Marketing
Kami tertarik dengan perkongsian MISI BEBAS HUTANG yang baru-baru ini viral di laman Twitter. Tak sangka dengan hanya membuat pelaburan emas, pemilik asal kiriman tersebut berjaya selesaikan hutang PTPTN sejurus selepas beliau tamat belajar.
Apa yang buat kami lebih tertarik beliau berjaya kumpul lebih kurang RM12,500 dalam masa hanya 2 tahun semasa belajar di universiti dengan membuat simpanan emas 2g setiap bulan.
Tonton video ini untuk perkongsian penuh daripada encik Azam Amiri yang berjaya selesaikan hutang ptptn dengan hanya buat simpanan emas.
Encik Azam Amiri telah kongsikan berita gembira tersebut sebaik sahaja melangsaikan hutang PTPTN beliau di pejabat PTPTN cawangan UTC Perak. Kiriman itu telah tular pada Mac lalu dan mula mendapat perhatian semula pada 18 Ogos apabila dikongsi ke laman Twitter Pokngoh, seorang Dealer Emas Public Gold.
Ini 3 cara dan nasihat bermanfaat daripada Encik Azam Amiri untuk anak muda, terutamanya yang berhasrat untuk bebas hutang PTPTN lebih awal seperti beliau. Dihujung artikel ini juga kami berkongsi tips & jenis pelaburan simpanan emas untuk ‘beginner’ di Malaysia.
Kredit: Facebook Azam Amiri
Encik Muhammad Azam Amiri Bin Mohd Raffi atau lebih dikenali sebagai Azam Amiri di laman Facebook beliau, merupakan seorang Master Dealer di Public Gold International Bhd. dan mempunyai beberapa bisnes sendiri. Antara kejayaan beliau sebagai dealer Public Gold, berjaya mendapat award daripada Public Goldpada tahun 2017, 2018, dan 2019. Encik Azam Amiri juga pernah mendapat award bulanan di setiap branch Public Gold dengan jualan emas mencecah RM200k keatas dalam satu bulan.
Untuk yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan emas ini adalah panduan yang boleh anda jadikan rujukan.
Kini, pelaburan atau simpanan emas telah menjadi salah satu instrumen pelaburan atau orang putih panggil investment tool.
Namun, anda perlu tahu bahawa Gold Investment tidak dapat menjamin pendapatan setiap bulan, tiada sistem simpanan emas yang akan menjanjikan keuntungan setiap hari, minggu, bulan atau tahun.
Ini bermakna, tiada pulangan bulan-bulan yang akan akan terima daripada pembelian emas tersebut.
Tapi, kenapa ianya menjadi semakin popular dalam Malaysia?
Hal ini disebabkan, pelaburan emas mempunyai nilai yang kuat untuk lawan inflasi, pilihan ini juga selamat untuk pelabur (walaupun ada krisis ekonomi tetapi harga emas tidak terkesan dan akan naik), boleh mempelbagaikan portfolio pelaburan anda dan emas berkemungkinan mendapat permintaan lebih tinggi di masa akan datang.
Antara tempat simpan duit dan platform pelaburan yang juga popular dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Robo-Advisor. Robo-advisor menggunakan algoritma, matematik dan kecerdasan buatan (AI) bagi menentukan aset yang akan di dalamnya.
Sekiranya anda tidak selesa membuat pelaburan sendiri atau tidak mampu untuk menghabiskan banyak masa melakukan penyelidikan, pemantauan dan mengimbangi portfolio, maka robo-advisor merupakan alternatif terbaik.
Harga emas hari ini RM256.37 per gram turun sebanyak RM-1.11 berbanding semalam RM257.48 per gram. Index emas semasa 9688 turun sebanyak -42 pts berbanding semalam 9730. Sumber: Hargaemas MY
Jika anda adalah seorang yang masih suka cara ‘old skool’ simpan emas, anda boleh beli emas fizikal seperti berikut:
Sesuai untuk yang berpengalaman dalam pelaburan emas. Hal ini kerana, ianya lebih senang untuk disimpan dan tidak mudah hilang melihat kepada saiznya dari 25g – 1KG anda boleh simpan dalam peti simpanan selamat.
