWSP ini dilaksanakan dan digalakkan sendiri oleh kerajaan daripada pengeluaran i-Sinar kerana ia menjadi salah satu langkah proaktif untuk memudahkan pencarum KWSP yang mempunyai hutang atau komitmen lain dengan pihak bank.
Dengan kaedah ini, kerajaan percaya ia mampu untuk membantu meringankan beban kewangan pemiutang yang memerlukan pinjaman peribadi.
Tambahan pula bila kita lihat dari keadaan ekonomi yang semakin terjejas akibat inflasi, pendekatan ini boleh dianggap terbaik kepada masyarakat berbanding kaedah duit pengeluaran KWSP.
Dalam menjawab persoalan anda mengenai kaedah pemberian dividen dalam kaedah pinjaman cagaran KWSP ini, ianya sebenarnya masih tertakluk pada jumlah caruman asal pencarum.
Hal ini jelas, ia tidak menjejaskan sama sekali penerimaan dividen tahunan pencarum atau lebih teruk mengurangkan kadar yang sepatutnya.
Contohnya, sekiranya jumlah asal caruman KWSP yang anda buat untuk memohon cagaran KWSP adalah RM100,000, jadi dividen yang bakal diterima oleh anda adalah berdasarkan kepada jumlah ini juga.
Dalam kata lain, dividen tersebut tidak dikira berdasarkan kepada jumlah caruman selepas cagaran dilakukan. Kebaikannya kita nampak sendiri yang mana kerajaan sedaya upaya masih menjaga kesejahteraan rakyat dengan meneruskan pemberian dividen walaupun jika anda membuat permohonan cagaran.
Menurut KWSP, dua bank tempatan yang menyediakan kemudahan pinjaman tersebut adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.
Kedua-duanya menyediakan kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) di antara 4% hingga 5% yang mana lebih rendah berbanding daripada kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.
Bagi anda yang ingin membuat permohonan pinjaman ini di BSN, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:
Bagi anda pula yang ingin membuat permohonan pinjaman ini di MBSB, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:
Tempoh pembayaran balik pinjaman ini adalah hingga 10 tahun. Di mana anda perlu membuat pembayaran semula setiap bulan, bergantung kepada jumlah pembiayaan dalam tempoh yang dipilih.
Manakala segala proses permohonan untuk pembiayaan peribadi itu adalah tertakluk kepada penilaian dan rangka kerja kredit pihak bank sendiri.
Penjelasan awal adalah dibenarkan pada bila-bila masa dengan mengemukakan notis secara bertulis kepada bank dan KWSP. Ibra’ atau rebat akan diberikan pada baki pembiayaan sekiranya penjelasan awal pembiayaan dibuat.
Bank juga berhak untuk mengenakan sebarang yuran dan caj yang mewakili kos sebenar yang didahulukan oleh bank untuk pembiayaan atau sebarang kos sebenar yang ditanggung oleh Bank atas penjelasan awal pembiayaan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh BNM.
Selain dari alternatif keluarkan duit dari KWSP atau pinjaman cagaran KWSP, anda juga boleh dapatkan pinjaman peribadi dengan mudah, percuma dan pantas khusus kepada yang urgent nak pakai duit. Pegawai pinjaman di Direct Lending akan membantu anda membuat pemilihan pembiayaan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami menyediakan pinjaman peribadi dan koperasi untuk penjawat awam dengan kadar pembiayaan serendah 2.95% dan secepat 2 hari bekerja. Untuk pekerja gaji tetap atau swasta juga disediakan pinjaman peribadi wang berlesen tanpa bayaran pendahuluan dan secepat 24 jam.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.
1 Comment
Kalau umur saya sekarang 36 layak kah saya buat pengeluaran cagaran tersebut .. memandangkan sya mempunyai komitment hutang yg tinggi dan kerja yg tidak tetap