Director
Rangka Kerja Kadar Rujukan diperkenalkan pada tahun 1983, dimana Kadar Pinjaman Asas digunakan sebagai Kadar Rujukan untuk pinjaman runcit baharu dengan ciri kadar faedah terapung. Sejak itu, ketentuan dan pelaksanaan untuk Kadar Pinjaman Asas telah berkembang selaras dengan pembangunan sektor kewangan.
Tetapi, Kadar Pinjaman Asas dianggap kurang relevan sebagai Kadar Rujukan kerana ia kurang telus dan menyebabkan peminjam sukar membuat keputusan yang betulmengenai pinjaman runcit dengan kadar terapung selepas menyemak kelayakan pinjaman peribadi.
Mohon Pinjaman PeribadiPada 2 Januari 2015, Rangka Kerja Kadar Rujukan baru telah dilaksanakan untuk menggantikan yang lama dengan tujuan untuk menyediakan Kadar Rujukan yang lebih telus kepada peminjam. Kadar Pinjaman Asas telah ditukar kepada Kadar Asas untuk membantu peminjam membuat keputusan yang lebih tepat bagi memilih produk pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Institusi kewangan diberikan kebebasan untuk menentukan Kadar Asas masing-masing.
Anda mungkin tertanya “Apa itu pinjaman runcit kadar terapung?” “Kenapa ada banyak jenis Kadar Rujukan?”
Pinjaman Runcit adalah pinjaman individu, bermaksud bukan pinjaman perniagaan atau perusahaan kecil dan sederhana. Manakala, Pinjaman Kadar Terapung pula adalah pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman.
Sebagai peminjam, anda perlu tahu apa Kadar Pinjaman untuk pinjaman kadar terapung. Kadar Pinjaman ditentukan oleh Kadar Rujukan dan Spread. Kadar Pinjaman ini adalah kadar keseluruhan yang akan mempengaruhi jumlah bayaran balik pinjaman anda.
Ketahui perbezaan antara kadar terapung dan kadar tetap dalam video ini.
Komponen pertama di dalam Kadar Pinjaman adalah Kadar Rujukan. Kadar Rujukan ini menentukan sebarang perubahan pada jumlah bayaran balik pinjaman bagi pinjaman runcit dengan kadar terapung sepanjang tempoh pinjaman. Terdapat pelbagai jenis Kadar Rujukan seperti Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Asas.
Kadar Pinjaman Asas ditentukan oleh berdasarkan keseluruhan keadaan kewangan institusi kewangan di Malaysia. Kadar Dasar Semalam (OPR) juga digunakan sebagai penanda aras serta kos pinjaman wang.
Kadar Asas ditentukan oleh institusi kewangan berdasarkan penanda aras kos dana dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) setiap bank. Bank di Malaysia diberikan kebebasan untuk menentukan Kadar Asas tersendiri, berdasarkan formula ditetapkan dan Kadar Dasar Semalaman BNM digunakan sebagai penanda aras.
Komponen kedua pula adalah Spread. Spread ini termasuk kadar risiko kredit peminjam, kos operasi, premium kecairan dan margin untung bank. Lazimnya, Spread tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman anda. Spread juga ditentukan oleh bank dan setiap bank mempunyai spread yang berlainan.
Contoh Rangka Kadar Rujukan sebelum 2015:
Kadar Pinjaman (4.7%) = Kadar Rujukan (Kadar Pinjaman Asas) (6.9%) – Kadar Faedah (2.2%)
Contoh Rangka Kadar Rujukan selepas 2015:
Kadar Pinjaman (4.7%) = Kadar Rujukan (Kadar Asas) (3.5%) + Spread (1.2%)
Baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Rangka Kerja Kadar Rujukan yang telah dikemas kini. Dibawah Rangka Kerja Kadar Rujukan yang telah dikemas kini ini Kadar Asas Standard akan menggantikan Kadar Asas sebagai kadar rujukan untuk pinjaman runcit baharu dengan ciri kadar faedah terapung. Rangka Kerja Kadar Rujukan dikemaskini akan dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2022, tahun hadapan.
Berbeza dengan Kadar Asas sebelum ini, Kadar Asas Standard adalah selaras dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan ditentukan oleh Jawatan Kuasa Monetari Bank Negara Malaysia. Dalam erti kata lain, Kadar Asas Standard adalah selaras dengan Kadar Asas Semalam. Dengan ini lebih senang bagi peminjam untuk membuat perbandingan untuk produk pinjaman runcit ditawarkan di institusi kewangan. Kesemua bank di Malaysia akan menggunakan Kadar Asas Standard yang sama ditentukan oleh BNM. Kadar Asas Standard akan menentukan kadar pinjaman bagi pinjaman runcit kadar terapung baharu, pembiayaan semula pinjaman runcit sedia ada, dan pembaharuan pinjaman runcit pusingan.
Dengan perubahan ini, ia memudahkan pelanggan dan peminjam untuk membuat keputusan kerana Kadar Asas Standard adalah lebih telus berbanding Kadar Asas sebelum ini. Gabenor Datuk Nor Shamsiah juga menyokong perubahan ini dengan kenyataan yang pelanggan dan peminjaman akan lebih senang untuk memahami perubahan bagi bayaran balik pinjaman mereka kerana Kadar Asas Standard hanya bergantung kepada perubahan Kadar Asas Semalaman.
