Mengenali Pinjaman Koperasi KOPUTRI
Pinjaman peribadi koperasi ini ditawarkan oleh Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI). KOPUTRI mula beroperasi sejak 2006 dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan. KOPUTRI didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad.
Ciri-ciri Pinjaman Istimewa
- Amaun pembiayaan sehingga RM100,000
- Tempoh pembiayaan dari 2 sehingga 10 tahun
- Kadar keuntungan tetap 5.90% setahun
- Payout setinggi 95%
- Bayaran melalui Biro Angkasa
- Tanpa penjamin atau cagaran
- Tiada bayaran pendahuluan
- Pembiayaan berkonsep Syariah
- Pembiayaan dilindungi Takaful
- Proses 6-8 hari bekerja
- Rebat untuk pembayaran awal
Syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 54 tahun
- Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)
- Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 8 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,800 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi, CCRIS/CTOS juga layak memohon
Nak bersihkan rekod negatif CCRIS anda?
Aktifkan semula kehidupan kewangan anda dengan pinjaman koperasi daripada Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI). Ia dapat bantu anda untuk overlap atau menyelesaikan pinjaman yang tertunggak. Yang penting, pinjaman koperasi KOPUTRI ini juga berkadar rendah dengan payout tinggi.
Direct Lending adalah platform pinjaman online yang menawarkan pinjaman peribadi koperasi cepat, mudah, selamat, dan mampu milik. 100% percuma. Capai kebebasan kewangan anda hari ini.
Jaminan kami
Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman anda.
Anda Keutamaan Kami
Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.
Urusan Dipermudahkan
Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*
Telus
Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.
Percuma
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.
Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya
Soalan Lazim
Pinjaman peribadi Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah berkonsep Syariah.
Anda boleh mohon pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI untuk bantu anda selesaikan pinjaman tertunggak atau membersihkan rekod kredit negatif dengan pinjaman bertindih (overlap). Selain itu anda juga boleh gunakan pinjaman ini untuk beli kenderaan, ubahsuai rumah, memulakan atau meluaskan perniagaan, bayar bil perubatan dan lain-lain.
Anda layak meminjam jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga 54 tahun
- Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 8 bulan
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,800 termasuk elaun tetap
- Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI tidak akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda boleh mohon pinjaman koperasi KOPUTRI walaupun ada komitmen luar slip gaji yang tinggi.
Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, koperasi KOPUTRI menerima tetapi tunggakan melebihi 2 bulan perlu dijelaskan melalui pinjaman ini. Untuk rekod CTOS pula, amaun yang kurang daripada RM5,000 sahaja adalah layak untuk mohon pinjaman KOPUTRI. Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI juga menerima yang ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account) tetapi perlu dijelaskan terlebih dahulu.
Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI tidak menerima peminjam yang tersenarai di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.
Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM100,000. Tempoh pinjaman adalah minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun.
Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan melalui potongan gaji automatik yang diproses oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Untuk pembiayaan peribadi, salah satu syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan adalah potongan gaji tidak melebihi 60% melainkan koperasi tersebut memberikan sedikit kelonggaran. Sebenarnya ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi permohonan pinjaman anda lulus atau tidak seperti rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (debt service ratio). Contohnya, anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi walaupun potongan gaji anda melebihi 60% tetapi rekod kredit dan DSR anda adalah baik.
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan MyKad (depan dan belakang)
- 3 bulan penyata slip gaji terkini (disahkan benar oleh majikan)
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
Proses permohonan pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah sekitar 6 sehingga 8 hari. Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.
Kadar keuntungan tetap pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah 5.90% setahun.
Yuran keahlian untuk pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah sebanyak RM10 bulanan dan RM30 sumbangan untuk ‘Tabung Anggota’. Untuk sumbangan Tabung Anggota akan dikreditkan balik kepada anda setelah pinjaman selesai. Anda hanya perlu maklumkan pihak KOPUTRI jika anda ingin batalkan keahlian.
Untuk pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI, tiada bayaran ansuran pendahuluan yang diperlukan.
Jumlah payout atau amaun pembiayaan yang anda boleh terima adalah setinggi 95%. Jumlah pembiayaan yang anda akan terima akan ditentukan oleh pihak koperasi KOPUTRI.
Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI mempunyai perlindungan Takaful.
Ya, anda boleh membuat pinjaman bertindih (overlap) untuk pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI.
Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan yuran bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI.
Ya, anda boleh membuat penjelasan awal untuk pembiayaan peribadi koperasi KOPUTRI.
Semak kelayakan anda melalui platform Direct Lending dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.
Mohon dan semak kelayakan anda dengan 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau bayaran pemprosesan. Untuk mohon, klik SINI.
* Tertakluk kepada terma dan syarat. Pembiayaan Kuwait Finance House adalah berkadar tetap 3.99%. Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 2 tahun hingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 4.20% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM14,200.