Content Creator and Business Journalist
kPada tahun 2020, ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi memutuskan wabak COVID-19. Ada yang terpaksa menutup perniagaan, gaji dipotong dan paling menyedihkan diberhentikan kerja. Hal ini, menyebabkan tekanan sehingga buntu mencari cara jana pendapatan untuk menanggung komitmen bulanan. Oleh itu, kami kumpulkan semua idea jana income secara online dan offline yang boleh anda buat .
Kerja ini lebih kurang macam anda mempunyai bisnes kecilan sendiri. Selalunya anda tak perlu untuk keluarkan modal yang besar, ada juga syarat untuk jadi dropshipper yang tak perlukan modal pun. Ada dropshipper yang tak pegang stok produk kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak HQ. Jadi, apa yang anda kena buat adalah memasarkan atau hanya mengiklankan sahaja produk tersebut untuk mendapatkan pesanan dari pelanggan. Sekarang ada banyak platform untuk jual barang online. Lebih meluas dan senang viral!
Selalunya, anda akan dapat ganjaran atau komisen selepas mendapat order dan menghantar butir pesanan tersebut kepada HQ. Pihak HQ akan pos produk kepada pelanggan, anda hanya perlu tunggu sahaja duit komisen masuk. Ada banyak platform yang menawarkan perkhidmatan jadi ‘dropship’ atau ejen yang dapat bantu anda jana income dari rumah. Kami juga telah pilih platform yang terbaik dan berbaloi untuk anda cuba.
PLATFORM ONLINE UNTUK JADI EJEN/RESELLER
Siapa sangka sebenarnya anda boleh ‘monetize’ bakat dan kemahiran diri. Bagi anda yang suka melukis, menjahit, mengukir, ‘baking’ dan banyak lagi, inilah masa yang paling tepat!
Jadikan ia sebagai sumber pendapatan dan pada masa yang sama dapat melakukan hobi yang digemari. Penggunaan internet juga semakin meningkat sepanjang tempoh PKP yang lalu, jadi alang-alang orang ramai ‘scroll’ platform media sosial mereka, mesti ada yang tertarik dengan hasil kreativiti anda.
Belum cuba, belum tahu, kan? Mana tahu nanti jadi sumber pendapatan utama. Rezeki tak pernah salah alamat.
PLATFORM ONLINE UNTUK MULAKAN BISNES
Dah bosan sangat duduk di rumah? Tapi anda ada motor atau kereta, boleh cuba jadi ‘runner’ untuk menghantar makanan atau barangan kepada pelanggan. Sekarang banyak platform yang menawarkan perkhidmatan ini. Selain hantar makanan, anda boleh juga jadi ‘personal shopper’ atau buat kerja-kerja admin.
Syaratnya juga mudah, asalkan korang ada ‘smartphone’ dengan akses internet yang baik, dah boleh jalan! Sebagai contoh, platform ini bantu anda jana income, boleh bekerja pada bila-bila masa sahaja dan tiada komitmen membebankan. Orang ramai berminat tentang platform masyuk ini untuk jana income, boleh mohon kerja part time di sini.
PLATFORM ONLINE UNTUK KERJA PART-TIME
Ia merupakan kaedah mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan baru melalui rujukan dan biasanya dari ‘word of mouth’.Mendapatkan ‘referral’ yang diingini adalah salah satu cara dan alat yang mudah serta menjimatkan wang ringgit, tenaga dan masa anda. Tak perlu yuran pendaftaran dan tidak mewajibkan anda memiliki blog atau laman web untuk mempromosikannya. Cukup sekadar Facebook dan media sosial pun boleh dapat komisen. Ini platform terbaik untuk jana income melalui kaedah ‘referral’.
Tidak semua ibu bapa ‘work from home’ semasa PKP dilaksanakan, jadi untuk anda yang menyukai kanak-kanak dan inginkan teman, ini peluang menjadi pengasuh kanak-kanak atau warga emas. Ada yang memerlukan anda ke rumah ‘client’ dan menjaga mereka di rumahnya atau anda juga boleh membuka perkhidmatan tersebut di rumah sendiri.
Tapi, wujudkah perkhidmatan sebegini, jawapannya wujud! Klik platform untuk jadi babysitter untuk mengetahui lebih mengenainya dan jangan risau, ia ternyata sudah membantu ramai orang menambah pendapatan.
