Content Writer and Translator
Setiap tahun, pasti ada sahaja pekerja yang terlibat dalam isu mengenai kenaikan gaji sehingga timbul rasa ketidakpuasan hati dengan majikan di tempat kerja. Umumnya di Malaysia, gaji minimum adalah bermula dari RM1,200 hingga RM1,500. Hanya sahaja bermula dari 1 Januari 2023, kadar gaji majikan yang ditetapkan adalah RM1,500 tidak kira lokasi atau jenis pekerjaan.
Dengan gaji RM1,500 ditambah kos sara hidup yang semakin tinggi saban tahun tidak dinafikan begitu ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk bekerja di Singapura atau Brunei kerana gaji yang lumayan.
Justeru, artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang beberapa contoh ayat mohon kenaikan gaji dengan majikan yang berkesan.
Pernahkah anda terfikir, mengapa ada sesetengah orang yang sanggup menunggu lama untuk mohon kenaikan gaji sedangkan mereka tahu kemungkinan permohonan mereka untuk ditolak adalah sangat tinggi.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan dari mereka buat permohonan ini adalah kerana:
Kebanyakkan syarikat swasta khususnya, mereka memberikan pekerja kenaikan pangkat tetapi tidak menaikkan gaji sama sekali. Sedangkan kita tahu, apabila seseorang itu naik pangkat, maka secara automatik skop kerja mereka juga akan lebih meluas dan berat.
Gaji yang tidak berubah, semestinya tidak sepadan dan tidak memberi keuntungan sama sekali kepada pekerja.
“Burnout” menggambarkan para pekerja yang dihidangkan dengan tanggungjawab kerja semakin berat semata-mata untuk mencapai sasaran syarikat.
Menurut satu laporan yang dibuat oleh Employment Hero, lebih separuh daripada pekerja di Malaysia mengalami burnout kerana bebanan kerja dan ianya memuncak sejak tiga bulan kebelakangan ini.
Sudahlah gaji tidak naik, ini ditambah lagi dengan gangguan pada kesihatan, tentunya pekerjaan tersebut tidak berbaloi dengan kesan yang bakal mereka hadapi.
Beban kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat dilihat masih belum menemukan jalan penyelesaiannya.
Hal ini pastinya lebih mencabar dan sukar bagi mereka yang sudah berkeluarga. Jika dulu kita hanya berfikir soal beli kereta sendiri, tetapi bila ada keluarga yang besar kita juga perlu mempertimbangkan untuk beli kereta keluarga.
Bagaimana mungkin rakyat boleh meneruskan kehidupan dengan baik dalam situasi kegawatan ekonomi ini jika gaji mereka masih di tahap yang sama seperti 10 tahun lepas.
Selain itu, ada juga orang yang mohon kenaikan gaji untuk memudahkan kelulusan kredit dan pinjaman seperti mohon kad kredit, pinjaman peribadi, beli rumah, dan sebagainya.
Nilai gaji sedikit sebanyak akan mempengaruhi jaminan kelulusan pinjaman selain tahap kesihatan kredit yang kita miliki.
Mengenai rundingan gaji, tentu perkara ini dianggap sangat mencabar bagi sesetengah orang. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, ramai orang mungkin bertambah keberatan untuk berbincang soal gaji waima mempunyai kemahiran atau pengalaman yang setimpal.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mendapatkan kadar gaji mengikut apa yang anda berhak peroleh, ianya wajar untuk anda mempelajari cara rundingan yang betul.
Berikut adalah contoh ayat yang mungkin anda boleh gunakan kepada majikan anda:
Jika bos anda tidak membenarkan anda dengan tegas dan sebaliknya berkata dia akan memikirkannya atau akan menghubungi anda, tidak mengapa! Ramai pengurus tidak akan berkata “ya” secara terus.
Tetapi jika anda mendapat “mungkin”, pastikan anda jelas tentang langkah seterusnya. Tidak mengapa untuk mengatakan sesuatu seperti,
Secara bergantian, jika majikan anda pandai membuat susulan, anda mungkin hanya berkata, “Terima kasih! Saya menghargainya.”
Dan jika jawapannya tidak, ini adalah peluang yang tepat untuk bertanya,
Pengurus yang baik seharusnya dapat menjelaskan kepada anda perkara yang perlu anda lakukan untuk memajukan diri di syarikat.
Contoh Email Template (BM & EN) Untuk Mohon Kenaikan Gaji
Sebagai pekerja, anda dibolehkan untuk membuat permohonan kenaikan gaji melalui email sama ada dalam Bahasa Melayu atau English.
Berikut adalah antara contoh email mohon kenaikan gaji dalam Bahasa Melayu untuk panduan anda:
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
[Nama Majikan]
Perkara: Permohonan Kenaikan Gaji
Saya seperti nama di atas dan merujuk kepada perkara yang tersebut, ingin memohon kenaikan gaji sebanyak [peratus] dari gaji yang saya terima sebelumnya.
