Director
Apa akan terjadi pada hutang atau pinjaman saya jika saya mati awal? Ini adalah soalan penting yang sering tidak diendahkan oleh peminjam. Terdapat kejadian di mana peminjam meninggal dunia secara tiba-tiba dan meninggalkan baki hutang pinjaman yang banyak. Ahli keluarga dan waris yang sedang bersedih tiba-tiba dikejutkan apabila pengutip hutang meminta mereka untuk menyelesaikan baki pinjaman tersebut. Dari sudut kemanusiaan, perkara ini kelihatan salah. Tetapi bagaimana pula dari segi undang-undang? Adakah pengutip hutang itu melakukan tindakan yang boleh didakwa?
Ini persoalan yang begitu mudah yang masih menjadi tanda tanya kepada kebanyakan masyarakat. Secara amnya, perkara yang akan berlaku kepada harta pusaka kita apabila kita mati adalah ia akan dikumpulkan dalam sesuatu yang bergelar ‘estet’ yang akan dikawal selia oleh seorang ‘pelaksana’. Pelaksana akan dilantik menerusi wasiat ataupun oleh pihak mahkamah.
Terdapat beberapa pihak yang akan menuntut estet anda sebelum dibahagikan kepada waris. Antaranya adalah :
Pemiutang mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengutip baki pinjaman menerusi estet. Jika pinjaman anda dijamin menerusi aset (contohnya rumah), pemiutang akan mengambil aset tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman. Setelah selesai semuanya, baki estet akan dibahagikan mengikut wasiat, Akta Pembahagian (jika tiada wasiat) atau Sijil Faraid bagi yang Muslim.
Untuk mengira baki estet atau nilai harta adalah (Jumlah aset – Jumlah Hutang = Nilai Harta). Jumlah aset merangkumi aset yang sedia ada seperti rumah, duit simpanan. Jumlah hutang pula termasuk komitmen pinjaman anda seperti kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, pinjaman rumah dan lain-lain.
Tidak, kerana pemiutang hanya akan mengejar aset dan estet sahaja. Jika nilai aset melebihi nilai hutang, maka semua hutang akan selesai dan baki estet akan dibahagikan kepada penama atau waris. Tetapi, jika nilai estet tidak mencukupi untuk menyelesaikan hutang, pemiutang perlu menanggung kerugian kerana mereka tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap ahli keluarga anda, melainkan ahli keluarga tersebut adalah penjamin atau peminjam bersama.
Bagi melindungi ahli keluarga anda, pelindungan insurans adalah aspek penting sewaktu melakukan pinjaman. Pihak peminjam dan pemberi pinjaman akan lebih terjamin di mana hutang pinjaman akan diselesaikan dengan kesan yang minima dan waris tidak perlu menanggung hutang beban yang banyak.
Pinjaman bercagar seperti pinjaman rumah lazimnya didukung atau dilindungi oleh cagaran atau aset peribadi. Individu yang mengambil pinjaman perumahan perlu mengambil sejenis insurans gadai janji sebelum pinjaman diluluskan. Peminjam mempunyai pilihan untuk mengambil Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) or Mortgage Level Term Assurance (MLTA). Pelan insurans ini akan bantu memberi pelindungan jika berlaku kematian atau cacat kekal kepada peminjam.
Pengguna kad kredit juga harus mempertimbangkan kelebihan apabila memohon insurans hutang kad kredit. Peratusan premium bulanan adalah amat rendah berbanding jumlah bayaran bulanan kad kredit tersebut. Membayar insurans kad kredit juga salah satu langkah untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan.
Sungguhpun pemiutang atau pemberi pinjaman peribadi tidak mewajibkan peminjam untuk memberikan aset peribadi sebagai jaminan pinjaman, objektif utama adalah untuk memastikan hutang pinjaman itu dibayar. Oleh itu, kebanyakan Pinjaman Bank & Koperasi, termasuklah yang ditawarkan oleh Direct Lending, mempunyai insurans atau pelindungan Takaful supaya hutang pinjaman tersebut dapat diselesaikan walaupun berlakunya kematian atau kemalangan kepada peminjam. Premium insurans atau Takaful akan ditolak daripada jumlah pokok pinjaman.
Sebelum anda mengambil insurans pinjaman peribadi dan insurans kad kredit, pastikan anda peka terhadap klausa penting dan pengecualian walaupun perlindungan itu berpusat kepada faedah kematian.
Kesimpulannya, setiap individu or peminjam perlulah peka terhadap prosedur pinjaman sama ada sebelum atau selepas melakukan pinjaman. Pengguna perlu mempersiapkan diri dengan ilmu mengenai produk pinjaman dan juga jenis perlindungan insurans di Malaysia. Peminjam yang bertanggungjawab akan memikirkan kesejahteraan orang tersayang dan pastikan yang mereka akan pergi tanpa meninggalkan beban.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending, platform pinjaman bank & koperasi yang bantu anda cari, mohon & banding pinjaman secara percuma dan selamat. Hubungi kami untuk bantuan pembiyaan peribadi yang selamat dan kadar serendah 2.95% setahun.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 26 Julai 2019 dan dikemas kini pada 27 Mac 2024)
Yik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.