Marketing
Harga motor yang semakin mahal menyebabkan ramai menggunakan pinjaman kedai atau pinjaman peribadi untuk membeli sebuah motosikal. Penggunaan motor dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat. Motor juga bukan sahaja digunakan sebagai kenderaan harian malah ia juga boleh dijadikan sebagai investment untuk melakukan kerja sambilan. Contohnya anda boleh jadi rider makanan untuk Grab, Foodpanda atau sebagai pembantu peribadi dan buat pekerjaan orang lain berdasarkan upah seperti GoGet, Lalamove dan lain-lain. Jadi, apa salahnya kan kalau kita tambah pendapatan bulanan untuk membeli motosikal murah dan mampu milik.
Ada beberapa cara beli motor yang boleh digunakan. Jika anda mempunyai wang tunai ekstra sebenarnya lagi bagus kerana anda boleh terus bayar motosikal secara tunai. Kebanyakkan pengguna motor boleh dikatakan memilih untuk cara beli motor secara ansuran supaya tidak rasa terbeban sangat bayar ‘lump sum’ untuk sebiji motor.
Tetapi jika anda tidak mampu kumpul duit untuk membeli motor secara tunai, tidak salah pun untuk ada komitmen bulanan bayar motor. Artikel kali ini akan tunjukkan cara beli motor yang paling bijak untuk anda bayar ‘lump sum’ dan sekaligus memiliki motor tersebut.
Jom kita buat kiraan berdasarkan kadar faedah 2.95% dan tempoh pinjaman selama 5 tahun. Adalah lebih baik untuk memendekkan tempoh pembayaran motosikal untuk melangsaikan hutang dengan cepat. Seawal 5 tahun pun sudah okay sebenarnya!
Eh jap! Tadi kata bayar lump sum? Okay macam ni maksud bayar lump sum. Jika anda memohon pembiayaan peribadi anda akan menjimatkan proses permohonan pinjaman sewa beli dengan mana-mana kedai motor ataupun bank. Anda juga akan memiliki sepenuhnya motor tersebut. Kiranya, anda sudah bayar cash untuk beli motor tersebut dengan kedai. Anda hanya perlu bayar bulanan dengan institusi kewangan dengan kadar serendah 2.95% (Pinjaman koperasi Co-op Bank Pertama).
Infografik di bawah adalah senarai harga motor yang paling hot dekat pasaran tahun 2023. Sebelum itu, kami akan kirakan siap-siap bayaran bulanan motosikal anda dengan menggunakan pinjaman peribadi bank dan koperasi (pinjaman untuk penjawat awam). Anda boleh dapatkan pinjaman peribadi serendah 2.95% tanpa cagaran atau penjamin. Pinjaman ini juga berkonsepkan Syariah.
Mesti anda terfikir, kalau kedai dah tawarkan plan pinjaman kenapa perlu buat pinjaman peribadi dengan bank untuk beli motor? Sebenarnya kalau anda pandai cari pinjaman bank dan koperasi yang berkadar rendah, anda boleh jimat banyak berbanding dengan pinjaman kedai.
Kebaikan pertama beli motosikal cash adalah motosikal tersebut menjadi hak milik sepenuhnya. Jika anda beli motor secara ansuran, di bahagian bawah geran kenderaan tersebut akan ada satu ayat tertera “Hak Milik Dituntut Oleh: BlaBla XXX” yang bermaksud kenderaan tersebut adalah hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan korang. Jadinya, motor tu masih bukan hak milik anda sepenuhnya. Sebaliknya, jika anda beli secara tunai dengan pinjaman peribadi anda boleh terus daftar hak pemilikan selepas beli motor.
Selain itu, pinjaman kedai menawarkan tempoh pinjaman yang singkat. Jika komitmen sedia ada anda sudah tinggi, mungkin sukar untuk anda bayar ansuran motor baru dengan tempoh pinjaman sekadar 2 ke 3 tahun. Hal ini kerana, tempoh pinjaman yang singkat akan menyebabkan ansuran bulanan motor yang terlampau tinggi. Jadi, anda boleh mohon pinjaman peribadi dengan tempoh pembayaran lebih panjang iaitu sehingga 120 bulan.
Akhir sekali, pinjaman bank dan koperasi juga menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah disebabkan oleh kadar yang rendah. Tempoh masa yang lebih panjang juga akan menyebabkan bayaran ansuran lebih rendah jika anda ingin kurangkan komitmen bulanan anda.
Sebelum membuat pinjaman, anda perlu buat semakan kelayakan pinjaman dahulu untuk tahu berapa jumlah, tempoh dan bayaran ansuran pinjaman yang anda layak. Tak perlu pening kepala sebab pegawai pinjaman yang akan bantu anda untuk kirakan sendiri.
Kalau nak lagi senang, boleh semak kelayakan di website Direct Lending. Anda boleh terus tahu kadar pinjaman koperasi yang layak, amaun pinjaman, dan ansuran bulanan berdasarkan profile kredit anda.
Untuk pinjaman bank & koperasi melalui Direct Lending, permohonan daripada pemprosesan dokumen sehingga penentuan ansuran bulanan biasanya akan dibantu oleh loan consultant sendiri. Kelulusan pinjaman peribadi bank dan koperasi boleh dapat secepat 2 hari bekerja sehingga 2 minggu.
Ini bergantung pada bank dan koperasi tertentu. Sebagai contoh, Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis menawarkan pembiayaan secepat 2 hari bekerja manakala pinjaman Public Bank dan Coopbank Pertama adalah sekitar 1 minggu. Bila dah lulus, duit pinjaman akan masuk ke dalam akaun bank anda.
Duit dah dapat, apa tunggu lagi? Sekarang anda boleh terus beli motor idaman di mana-mana kedai motor yang berdekatan. Jika anda bernasib baik dan berunding dengan pegawai jualan motor, mungkin anda boleh dapat rebat tunai yang lumayan dengan pembelian motor secara tunai.
Tahniah, anda berjaya beli motor baru!
Jom tengok video ni untuk lihat banyak lagi senarai motor pilihan:
Jika anda belum bersedia untuk membeli kereta, cari cara beli motor yang bijak dan berbaloi untuk anda. Tidak salah untuk menyediakan beberapa alternatif supaya anda mempunyai banyak pilihan dan boleh membantu untuk membuat keputusan dengan mudah. Anda juga boleh bandingkan kadar faedah dengan bank, pembiayaan sewa beli ataupun pembiayaan motosikal yang lain. Jadilah seorang pengguna yang bijak!
Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras dalam Malaysia. Kami bantu peminjam untuk cari, banding dan mohon pinjaman bank dan koperasi, dan pinjaman wang berlesen yang sesuai dengan anda.
Perkhidmatan kami 100% percuma. Tiada sebarang caj yang dikenakan.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 22 Mac 2021 dan dikemas kini pada 24 November 2023)
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.