Banyak yang kita lihat di sosial media dan berita tentang penipuan pakej umrah ataupun scam umrah dan haji. Sebanyak 453 jemaah umrah terkandas di airport arab saudi. 53 orang jemaah umrah dari golongan VIP yang menyertai pakej umrah telah kerugiaan sebanyak RM 1.6 Juta setelah tertipu dengan tawaran pakej umrah VIP. Ada juga mangsa yang tidak sempat menjejakkan kaki pun ke tanah suci apabila mereka diberi tahu pada saat akhir yang passport mereka telah dirampas oleh agency pelancongan yang lain yang telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM71,000 seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.
Ada bermacam- macam pakej umrah deal yang ditawarkan yang boleh menyebabkan kita buta dengan promosi untuk lihat yang ianya adalah scam atau penipuan pakej umrah dan haji. Walaupun dah banyak kes yang kita dapat lihat di media sosial. Tapi masih ramai yang tertipu dan terjebak dengan penipuan pakej umrah dan haji ni.
Susah ke nak bezakan antara pakej umrah yang selamat dan murah dengan scam? Harini kami akan kongsikan 4 tips untuk korang pilih pakej umrah dan haji yang selamat dan murah. Kalau dah tahu semua tips ni. Senang la urusan kerja nak pilih pakej umrah yang sesuai dengan anda.
Pertama sekali, anda kenalah semak agensi pelancongan yang anda pilih tu di portal rasmi Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) di bahagian umrah. Walaupun anda tengok agensi yang anda pilih tu besar atau baru dalam industri, korang haruslah pastikan yang ianya syarikat yang berdaftar. Ada juga agensi yang berdaftar tapi bukan berdaftar untuk sediakan pakej umrah. Tak semua agensi pelancongan yang berdaftar dibawah MOTAC dibenarkan untuk mengendalikan pakej umrah. Ini adalah langkah pertama yang korang boleh buat untuk elakkan daripada terjebak dengan penipuan pakej umrah.
Ini adalah contoh senarai agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah yang sah dan selamat.
Langkah yang kedua adalah kenalpasti harga lantai yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Harga lantai pakej umrah yang terkini yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia adalah RM6,900 untuk pakej 12 hari, 10 malam. Harga lantai pakej umrah boleh berubah- ubah mengikut keadaan semasa. Jadi, amatlah penting untuk anda tahu harga lantai untuk pakej umrah supaya tidak tertipu dengan harga pakej umrah yang murah tak masuk akal.
Ramai yang terjebak dengan penipuan pakej umrah ini tidak tahu tentang harga lantai pakej umrah yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ditambah pula dengan perasaan tamak dan dibutakan dengan pakej umrah yang menawarkan harga yang sangat murah. Jadi, jika agensi pelancongan yang anda hendak pilih menawarkan harga yang lebih rendah dari harga lantai, besar kemungkinan ianya adalah satu pakej umrah penipuan.
Seterusnya, anda bolehlah pastikan kewujudan dan juga reputasi agensi yang menawarkan pakej umrah yang anda pilih. Cuba lakukan semakan di internet dengan mencari nama dan juga feedback. Pastikan pejabat mereka wujud dan ambil tahu keberadaan pejabat agensi yang anda pilih. Lagi bagus kalau anda boleh pergi dan bercakap dengan wakil dari agensi pakej umrah tu. Tengoklah feedback yang diberikan oleh pelanggan mereka sebelum ini supaya anda dapat tahu kesahihan agensi itu dan reputasi mereka.
Adakah mereka menawarkan hikmat seperti yang dijanjikan? Adakah mereka mesra pelanggan dan sebagainya. Ini akan memudahkan anda untuk memilih agensi yang sesuai dan boleh melancarkan lagi perjalanan korang untuk mengerjakan umrah dan pastikan anda mendapat pengalaman dan pakej umrah yang terbaik. Ramai orang lebih memilih untuk menyertai pakej umrah dari syarikat yang sudah lama dalam industri dan besar seperti Andalusia kerana servis mereka adalah bagus dan lancar. Tetapi jika anda tidak mampu, boleh lah mencari alternatif lain seperti syarikat yang lebih kecil. Yang penting, pastikan agensi itu adalah sah dan selamat.
