Sumber: Facebook (@Apol Moon'tel)
Wanita itu menjelaskan kad debit atau akaun simpanan bank itu tidak pernah didedahkan kepada sesiapa pun sebelum ini. Malah, menerusi screenshotyang dikongsikan itu jelas menunjukkan transaksi berkenaan melibatkan daripada syarikat Apple, namun dia turut memberitahu dirinya tidak pernah mempunyai akaun Apple ID atau seumpamanya kerana dia memakai telefon Android.
Oleh itu, dia juga telah membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kejadian untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Wanita itu juga mengingatkan kepada orang ramai terutamanya kepada yang mempunyai akaun online banking supaya lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak terjadi kepada mereka pada masa akan datang.
Berikut di bawah kami kongsikan antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki cara anda menggunakan online banking:
- Simpan kata laluan atau password sebaik-baiknya
- Tukar password anda dengan kerap (sekiranya boleh)
- Cuba jangan guna password yang sama
- Jangan simpan maklumat kad kredit atau debit di platform online shopping
- Gunakan sambungan internet WiFi rumah atau mobile data sahaja
- Jika anda menggunakan aplikasi online banking, download dari Apple Store atau Google Playstore sahaja
- Jika aplikasi tersebut meminta lebih banyak maklumat daripada apa yang sepatutnya, maka lebih baik jangan download aplikasi tersebut
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan risiko anda daripada scammer yang cuba mengambil kesempatan ke atas data peribadi anda. Stay safe semua!
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.