PLATFORM UNTUK JADI BABYSITTER
Mungkin ramai yang tidak menyangka dengan menjual sim kad dapat memberikan anda pendapatan menguntungkan. Duduk sahaja di rumah berbekalkan telefon bimbit selain komisen, bonus dan ‘training’ turut disediakan untuk kerja online ini. Bukan sahaja masyuk, kemahiran keusahawanan pun dapat tau!
Dengan mempromosikan produk atau servis dan mencari pelanggan, anda boleh jana income dengan komisen yang banyak! Lebih-lebih lagi yang mempunyai pengalaman dalam ‘sales & marketing’ dan gemar berinteraksi dengan orang, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda!
Anda hanya menjadi orang tengah dan rujukan kepada jenama HQ yang dipertanggungjawabkan untuk promosikan melalui link affiliate tertentu. Contohnya, affiliate menjual eBook (buku digital berbentuk PDF), anda hanya menjual secara dalam talian tapi semua bayaran dan penghantaran eBook dibuat oleh penjual itu sendiri.
Komisen yang diterima boleh tahan juga sebab kebanyakan mengira secara kuantiti (volume) atau hadiah dari penjual. Sementara itu, affiliate melalui referral pula, anda tidak promosi produk jualan tapi promosi link pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi mereka. Nampak seperti MLM tetapi bukan MLM, anda dibayar atas kerja mempromosikan manfaat menggunakan aplikasi mereka. Tak payah keluar duit beli stok atau simpan barang, semua itu pihak HQ sediakan.
Daripada anda sibuk membelek-belek perkara yang tidak berfaedah semasa dalam talian, apa kata jawab kaji selidik, kumpulkan ‘point’ dan boleh tukarkan kepada tunai!
Ala… tak susah pun, cuma perlukan sedikit sahaja masa anda. Anda boleh mendapat pendapatan sehingga 5USD (RM20+) untuk setiap survey tau. Kalau anda buat banyak, semakin tinggi pulangan yang diperoleh.
Bayangkan hanya main phone, anda mampu buat duit online dengan mudah dan selamat. Jangan susah-susah cari, kami sudah senaraikan untuk anda.
Kalau anda ada banyak barang-barang lama dan terpakai yang masih boleh digunakan, jangan biarkan ia menimbun di dalam almari, tukarkan ia menjadi wang ringgit. Antaranya boleh menjual tudung, beg, kasut, novel dan banyak lagi. Mesti ada yang nak beli. Mungkin boleh mulakan dengan menjualnya di Mudah.my ataupun Carousell.
Anda boleh membuka kelas tuisyen atau menjadi tutor dalam talian untuk menjana pendapatan. Sekarang ini proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan, pastinya kebanyakan pelajar memerlukan bimbingan lebih untuk me
mahami pelajaran. Ia tergantung kepada kepakaran anda juga tau. Mungkin anda terlebih dahulu melakukan ulang kaji sebelum menyampaikan ilmu itu kepada pelajar. Kini, pelbagai aplikasi atau platform yang boleh anda gunakan untuk mengajar dan berinteraksi dengan para pelajar seperti Zoom, Skype dan Teams.
Kalau anda jenis berkeyakinan, pandai berbicara dan suka menyampaikan buah fikiran. Mungkin boleh menjadi ‘influencer’.
Apabila jumlah pengikut anda sudah ramai atau berpengaruh, anda mungkin boleh pertimbang untuk membuat ‘product review’ atau menjual sesuatu barangan atau servis.
Ditambah pula kemahiran mengedit video dan gambar, ia sangat membantu anda. Sekarang ini banyak anak muda menjadi ‘influencer’ di pelbagai platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok serta memberikan pulangan lumayan.
Kesimpulannya, ada banyak peluang untuk jana income yang selamat dan halal ketika PKP ini, apa yang penting anda bersungguh-sungguh untuk melakukannya.
Sekiranya anda masih mempunyai pekerjaan dan ingin jana income, pastikan ia tidak mengganggu tugas hakiki kalian.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja.
Ehsan Marisah has been a branded content creator and business journalist since 2019 at Malaysia’s well-known television news channel. Originally from Kluang, Johor and graduated from University of Malaya. Known for his sharp eye for detail, multitasker, and ability to work in a fast pace environment.