Tips ke empat untuk kenal pasti sama ada pakej umrah yang ditawarkan itu adalah pakej umrah selamat dan murah, teliti servis yang ditawarkan untuk pakej umrah tersebut. Cara yang paling mudah, mintaklah agensi yang anda berminat itu untuk menghantarkan satu salinan terperinci tentang pakej umrah yang ditawarkan. Kebiasaannya, pakej umrah yang sah akan merangkumi pakej taklimat sebanyak 2 hingga 3 kali sebelum mengerjakan umrah, pengurusan Visa umrah, insuran perjalanan, jadual ibadah, pakej makan dan minum ketika umrah, penginapan dan pengangkutan ketika umrah, tiket penerbangan pergi- balik dan at least seorang mutawwif/mutawwifah.
Taklimat persediaan wajib diadakan sebulan sebelum penerbangan ke tanah suci untuk persiapan mental para jemaah. Ketika taklimat ini diadakan, mereka akan memberitahu semua maklumat perjalanan dalam pakej umrah yang jemaah harus tahu. Jadi, Jika agensi pakej umrah yang anda pilih tidak mengadakan taklimat dan menyatakan dengan terperinci perjalanan sebelum pergi dan pulang, ada besar kemungkinan yang agensi itu adalah agensi penipuan pakej umrah.
Untuk yang berhajat untuk membeli pakej umrah ataupun mengerjakan umrah tetapi mempunyai bajet yang kecil. Jika anda tak tahu macam mana nak cari atau simpan duit untuk mengerjakan umrah, terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba untuk simpan duit umrah.
Pertama, cara yang paling asas dan tradisional adalah dengan membuat tabung 52 minggu. Mengikut kiraan bajet dan pakej umrah yang anda ingin gunakan untuk mengerjakan umrah, anda bolehlah mula menabung mengikut kemampuan. Sebagai contoh, seperti yang anda lihat dirajah diatas, itu adalah contoh kiraan untuk harga lantai pakej umrah, RM6,900.
Tetapi disarankan untuk menyimpan lebih dari itu kerana ini adalah harga dasar sahaja tidak termasuk harga servis yang dikenakan untuk pakej umrah bergantung kepada angensi yang anda pilih. Jika anda mampu untuk menyimpan RM 200 selama 52 minggu, anda akan mendapat total sebanyak RM10,400. Yang penting adalah anda haruslah konsisten dan jangan guna duit yang aanda simpan ini. Pastikan anda jangan lupa untuk masukkan sekali pembelanjaan anda sendiri di sana seperti buah tangan untuk anda bawa pulang kepada keluarga dan rakan-rakan.
Cara kedua adalah pelaburan emas. Pelaburan emas semakin mendapat tempat didalam kalangan pelabur kerana nilainya yang kuat untuk melawan inflasi dan juga ianya selamat dan stabil jika dibandingkan dengan pelaburan risiko tinggi seperti kripto. Keuntungan anda bergantung kepada harga emas semasa. Sebagai contoh, anda membeli 10 gram emas pada harga RM231 per gram dan harga semasa sekarang adalah RM282 per gram. Jadi modal yang anda keluarkan ialah RM2310, tetapi dengan kenaikan harga emas untung yang anda dapat jika anda jual emas tersebut ialah RM2820.
Jika anda ingin mengumpul duit sebanyak RM16,000 untuk naik umrah, anda bolehlah membeli lebih banyak gram emas mengikut kemampuan atau menunngu harga pasaran emas untuk naik.
Terdapat banyak jenis pelaburan emas seperti emas digital, emas fizikal seperti emas jokong, syiling emas dan juga barang kemas. Anda bolehlah terokai jenis-jenis pelaburan emas ini dengan lebih mendalam dan cari jenis pelaburan emas yang anda yakin supaya anda dapat merialisasikan impian anda untuk mengerjakan umrah.
