Content Writer and Translator
Konsep cara buat duit online sememangnya banyak membantu masyarakat dalam memastikan kehidupan harian mereka lebih baik dari sebelum ini.
Dengan ekonomi sara hidup yang semakin mencengkam dan lambakan pekerja di buang kerja, kita haruslah mempunyai sandaran lain dalam menjana pendapatan selain dari pekerjaan hakiki. Contohnya dengan jana pendapatan dari rumah.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang cara buat duit online tanpa modal dengan menggunakan website dan aplikasi pada tahun 2024 yang menguntungkan dan mudah.
Bila kita sebut mengenai kos sara hidup dan taraf hidup, masing-masing sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kos sara hidup adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal tetapi juga keperluan lain untuk keselesaan hidup termasuk kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan untuk kegunaan harian.
Manakala taraf hidup mengukur perbandingan di antara pendapatan boleh belanja yang diterima oleh seseorang atau keluarga dengan kos sara hidup. Sekiranya pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, maka taraf hidup seseorang dikatakan merosot dan begitu juga sebaliknya.
Berdasarkan apa yang kita lihat hari ini, pendapatan rakyat Malaysia tidak sebanding atau tidak selari sama sekali dengan kenaikan kos sara hidup yang menghimpit mereka.
Ramai yang urgent nak pinjam duit, tetapi tidak banyak yang mampu menyediakan pinjaman yang terbaik.
Justeru itulah, side income yang dulunya dikatakan hanya sekadar menambah pendapatan untuk menaikkan taraf hidup masyarakat, sebenarnya hari ini telah menjadi satu keperluan untuk meneruskan kehidupan.
Terdapat banyak website atau aplikasi yang menawarkan platform cara buat duit online tanpa modal sebenarnya. Anda bebas untuk menjana pendapatan walau di mana sahaja anda berada tanpa had dengan hanya menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar atau laptop.
Antara senarai website atau aplikasi yang sesuai digunakan sebagai salah satu cara buat duit online tanpa modal adalah seperti yang berikut:
ySense merupakan aplikasi penyediaan survey online berbayar, di mana untuk menjana pandapatan online dari sini, anda perlu menjawab segala survey yang disediakan.
Aplikasi ini telah wujud sejak tahun 2007 lagi dan memberikan manfaat kepada pengguna internet dalam menghasilkan wang tambahan dengan cara yang sangat mudah.
Jenis survey berbayar di aplikasi ySense ini bervariasi, di mana ia bermula dari survey politik sehinggalah gaya hidup dan sebagainya. Sebagian besar survey di ySense membayar antara USD 0.50 hingga USD 5 mengikut jenis survey yang dijawab.
Aplikasi Cashzine ini menggunakan konsep membaca untuk mendapatkan wang. Anda perlu baca artikel yang terkandung dalam aplikasi ini, kemudian apabila selesai coins akan diberikan bergantung kepada jumlah pembacaan kita.
Apa yang menarik, setiap coins yang diberikan itu boleh ditukar dalam bentuk duit (RM). Ini bermakna lagi banyak anda baca, lagi banyaklah juga coins akan diperoleh.
Bukan itu sahaja, artikel yang dikongsikan dan berjaya menarik perhatian orang lain untuk baca juga mempunyai jumlah coins yang tertentu akan diberikan kepada kita.
Selalu kita dengar tentang Shopee Affiliate, Lazada Affiliate atau pelbagai lagi jenama besar yang gah namanya di dunia. Namun kali ini kami tertarik untuk berkongsi kepada anda tentang Canva Affiliate.
Sebelum itu penting untuk anda tahu terlebih dahulu apa itu Canva? Untuk pengetahuan anda, Canva adalah sebuah tool khusus digunakan untuk reka bentuk.
Jika dahulu, semua orang berprasangka tanpa ilmu dan kemahiran grafik yang bagus seseorang itu tidak mungkin menghasilkan karya digital atau design yang menarik.
