Content Creator and Business Journalist
Nak mula bisnes bukan satu proses yang mudah. Anda memerlukan lokasi fizikal, segala caj sewa tapak serta lesen yang perlu dibayar dan sebagainya. Tetapi itu dahulu, sekarang makin ramai yang jual barang online untuk menjana pendapatan lebih bagi meneruskan kehidupan.
Tanpa memerlukan modal yang besar atau kemahiran canggih mengendalikan komputer, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan dengan risiko kerugian sifar atau sangat minimum.
Oleh itu, bagi peniaga kecil atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang baru memulakan perniagaan atau tercari-cari platform untuk berniaga online, lihat senarai berikut.
Tiktok merupakan satu platform media sosial yang sekarang menjadi satu “Trend” di mana aplikasi ini membolehkan pengguna share dan post video- video pendek, berkongsi ilmu dan ada juga menggunakan platform ini untuk mempromosikan business mereka.
Sebelum ini, kebanyakkan seller di Tiktok perlu meletakkan link WhatsApp, Shopee serta Telegram di profil atau ruang komen untuk memudahkan pembeli berurusan berkaitan pembelian secara online tetapi kini, tidak lagi.
Sambil anda guna tiktok untuk lihat video trending dan isu viral, anda juga boleh bina followers dan gunakan TiktokShop iaitu ciri baharu yang diperkenalkan oleh syarikat aplikasi tersebut yang dapat memudahkan pembeli dalam proses pembelian “add to cart” sama seperti Shopee dan Lazada.
Anda tidak perlu membuat akaun yang baru. Dengan hanya menggunakan akaun personal atau akaun yang sedia ada, anda sudah boleh mendaftar sebagai penjual melalui laman web TikTok Shop untuk mendapatkan features dan kelebihan sebagai penjual di TikTok.
Shopee ialah marketplace yang memang mendapat sambutan baik dengan jumlah trafik yang cukup besar dan meluas.
Untuk mula menjual, anda perlu membuka akaun dengan Shopee dulu. Pergi ke laman web Shopee dan klik pada ‘Sign Up’.
Kemudian, anda perlu ke halaman Shopee Seller Centre untuk akses ke akaun Seller anda menggunakan username dan password yang sama.
Bila sudah ada akses, anda boleh masukkan seberapa banyak produk secara percuma. Anda hanya akan dikenakan caj apabila berjaya membuat jualan.
Sedikit tip, iaitu dengan menggunakan gambar produk berkualiti, product title yang betul dan harga produk kompetitif, anda boleh mendapatkan jualan secara organik tanpa kos.
Anda juga boleh manfaatkan data-data keyword carian dari Shopee Keyword Ads untuk menggunakannya dalam listing produk dan mengeluarkan modal untuk membuat iklan.
Lazada juga antara marketplace yang menjadi pilihan jual barang online dan pesaing kepada Shopee.
Lebih kurang sama sahaja seperti Shopee, anda boleh buka laman web dan klik pada tab ‘Sell On Lazada’.
Selepas itu, anda dikehendaki mengisi beberapa maklumat dan untuk mendapatkan verifikasi. Apabila sudah ada akses, anda boleh terus ke halaman Lazada Seller Centre.
Pelbagai maklumat mengenai jualan atau stor kedai termasuk segala informasi produk, pesanan masuk, jumlah trafik, promosi yang boleh disertai selain boleh belajar untuk menjadi seller terbaik.
AVANA ialah platform untuk memasarkan dan mengiklankan produk sesuatu jenama secara online.
Sebagai seorang ejen affiliate, anda seperti ‘orang tengah’ yang mempromosikan produk pemilik jenama (HQ) melalui link affiliate tertentu.
Anda tidak perlu beli stok atau simpan barang, sebaliknya pesanan pelanggan anda akan dihantar terus kepada HQ yang akan menguruskan proses penghantaran. Kongsikan sahaja link, dapatkan pesanan dan komisen pun diterima.