Saya membuat permohonan kenaikan gaji ini kerana saya telah mencapai tahap KPI yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat tahun tanpa gagal dan mempunyai kemahiran bekerja dalam bidang kritikal beserta sijil profesional yang tidak dimiliki oleh staf yang lain. Saya sertakan bersama salinan sijil serta dokumen pencapaian kerjaya untuk rujukan pihak tuan.
Diharapkan permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala perhatian daripada pihak tuan mengenai permohonan ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih,
[Nama]
[Jawatan]
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
[Nama pengurus],
Perkara: Permohonan Kenaikan Gaji / Pangkat
Saya sangat seronok bekerja di sini sejak ___ tahun yang lalu, dan di samping merasakan saya telah belajar banyak daripada masa saya dalam jabatan, saya juga merasakan saya telah menyumbang banyak kepada kejayaan berterusan pasukan dan syarikat.
Sepanjang tahun lalu sahaja saya telah [tulis tentang pencapaian anda sendiri di sini], dan juga mempunyai tanggungjawab tambahan seperti [tambah ini di sini, memfokuskan pada cara mereka membantu perniagaan]..
Memandangkan nilai tambah yang saya bawa kepada syarikat, saya tidak lagi merasakan gaji yang saya terima mencerminkan sumbangan yang saya buat kepada jabatan. Saya percaya pakej imbuhan semasa saya adalah di bawah daripada yang boleh dijangkakan untuk seseorang dalam kedudukan saya, dan akan meminta kenaikan sebanyak X% untuk menjadikan gaji semasa saya selaras dengan purata industri.
Saya amat menghargai peluang untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut, dan mohon agar kita bertemu pada masa yang paling sesuai untuk anda. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus atas sokongan yang telah anda tunjukkan kepada saya dan saya berharap untuk terus berkhidmat kepada jabatan dan syarikat yang lebih luas.
Sekian terima kasih
[Nama Anda Di Sini]
Berikut adalah antara contoh email mohon kenaikan gaji dalam English untuk panduan anda:
Dear [employer’s name],
I am writing this letter to request a salary increase. I’ve been working as [position] in [company] for over [duration] now and can say that it’s been an incredible experience so far.
After contributing to [recent project], I have felt as though my performance has improved significantly. [State an achievement] helped with the ultimate plan for the project and also developed my [relevant skills]. [Job aspect] is another area that benefited the project as I took on this responsibility by myself, learning how [what you learned]. This turned out to be a success, with [give percentage figures].
I feel as though a [percentage salary increase] is a reasonable request. After doing some research, I found that other [position name] in [region] are earning [salary] annually, which is [percentage] above what I’m currently earning. I thought this figure would be an appropriate amount.
[Thank the recipient for reading the letter]. I’m open to discussing this pay rise.
Thanks again for your consideration.
Sincerely,
[Your name and signature]
Dear [Employer],
I am writing to request a salary increment. I have been working for [Company Name] for [time period], and I believe that I have made a significant contribution to the success of the company.
I have been researching the current market rate for my job role, and I believe that my current salary is below the industry standard. I have outlined some of my accomplishments and achievements below, which I believe demonstrate my value to the company:
(list accomplishments and achievements)
I am confident that I can continue to make a positive contribution to the company, and I believe that a salary increment is warranted. I am asking for a [amount] raise, which I believe is a fair and reasonable request.
Thank you for your time and consideration. I look forward to hearing from you.
Sincerely,
[Your Name]
Dear [Employer’s Name],
I am writing this letter to request a salary increment. I have been working at [Company Name] for [Number of Years] years and have been an active member of the team. In this time, I have been able to contribute to the growth of the company by taking on additional responsibilities and demonstrating my strong work ethic.
I believe that my performance and accomplishments have been significant and have resulted in positive outcomes for the company. Over the past year, I have successfully (list your major accomplishments and contributions to the company). These achievements have helped me to improve my skills, and I am confident that I can continue to make significant contributions to the company.
Considering the cost of living and inflation, I would like to request a salary increase of [Percentage or Amount]. I believe that this increase is a fair reflection of my contributions to the company and my dedication to my job.
I am committed to the growth and success of the company and am willing to take on additional responsibilities and continue my education to enhance my skills. I value my position at [Company Name] and look forward to contributing to the company’s growth.
Thank you for your time and consideration. I look forward to discussing this matter further.
Sincerely,
[Your Name]
[Your Signature]
Dear [Employer’s Name],
I hope this letter finds you well. I am writing to request a salary increment, as I believe that my performance and contributions to the company warrant such an increase.
As you are aware, I have been working diligently for [Company Name] for [Number of Years] years. During this time, I have consistently exceeded the expectations set for my role and have taken on additional responsibilities when necessary. Through my hard work and dedication, I have (list your major accomplishments and contributions to the company).
Despite my continued efforts, my salary has remained the same since I first joined the company. I respectfully request that you consider adjusting my salary to better reflect my contributions and the value I bring to the company.
I understand that salary increases must be carefully considered, and I appreciate your time and attention to this matter. I look forward to discussing this further with you.
Thank you for your consideration.
Sincerely,
[Your Name]
[Your Signature]
Hi [manager’s name],
I have greatly enjoyed working here over the past ___ years, and as well as feeling I have learnt a lot from my time within the department, I also feel I have contributed a great deal to the ongoing success of the team and the company.