Namun hari ini dengan Canva, setiap rekaan yang dihasilkan pastinya sangat mudah dan menarik tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi.
Melalui Canva Affiliate, anda bukan sahaja boleh reka apa-apa yang dicetak, dokumen dalam format PDF, invois, flyers, sehinggalah grafik untuk siaran di platform digital seperti infografik dan rekaan laman web dan sebagainya.
Malah di sini juga memberikan peluang kepada anda untuk menjual hasil karya-karya yang dibuat dengan menggunakan platform Canva ke seluruh dunia.Dengan memiliki lebih dari 78 juta pengguna di seluruh dunia, ianya tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan yang sangat lumayan dari program Affiliate Canva.
Jika tadi ySense lebih bersifat general dari segi pembahagian survey dan sebagainya. Bagi aplikasi Surveyon pula ia menyediakan survey online terhadap produk, pasaran, atau juga perilaku pembeli.
JAG menyediakan platform di laman web dan aplikasi smartphone sebagai cara buat duit online dengan mudah. Konsep yang diketengahkan pula sangat berkait dengan gaya hidup golongan muda hari ini yang cenderung menggunakan sosial media.
Anda hanya perlu kongsi post, like post, tengok video, dan banyak lagi untuk mendapatkan reward atau ganjaran yang tertentu.
Setiap hari kita pasti akan melayari internet dan menggunakan carian di laman Google sama ada untuk sesuatu yang berfaedah ataupun tidak. Apa kata anda tukarkan setiap data internet yang anda gunakan itu dengan ganjaran yang lumayan.
Dengan hanya menggunakan Qmee.com anda boleh memperoleh ganjaran setiap kali membuat carian di laman Google, Bing atau Yahoo. Jangan risau tiada jumlah minimum untuk anda keluarkan cash dari laman web ini, dan setiap pengeluaran boleh dibuat serta-merta.
Buat pencinta muzik, jangan lepaskan peluang ini untuk jadikan hobi anda sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan yang menarik. Apa yang perlu anda buat hanyalah mendengar lagu dari platform playlistpush.com
PlaylistPush adalah platform yang membolehkan pengguna Spotify, Deezer dan Apple Music ‘monetize’ (menghasilkan duit) playlist mereka. Ia adalah laman web yang menghubungkan artis muzik ke kurator senarai main.
Di samping itu, laman web ini juga membantu artis-artis menyiarkan muzik mereka ke kurator playlist untuk berpeluang dimasukkan ke dalam senarai terhangat.
UserTesting.com adalah sebuah platform baru yang membayar pengguna harian untuk melakukan ulasan pelbagai jenis laman web.
Kalau anda sudah terbiasa membuka browser dan expert dalam pembinaan web, inilah masanya untuk anda jadi golongan profesional dan layari laman web untuk memiliki kerja yang berbayar dan menyeronokkan.
Setiap ulasan mengambil masa hanya sekitar 20 minit dan memberi pulangan untuk anda mendapatkan $10 (RM41) melalui Paypal.
Satu lagi aplikasi cara buat duit online menerusi soal jawab survey yang dipercayai boleh anda sertai adalah Google Opinion Reward. Anda boleh memperoleh wang daripada Google Opinion Reward setiap kali menjawab survey yang tersedia di platform tersebut.
Pengguna Android boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play. Sementara itu, pengguna iOS pula boleh mendapatkannya di App Store.
Pesaing TikTok iaitu Snack Video mendapat tempat yang tersendiri di hari pengguna millennial di dunia khususnya Indonesia, India, dan sebagainya. Snack Video merupakan sebuah platform media sosial yang membolehkan pengguna untuk membuat dan memuat naik video pendek, sama seperti aplikasi TikTok.
Malah tidak hanya setakat itu, Snack Video juga boleh menjadi sumber penghasilan yang menjanjikan. Platform ini menawarkan manfaat bagi sesiapa sahaja untuk menghasilkan wang dengan beberapa cara seperti menonton video, mengundang teman, hingga menjadi seorang content creator.