Rujuk video dibawah untuk tahu macam mana nak nego harga supaya anda tahu cara kira upah emas dan memaksimumkan lagi keuntungan anda.
Cara yang ketiga anda boleh cuba ialah ASB loan. Anda boleh memohon ASB loan dengan ejen bank yang terpilih seperti CIMB, Maybank, RHB dan BSN. ASB menjadi pilihan ramai keranajaminan deviden yang anda akan dapat setiap tahun. Tetapi jumlah yang dipinjmakan untuk membeli sijil ASB itu hanya dapat dikeluarkan selepas habis tempoh pembayaran yang disetujui.
Sebagai contoh, anda meminjam RM 100,000 dari bank dengan tempoh pembayaran selama 20 tahun. Anda diwajibkan membayar RM500 setiap bulan. Setiap tahun ASB akan mengumumkan dividen yang diberi kepada peminjam. Anggaran selepas 20 tahun, pulangan yang anda mungkin dapt kembali adalh RM200,000. Dengan mengunakan ASB bank anda akan terpaksa untuk berdisiplin membayar dan anda tidak akan dapat mengunakan duit itu. Ianya merupakan pilihan yang tepat jika anda ingin melabur jangka masa panjang.
Salah satu cara lagi yang anda boleh cuba untuk kumpul dana naik umrah adalah dengan menyimpan di Tabung Haji. Dengan membuka akaun dan menyimpan di dalam Tabung Haji. Anda telah mempersetujui untuk membenarkan pihak Tabung Haji untuk mengunakan duit anda untuk pinjaman perniagaan, pinjaman kereta dan sebagainya kepada peminjam yang meminjam dengan Tabung Haji. Segala keuntungan yang Tabung Haji perolehi daripada pinjaman yang diberi adalah hak milik mutlak Tabung Haji tetapi Tabung Haji selalu mengagihkan keuntungan dengan memberikan Hibah (Hadiah) seperti dividen dan bonus kepada pendeposit. Dengan ini, anda dapat mengembangkan simpanan anda dari tahun ke tahun.
Ini adalah contoh kiraan:
2021 = RM 2000 (simpanan tetap)+ Dividen 2021(3.1%) RM62 = RM2062
2022 = RM2062 + RM2000 + Dividen tahunan 2022 = RM4188
2023 = RM4188 + RM2000 + Dividen tahunan 2023 =RM6378
Begitu lah seterusnya sehingga anda mencapai jumlah target yang anda tetapkan. Dividen tahunan akan berbeza-beza.
Ramai mangsa penipuan pakej umrah ini tergolong daripada golongan yang berusia dan juga orang yang mudah tertipu dan dibutakan oleh harga pakej umrah yang tak masuk akal. Diharapkan dengan perkongsian ini kita dapat mengurangkan kes penipuan pakej umrah yang masih berleluasa di Malaysia.
Janganlah gopoh dan tamak bila melihat harga pakej umrah yang ditawarkan itu murah tetapi hikmat yang ditawarkan paras jemaah VIP. Kalau anda tidak mempunyai bajet yang besar. Carilah pakej umrah yang berpatutan dan selamat. Banyak lagi pakej umrah yang anda boleh terokai semasa memilih pakej umrah. Ataupun anda boleh juga cuba menguruskan pendapatan anda dengan lebih baik supaya anda lebih senang untuk membajetkan pembelanjaan dan menabung untuk mengerjakan umrah.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, adalah sebuah platform pinjaman peribadi bank dan koperasi dan juga pinjaman wang berlesen dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras dalam Malaysia. Kami bantu anda untuk cari, banding dan mohon pinjaman peribadi yang sesuai dengan anda.
Perkhidmatan kami 100% percuma. Tiada sebarang caj yang dikenakan. Kami juga menawarkan pembiayaan auto-servis “Servis kereta sekarang, Pay later” yang patuh syariah untuk pemilik kereta yang memerlukan bantuan.