Muat naik aplikasi AVANA dan log masuk akaun, kemudian lengkapkan maklumat anda. Explore pelbagai jenama sedia ada untuk menjadi ejen. Klik jenama untuk lihat info, senarai produk dan kadar komisen.
Berminat? Hantarkan request anda untuk menjadi ejen jenama dan apabila sudah terima approval, boleh mulakan dapat duit ekstra sekarang!
Anda mempunyai bakat dalam melukis atau mencipta design pakaian sendiri? Ini masa yang terbaik untuk monetize bakat tersebut menjadi salah satu sumber pendapatan tambahan.
Macam mana caranya? Mulakan projek perniagaan design anda dengan menggunakan platform Yeefu dan jana pendapatan tambahan!
Selain daripada mencetak t-shirt dan merchandise, Yeefu juga akan mengurus semua proses pembelian, melayan pelanggan dan semua proses pembayaran juga akan diuruskan oleh mereka.
Tidak perlu risau jika mempunyai kekangan masa untuk menguruskan operasi penjualan t-shirt itu kerana semuanya akan lebih mudah dengan Yeefu.
Tidak dinafikan Facebook Marketplace mempunyai pangkalan data pengguna yang luar biasa. Tidak ketinggalan, alat pemasaran sasaran di Facebook juga lebih baik berbanding menggunakan emel.
Klik sahaja tab ‘Marketplace’, tekan ‘Sell’ dan akan ada beberapa pilihan jenis produk. Kemudian, isi semua maklumat diperlukan seperti jenis barangan, gambar, deskripsi dan kategori.
Setelah semua dilengkapkan, tekan ‘Post’ dan tekan ‘Selling’. Pastikan anda memberikan deskripsi yang menarik, mengkaji harga di kedai-kedai lain, merespon pelanggan dengan baik dan memanfaatkan segala fitur yang ada di Facebook.
Kalau anda tidak mahu menggunakan website e-Commerce, anda boleh buat satu akaun Instagram bisnes.
Instagram masih lagi tempat yang menjadi kegemaran para peniaga online, terutamanya peniaga generasi milenial.
Hal ini kerana ia lebih colourful dan menarik berbanding platform lain. Sambil promosi bisnes sendiri, anda boleh sharing content dalam bentuk visual.
Dari segi trafik, mungkin agak makan masa, anda perlu membina followers sendiri dengan akaun Instagram bisnes yang baru.
Anda juga boleh manfaatkan followers akaun Instagram orang lain untuk promosikan produk anda, ia dipanggil sebagai Instagram Influencer Marketing.
Cara mengaktifkannya adalah dengan membuat akaun bisnes dan menjual produk fizikal. Selain itu, perlu terhubung dengan Facebook Page Business anda.
Akaun anda juga perlu memenuhi standard polisi perdagangan disediakan Facebook dan Instagram. Masuk ke Instagram setting, setelah akaun diverifikasi oleh IG, anda akan melihat menu shopping.
Click menu shopping tersebut, pilih katalog, upload foto dan pilih tag product. Anda dapat menandai 5 produk sekaligus untuk setiap konten yang anda post.
Pembeli di Mudah secara purata dalam 7.5 juta setiap bulan. Potensi pelanggan yang besar itu boleh dimanfaatkan oleh anda yang menjual barang online.
Pelbagai kategori yang boleh anda jual dan iklankan produk atau servis di platform ini termasuk peralatan elektrik, hartanah, rumah, sukan dan lain-lain.
Mudah juga ada keluarkan aplikasi yang boleh anda muat turun di Google Play Store dan App Store.
Mudah.my juga menyediakan kemudahan akaun Pro Niaga bagi sesiapa yang ingin membuat akaun kedai. Dengan itu, adalah lebih mudah menguruskan penyenaraian iklan yang banyak pada satu akaun sahaja, berbanding perlu melihat setiap satu iklan.
Carousell antara aplikasi shopping yang popular, dengan hanya tangkap gambar yang ingin dijual, isi maklumat diperlukan, anda sudah boleh terus mengiklan barangan secara FREE.