Over the past year alone I have [write about your own achievements here], and also have additional responsibilities such as [add these here, focusing on how they help the business]..
Given the added value I bring to the company, I no longer feel that the salary I am receiving reflects the contribution I am making to the department. I believe my current remuneration package is below what can generally be expected for someone in my position, and would request an increase of X% to bring my current salary into line with the industry average.
I would greatly appreciate an opportunity to discuss this further, and kindly ask that we meet at a time most convenient for you. Once again I would like to express my sincere thanks for the support you have shown me and I look forward to continuing to serve the department and the wider company.
Kind regards,
Your Name Here
Di sini kami kongsikan kepada anda juga 7 langkah mohon kenaikan gaji dengan lebih mudah dan efektif.
Dapatkan info tentang skop kerja dan periksa anggaran gaji yang sesuai berdasarkan jawatan tersebut atau market rate untuk kita buat pembandingan.
Semua ini boleh kita semak dengan mudah dan pantas melalui “Salary Guide Malaysia”. Selain itu, jika anda mempunyai rakan sekerja yang berada dalam industri atau jawatan yang sama, boleh juga bertanyakan pendapat dan cadangan mereka tentang isu gaji tersebut.
Bila kita tahu gaji pasaran dengan jawatan dan kemahiran yang kita ada sekarang. Barulah masa hendak jumpa majikan nanti, kita akan lebih yakin untuk “demand”.
Pastikan pengalaman dan skill set yang kita ada boleh dipadankan dengan bidang kerja tersebut. Cuba senaraikan semua skill atau pengalaman yang anda ada selama ini.
Kumpulkan sebanyak mungkin prestasi anda sepanjang bertugas di syarikat itu dan kongsikan perkara ini ketika mencadangkan kenaikan gaji.
Sangat penting untuk kita “show off” value diri sendiri kepada majikan. Ceritakan mengenai skill atau pengalaman anda kepada mereka.
Dengan cara itu, majikan anda lebih yakin dengan pengalaman dan kemampuan yang kita miliki dan melayakkan kita untuk dinaikkan gaji.
Ketika interview, anda boleh memberitahu majikan tentang tujuan anda untuk bekerja di sana. Contohnya, untuk tambahkan pengalaman yang berguna untuk diri sendiri.
Bagi yang baru mendapat kerja, biasanya anda akan melalui “probation period” selama 3 ataupun 6 bulan. Jika anda menunjukkan prestasi yang baik, berkemungkinan besar anda akan dinaikkan gaji ataupun diberikan peluang untuk membuat rundingan gaji dengan majikan.
Jangan sesekali memaksa atau mendesak majikan dengan permintaan atau kemahuan anda. Sebaliknya, biarkan majikan anda mula menawarkan kenaikan gaji terlebih dahulu.
Hal ini secara tidak langsung dapat memberi imej yang baik kepada peribadi anda dalam jawatan di syarikat tersebut.
Jangan malu bertanya ketika anda memohon kenaikan gaji. Antara perkara penting yang perlu anda fahami adalah mengenai compensation structure, bonus, elaun seperti pengangkutan, laptop dan pergigian, dan sebagainya.
Setidaknya dengan pengetahuan yang anda perolehi itu, ia boleh memberi nilai tambah kepada kadar kenaikan gaji yang bakal diterima nanti.
Confident atau yakin adalah sangat penting lebih-lebih lagi dalam hal membuat permohonan atau permintaan dengan orang lain agar apa yang kita minta mudah untuk diluluskan.
Jika kita sendiri tiada keyakinan, bagaimana mungkin kita mampu membuat orang lain yakin akan diri, kemampuan, dan kesungguhan kita dalam bekerja.
Pastikan tona suara dan body language turut sama betul dan yakin semasa berkomunikasi. Dan yang paling penting sekali, jangan panik.
Jika anda rasa layak untuk kenaikan gaji ini, sepatutnya anda tidak perlu berasa ragu-ragu untuk mempertahankan hak anda dalam syarikat.
Sekiranya ke semua tips dan panduan ini telah anda lakukan dan hasilnya tidak seperti yang diinginkan, anda mempunyai dua pilihan untuk kekal dengan gaji lama dan berada di syarikat atau keluar dari syarikat untuk mencari pekerjaan yang lebih sepadan gajinya dengan pengalaman anda.
Diharapkan perkongsian artikel berkenaan dengan isu kenaikan gaji ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat sebagai seorang pekerja.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending –Platform pinjaman di Malaysia yang mudah, telus, diperibadikan, dan menjamin kepuasan anda. Setakat ini, kami sudah ada lebih 3,000 review 5-bintang daripada pelanggan di Google dan Facebook. Layari laman web Direct Lending untuk cari, banding, dan mohon pinjaman peribadi, pinjaman PKS Mikro, dan ansuran servis kereta.
Hannani Juhari has been a content writer and translator since 2018 at a variety of Malaysia’s popular websites. Originally from Johor Bahru, Johor and graduated from the University of Tun Hussein Onn Malaysia. She is known as a musicophile and a 100% digital nomad.