Siapa kata baca novel tidak mendatangkan hasil? Banyak aplikasi novel digital hari ini yang memberi akses online atau offline kepada pembaca secara percuma.
Apa yang lagi menarik, anda akan mendapatkan points dari setiap pembacaan dalam aplikasi ini. Seterusnya points yang anda dapat boleh juga ditukarkan kepada duit yang akan terus masuk ke akaun bank anda.
Anda mempunyai kemahiran dalam menulis iklan, membuat rekaan bentuk grafik, video editing, membangun web, menterjemah, dan sebagainya, anda boleh memulakan kerja sebagai seorang freelance di Swifty.
Swifty adalah sebuah aplikasi yang mempunyai modus operandi seperti Fiverr, Freelancer, Upwork, Fast Gig, dan sebagainya namun ia khusus bagi anda yang mahu mencari pelanggan tempatan dan transaksi menggunakan bank-bank di Malaysia.
Apa yang anda perlukan adalah akses internet yang laju dan stabil sahaja untuk menjual servis anda, mencari pelanggan dan memulakan tugasan yang dipinta untuk mendapatkan bayaran yang lumayan.
Tidak mustahil bagi seorang freelancer memperoleh pendapatan beribu ringgit sebulan bagi menambah pendapatan hidup.
Menjadi seorang peniaga online akan lebih mudah jika anda mempunyai ilmu dalam pengurusan inventori, pembungkusan, dan penghantaran. Kumoten bertindak sebagai marketplace barang online yang membolehkan anda untuk memulakan dan menguruskan perniagaan online tanpa perlu bimbang untuk menjaga stok dan menguruskan penghantaran produk.
Anda bebas untuk memilih apa sahaja dalam katalog mereka untuk di jual di mana-mana media sosial, laman web sendiri, atau laman web e-dagang yang ada.
Dari sudut pembungkusan dan penghantaran pula akan diuruskan oleh Kumoten tanpa had minimum kunatiti pesanan yang diterima.
Menariknya lagi, segala keuntungan akan kembali 100% kepada anda dan Kumoten tidak mengambil apa-apa komisen dari jualan anda itu.
Kelas tambahan atau sinonim digelar tuisyen menjadi pilihan para ibu bapa untuk meningkatkan pemahaman anak-anak tentang sesuatu subjek di sekolah.
Jika dulu pusat-pusat tuisyen menjadi lokasi tumpuan, hari ini tuisyen online turut sama dipercayai ramai. Justeru itu, pelbagai platform misalnya seperti Snapask dan Superprof memerlukan tutor bagi mengajar pelbagai subjek akademik.
Pernahkah anda terfikir dari setiap peluh yang keluar dari berjalan kaki atau berlari sahaja, anda boleh menjana wang tanpa caj pendaftaran mahupun bayaran?
Sweatcoin adalah aplikasi mudah alih yang memantau pergerakan luaran harian anda lalu dicatat dalam bentuk wang tunai. Anda akan memperoleh kira-kira 1 SWC (1 Sweatcoin) setiap 1,000 langkah yang anda buat.
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai cara buat duit online tanpa modal ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk dijadikan idea jana income lebih lumayan.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan kadar pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 12 Mac 2021 dan dikemas kini pada 16 Februari 2024)
Hannani Juhari has been a content writer and translator since 2018 at a variety of Malaysia’s popular websites. Originally from Johor Bahru, Johor and graduated from the University of Tun Hussein Onn Malaysia. She is known as a musicophile and a 100% digital nomad.
4 Comments
Saya nak jana pendapatan sampingan
saya ingin menjana pendapatan income untuk menangung keluarga …
Ingin cari income
Hi Puan Siti, mungkin puan boleh cek senarai cadangan side income yang kami ada tulis di artikel ini. Jika tidak berminat boleh juga tonton video side income di channel youtube Direct Lending.