Anda juga akan untung besar bila nak jual kerana 1kg jongkong emas berharga lebih kurang ~RM252,909, tetapi anda tidak boleh jual sikit-sikit, jongkong emas hanya boleh dijual dalam bentuk sepenuhnya bukan separuh.
Jika anda risau dan rasa tidak selamat untuk buat pelaburan emas fizikal, ini tips simpan emas fizikal untuk elak hilang atau dicuri.
Berbanding dengan jongkong emas. Sesuai untuk yang baru nak buat pelaburan emas. Syiling emas mudah disimpan dan mudah untuk dijual. Selalunya, berat syiling emas adalah di antara 2.5g hingga 25g. Namun, anda perlu berhati-hati jika simpan di rumah kerana ada risiko hilang atau dicuri sebabkan saiznya yang kecil.
Jika anda seorang pemakai barang kemas, anda boleh dapatkan emas ini dengan mudah di kedai-kedai emas berdekatan. Kebanyakan harga barang kemas emas berada dalam ratusan hingga ribuan ringgit.
Kekurangan simpan barang kemas emas, nilainya tidak kekal. Kalau anda pakai dengan cara kasar yang mengakibatkan rosak atau calar padal barang kemas emas, nilainya akan jatuh dan harga jualan akan lebih rendah daripada harga beli. Oleh itu, anda kena bijak dalam nego harga upah emas untuk dapatkan tawaran yang lebih murah dan berbaloi!
Selain daripada emas fizikal, ini lagi 3 jenis pelaburan atau simpanan emas yang anda boleh pilih mengikut portfolio masing-masing.
Pelaburan di syarikat yang membuat perlombongan emas. Pulangan daripada pelaburan ini bergantung pada prestasi syarikat.
Lebih kurang dengan saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dengan ETF yang disokong oleh emas.
Jika anda melabur dengan menggunakan platform Robo-Advisors, seperti Wahed anda pasti tahu GOLD ETF juga salah satu portfolio pelaburan yang mereka sediakan.
Gold ETF ni sesuai kalau anda baru nak mula atau nak kurangkan risiko pelaburan yang lain. Namun, anda perlu keluarkan sedikit bajet untuk membayar yuran broker.
Anda perlu buka pelaburan emas di bank, cara ini sesuai untuk yang gemar simpan emas tulen secara digital.
Deposit terawal serendah 1g saja (lebih kurang RM250).
Anda boleh rujuk bank yang sediakan servis ini iaitu Maybank, Public Bank, CIMB Bank, UOB, HSBC Bank dan Kuwait Finance House untuk info lanjut.
Untuk jenis ni, anda perlu buka akaun pelaburan emas di bank. Ada beberapa pelabur suka cara ni sebab boleh beli 99.9% emas tulen secara digital.
Berapa harga emas semasa?
Keadaan harga emas dan pasaran di masa akan datang?
Kalau harga emas Malaysia tengah tinggi, patutkah anda tunggu dulu sebelum beli?
Kenapa anda nak beli emas sebagai pelaburan?
Adakah anda nak mempelbagaikan portfolio pelaburan?
Kalau ini kali pertama anda buat pelaburan, patut/sesuai ke mulakan dengan emas?
Anda nak pilih jenis pelaburan emas yang mana?
Dah pertimbangkan semua pilihan ke untuk pelaburan emas?
Apa cara terbaik untuk anda buat pelaburan emas?
Adakah anda sedia dari segi kewangan untuk kekalkan pelaburan emas?
Anda buat pelaburan emas untuk jangka masa pendek ke panjang?
Kalau anda beli emas fizikal, di mana nak simpan?
Jika anda sudah semak checklist di atas, anda pasti tahu jika sudah bersedia untuk hadapi risiko pelaburan atau belum. Kalau anda sudah bersedia, tahniah dan selamat melabur!
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, platform pinjaman peribadi yang membantu anda untuk cari, banding, dan mohon pinjaman yang paling sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi yang terbaik untuk anda. 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.