Mengenali Pinjaman Koperasi Ukhwah
Pinjaman peribadi koperasi ini ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (“Koperasi Ukhwah”). Koperasi Ukhwah ditubuhkan pada tahun 1998. Aktiviti koperasi Ukhwah termasuk pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun, Ar-Rahnu, hartanah, Ukhwah care dan Ukhwah komputer. Koperasi Ukhwah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.
Ciri-ciri Pinjaman Istimewa
- Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
- Tempoh pembiayaan dari 1 sehingga 10 tahun
- Kadar keuntungan 4.99% tetap untuk pinjaman bertempoh 4-10 tahun, 4.35% untuk pinjaman bertempoh 1-3 tahun
- Payout sehingga 89%
- Bayaran melalui Biro Angkasa
- Tanpa penjamin atau cagaran
- Tiada bayaran pendahuluan
- Pembiayaan berkonsep Syariah
- Pembiayaan dilindungi Takaful
- Proses lebih kurang 2 minggu
Syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 58 tahun
- Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)
- Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 8 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,800 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi layak memohon
Capai impian anda hari ini
Ingin membeli atau ubahsuai rumah? Memulakan atau meluaskan perniagaan? Melunaskan pinjaman pelajaran? Nikmati pembiayaan peribadi patuh syariah berkadar rendah ini daripada Koperasi Ukhwah.
Dapatkan pinjaman koperasi yang anda perlukan dengan cepat, murah dan selamat supaya anda boleh mencapai impian anda atau menangani masalah kewangan yang tidak diduga. Komitmen luar tinggi layak mohon.
Direct Lending adalah platform pinjaman online yang menawarkan pinjaman peribadi koperasi cepat, mudah, selamat, dan mampu milik. 100% percuma. Capai kebebasan kewangan anda hari ini.
Jaminan kami
Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.
Anda Keutamaan Kami
Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.
Urusan Dipermudahkan
Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*
Telus
Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.
Percuma
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.
Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya
Soalan Lazim
Pinjaman peribadi koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (UKHWAH) adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi koperasi UKHWAH adalah berkonsep Syariah.
Anda boleh mohon pinjaman peribadi koperasi UKHWAH untuk apa-apa tujuan sama ada untuk lunaskan pinjaman tertunggak, ubahsuai rumah, beli kenderaan, bayar bil perubatan dan sebagainya.
Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga 58 tahun
- Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 8 bulan
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,800 termasuk elaun tetap
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Pinjaman peribadi koperasi UKHWAH tidak akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda boleh mohon pinjaman koperasi UKHWAH walaupun ada komitmen luar slip gaji yang tinggi.
Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS atau CTOS, koperasi UKHWAH menerima tetapi kelulusan pinjaman tertakluk pada pihak UKHWAH. Untuk peminjam yang ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account), pihak UKHWAH terima tetapi perlu dijelaskan melalui pinjaman tersedia.
Pinjaman peribadi koperasi UKHWAH tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.
Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM200,000. Tempoh pinjaman adalah minimum 1 tahun sehingga maksimum 10 tahun.
Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60% melainkan koperasi tersebut memberikan sedikit kelonggaran. Sebenarnya ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio). Contohnya, anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi walaupun potongan gaji anda melebihi 60% tetapi rekod kredit dan DSR anda adalah baik.
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
- 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Proses permohonan pinjaman peribadi koperasi UKHWAH adalah sekitar 2 sehingga 3 minggu. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.
Kadar keuntungan tetap pinjaman peribadi koperasi UKHWAH adalah 4.99% untuk pinjaman 4-10 tahun dan 4.35% untuk pinjaman 1-3 tahun.
Yuran keahlian untuk pinjaman peribadi koperasi UKHWAH adalah sebanyak RM30 bulanan. Yuran ini akan ditolak daripada pinjaman peribadi tersebut.
Untuk pinjaman peribadi koperasi UKHWAH, tiada bayaran ansuran pendahuluan yang diperlukan.
Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah setinggi 89%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak koperasi UKHWAH.
Pinjaman peribadi koperasi UKHWAH mempunyai perlindungan Takaful.
Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi koperasi UKHWAH.
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi koperasi UKHWAH.
Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi koperasi UKHWAH.
Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.
Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.
* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan koperasi Ukhwah adalah 4.99%. Tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pinjaman RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 4.99% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM14,990.