Nak jual produk secondhand/pre-loved pun boleh tau! Anda yang baru hendak cuba-cuba berniaga, inilah platform yang terbaik.
Pastikan juga gambar menarik, deskripsi mantap dan anda pandai berinteraksi dengan pembeli. Jangan hanya tangkap muat, anda perlu meyakinkan pembeli.
PrestoMall ialah platform membeli belah yang mula berkembang di Malaysia dan menawarkan pembeli dan penjual kupon serta diskaun ke atas barangan yang dijual.
Anda hanya perlu ‘Sign Up’, pilih sama ada penjual individu atau penjual perniagaan, isikan butiran perniagaan dan dokumen-dokumen diperlukan, seterusnya ‘Daftar’ dan verifikasikan emel yang didaftarkan.
Anda sudah boleh mula menjual barangan/produk secara online!
Siapa di sini yang tidak pernah tahu apa itu Lelong, anda memang rugi! Dekat sini terdapat banyak promosi dan pilihan barangan yang menarik perhatian.
Selain itu, apabila anda jual barang online, pihak Lelong akan menghantar pelbagai promosi, menyediakan seminar untuk para peniaga serta menyediakan diskaun-diskaun menarik.
Setiap orang yang ingin menjual produk dan menawarkan perkhidmatan perlu mengesahkan identiti mereka dengan memuat naik salinan kad pengenalan, pasport atau sijil perniagaan.
Pengguna hanya boleh mula mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka setelah identiti mereka disahkan oleh pihak Lelong.
Oleh itu, untuk memulakan perniagaan di Lelong, anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna laman tersebut dan menunggu sehingga identiti anda disahkan.
Selepas mendaftar, anda sudah boleh mengiklankan barangan atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Terdapat tiga cara penjualan iaitu, express ad, bid now, dan sell now.
Bagi pengguna yang memilih express ad, pelanggan akan diberikan pilihan contact seller to buy this (hubungi penjual untuk membeli).
Pilihan bid now adalah untuk penjualan secara lelong, iaitu pelanggan akan menawarkan nilai pembelian barangan tersebut. Jika anda tidak mahu menunggu, anda boleh memilih untuk menjual barang melalui sell now.
Ebay bukanlah suatu yang baharu di Malaysia. Ia mempunyai kelebihan sekiranya mana-mana pelanggan tidak menerima barang, boleh diadukan dan Ebay akan memanggil penjual dan mendapatkan status barang yang telah dibayar tersebut.
Bagi anda yang ingin membuka akaun Ebay Malaysia, anda boleh ‘Login’ menggunakan akaun yang sama. Apa yang membezakan adalah tempat login, yang mana untuk Malaysia adalah ebay.com.my, manakala antarabangsa adalah ebay.com.
Cara pembayaran pula melalui sistem Paypal, tetapi penjual boleh menetapkan cara bayaran lain termasuk akaun bank, kad visa, kad debit dan Cash on Delivery (COD).
Sementara itu, apabila jual barang online, produk itu sendiri memerlukan visualisasi dan foto yang boleh menarik pelanggan untuk membeli.
Contohnya, peniaga yang menjual baju Melayu semasa bulan Ramadan perlu memuat naik keadaan baju yang terbaik untuk menarik pelanggan.
Mengubah sudut foto produk anda juga suatu tindakan baik untuk menjadikan iklan itu kelihatan lebih menarik.
Jika anda tidak pandai dalam mengedit foto, anda boleh sahaja mengupah orang yang mahir untuk melakukannya agar foto itu cantik dan memikat pelanggan selain copywriting yang baik.
Anda juga boleh memohon Pinjaman PKS Mikro untuk modal perniagaan anda melalui Direct Lending dengan kadar faedah 0.8% – 1.5% sebulan, amaun sehingga RM200,000.
Selamat berniaga dan semoga berjaya!
Ehsan Marisah has been a branded content creator and business journalist since 2019 at Malaysia’s well-known television news channel. Originally from Kluang, Johor and graduated from University of Malaya. Known for his sharp eye for detail, multitasker, and ability to work in a fast pace environment.