SIARAN AKHBAR
Menyisipkan ‘Selamat’ dalam Selamat Hari Raya, DirectCare+, ialah sebuah microtakaful percuma yang disertakan di dalam Pelan Ansuran Servis Kereta Direct Lending. Tersedia sehingga 30 April 2024, ia memastikan inklusiviti dan keselamatan kewangan pada musim perayaan ini.
KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 – PolicyStreet, sebuah syarikat InsurTech (Teknologi Insurans) serantau, telah menjalinkan kerjasama dengan Direct Lending, sebuah platform pasaran pembiayaan digital, untuk melancarkan DirectCare+, sebuah microtakaful kemalangan peribadi dengan ciri perlindungan pinjaman. DirectCare+ ialah produk microtakaful pertama PolicyStreet dan ini meneguhkan kedudukan PolicyStreet sebagai InsurTech tempatan yang pertama dalam menceburi usaha sebegini. Produk microtakaful baru ini dijangka akan melengkapi Pelan Ansuran Servis Kereta oleh Direct Lending terkini, yang merupakan sebuah pelan ansuran servis kereta digital yang berlandaskan konsep Shariah.
Apabila keterujaan Raya kian memuncak dan rakyat Malaysia bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri ini, mengutamakan penyelenggaraan kereta bagi keselamatan jalan raya dan kesediaan kewangan adalah penting. Namun, bagi ramai rakyat Malaysia, kos untuk membaiki kereta boleh menjadi sebuah bebanan kewangan. Perjalanan pulang ke rumah juga boleh menjadi bahaya, dengan 12,407 kes kemalangan jalan raya dilaporkan tahun lalu, menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7% dalam kemalangan maut semasa tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Demi menangani keperluan keselamatan kewangan, DirectCare+ menawarkan perlindungan kewangan tambah terhadap bebanan kewangan akibat kematian atau hilang upaya secara kekal akibat kemalangan. Microtakaful percuma ini disediakan kepada pengguna yang layak dan pemohon Pelan Ansuran Servis Kereta Direct Lending yang berlandaskan konsep Shariah, yang menawarkan tempoh pembayaran sehingga 12 bulan.
“Kami amat berbangga untuk melancarkan produk microtakaful pertama kami, DirectCare+, bersempena dengan kerjasama bersama Direct Lending. Sebagai InsurTech tempatan pertama yang menyertai segmen microtakaful, pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting untuk PolicyStreet. DirectCare+ tidak hanya memperluaskan jangkauan kami kepada audiens yang lebih luas tetapi juga meningkatkan aksesibiliti kepada insurans, terutamanya untuk komuniti yang kurang diberi perkhidmatan semasa musim Ramadan ini,” kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.
Platform pembiayaan digital Direct Lending membolehkan pelanggan memohon Pelan Ansuran Servis Kereta secara 100% dalam talian di laman web mereka atau dengan mengimbas kod QR di mana-mana bengkel yang mengambil bahagian, merangkumi sebanyak 1,400 bengkel di seluruh Malaysia. Kerjasama antara PolicyStreet dan Direct Lending ini memenuhi keperluan unik untuk perkhidmatan kewangan berlandaskan konsep Shariah dan menyediakan sokongan kewangan serta jaminan semasa peningkatan perjalanan dan risiko yang mungkin berlaku.
DirectCare+ menawarkan perlindungan kewangan menyeluruh sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan. Perlindungan ini termasuk RM15,000 untuk bantuan kewangan dan perlindungan pinjaman, serta memastikan sebarang jumlah pinjaman yang masih belum dilunaskan akan dibayar. Selain itu, Khairat Kematian menyediakan bayaran sekaligus sebanyak RM4,000 untuk menampung kos pengebumian.
Sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan disebabkan oleh kehilangan upaya akibat kemalangan, jumlah pinjaman akan terus dibayar selama 12 bulan berturut-turut. Pemohon juga akan menerima bantuan kewangan sehingga RM15,000, bergantung kepada tahap keparahan kehilangan upaya akibat kemalangan.
“Dengan sesi persekolahan baru yang akan bermula pada bulan Mac dan Hari Raya pada bulan April, tidak dapat dinafikan bahawa kita akan melihat peningkatan dalam perbelanjaan rakyat Malaysia. Kerjasama ini bertujuan bagi meringankan beban kewangan untuk membaiki atau menyenggara kenderaan, di mana jika diabaikan atau ditangguhkan, boleh memberi kesan kepada prestasi kereta dan mengancam keselamatan di jalan raya. Dengan menawarkan pelan ansuran servis kereta yang lebih inklusif dan mesra pengguna, serta perlindungan insurans kemalangan peribadi percuma tambahan, kami berharap rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat tanpa bebanan kewangan,” kata Hui Yik Seong, Pengasas dan Pengarah Direct Lending.
Pengguna Pelan Ansuran Servis Kereta yang layak untuk DirectCare+ juga mempunyai pilihan untuk memanjangkan tempoh perlindungan mereka sehingga 12 bulan dengan memilih dan membayar sumbangan diskaun serendah RM10 sepanjang tempoh kempen. Ini boleh dilakukan sebelum mereka menyelesaikan proses “checkout” dalam talian yang diperlukan untuk menggunakan pelan pembayaran bagi bil penyenggaraan atau pembaikan kereta mereka di bengkel-bengkel yang mengambil bahagian.
Kerjasama antara dua perkhidmatan kewangan FinTech (Financial Technology) ini merupakan contoh misi bersama mereka untuk membuat perubahan yang bermakna dalam kehidupan rakyat Malaysia.Ia menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses dan menjiwai rasa ihsan dan kebersamaan yang menentukan musim perayaan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Perlindungan Kemalangan Peribadi DirectCare+ dan Pelan Pembiayaan Servis Kereta, sila lawati pautan INI atau www.directlending.com.my/auto-service-financing/.
Direct Lending is an online personal lending marketplace, enabling borrowers to find, apply and receive financing that best suit them. Financing products on our platform are Shariah-compliant and are provided by RCE Capital Berhad (a Bursa Malaysia listed company), Public Islamic Bank, Koperasi KOBETA, Koperasi KOPUTRI and Koperasi Ukhwah. In addition, we also collaborate with JCL Credit Leasing, a licensed lender registered under KPKT.