Berdasarkan illustrasi di atas, Kadar Asas akan digantikan oleh Kadar Asas Standard bermula 1 Ogos 2022 akan datang dengan perbezaan yang agak besar pada Kadar Rujukan. Sebelum ini Kadar Asas ditentukan oleh bank dengan tersendiri, jadi setiap bank mempunyai Kadar Asas yang berbeza mengikut penanda aras masing-masing. Tetapi, dengan perubahan baharu ini, kesemua bank di Malaysia akan mempunyai Kadar Asas Standard yang sama sahaja.
Penyeragaman Kadar Asas Standard dapat membantu pengguna atau peminjam untuk membuat perbandingan pinjaman antara bank dengan lebih efektif. Pengguna juga dapat membuat pertimbangan yang lebih tepat apabila melakukan permohonan pinjaman berkadar terapung ini.
Walaupun Kadar Asas Standard akan diseragamkan bagi setiap bank, Kadar Pinjaman masih akan berubah bagi setiap pelanggan kerana spread berubah mengikut individu dan bank kerana ia berasaskan skor kredit seorang individu dan selera risiko serta strategi perniagaan setiap bank. Spread masih dikekalkan, dimana komponen kadar faedah untuk pinjaman seperti risiko kredit peminjam, kos operasi, premium risiko mudah tunai, margin keuntungan dan kos lain akan masih digunakan oleh bank untuk menentukan spread tersendiri.
Anda mungkin ada beberapa soalan yang bermain di minda anda “Eh, macam mana dengan pinjaman kadar terapung saya? Saya baru sahaja mohon tahun ini” “Kiraan kadar pinjaman bagi pinjaman kadar terapung saya akan berubah ke tahun hadapan?”
Peralihan dari Kadar Asas kepada Kadar Asas Standard tidak akan memberikan apa-apa kesan atau impak kepada kadar pinjaman bagi pinjaman runcit kadar terapung sedia ada. Pinjaman runcit berkadar terapung yang sedia ada sebelum 1 Ogos 2022 masih akan meneruskan penggunaan Kadar Asas dan Kadar Pinjaman Asas sebagai Kadar Rujukan.
Jadi pelanggan sedia ada tidak perlu risau mengenai peralihan ini kerana tiada apa-apa kesan kepada pinjaman runcit yang sedia ada dan hanya perlu membayar balik pinjaman seperti biasa.
Pinjaman runcit berkadar terapung seperti pinjaman rumah dan pinjaman peribadi yang baharu sahaja yang akan mengguna pakai Kadar Asas Standard ini. Peralihan ini tidak memberi kesan kepada pinjaman kadar tetap seperti pinjaman kenderaan ataupun pinjaman perniagaan.
Bagi pelanggan baharu atau peminjam runcit baharu, pinjaman runcit berkadar terapung baharu juga sepatutnya tidak dengan perubahan ini. Ini kerana, Kadar Pinjaman bagi peminjam baharu akan ditentukan dengan cara kompetitif dan akan dipengaruhi oleh bermacam jenis faktor seperti penilaian institusi kewangan terhadap kedudukan serta status kredit peminjam, keadaan pendanaan dan juga strategi perniagaan oleh bank.
Selepas tarikh kuat kuasa tersebut, kedua-dua Kadar Asas dan Kadar Pinjaman Asas akan bergerak seiring dengan Kadar Asas Standard kerana sekiranya berlaku sebarang pelarasan kepada Kadar Asas Standard, Kadar Asas dan Kadar Pinjaman Asas juga akan diselaraskan secara serentak.
Oleh itu, bank-bank di Malaysia di minta untuk mempamerkan Kadar Asas Standard di laman web dan cawangan bank bersama dengan Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Asas sebelum ini untuk rujukan pelanggan. Bank-bank diberi tempoh peralihan selama satu tahun serta masa untuk persediaan dan menambahbaik sistem diguna pakai untuk memastikan pelaksanaan Rangka Kerja Kadar Rujukan dikemaskini akan berjalan dengan lancar.
Untuk perbezaan yang lebih jelas mengenai Kadar Rujukan, anda boleh rujuk jadual di bawah:
Kadar Asas Standard | Kadar Asas | Kadar Pinjaman Asas | |
Dikuatkuasakan | Bermula 1 Ogos 2022 | 2 Januari 2015 | Digunakan sejak 1983 |
Penetapan | Oleh Bank Negara Malaysia berdasarkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) | Oleh Bank tersendiri berdasarkan penanda aras bank seperti kos dana dan keperluan rizab berkanun | Oleh Bank tersendiri berdasarkan kos meminjamkan wang kepada institusi kewangan lain dan boleh dipengaruhi oleh Bank Negara Malaysia |
Perubahan kadar | Selaras dengan Kadar Dasar Semalaman | Bank boleh mengubah Kadar Asas walaupun Kadar Dasar Semalaman tidak berubah | Berubah mengikut Kadar Dasar Semalaman |
Fungsi | Lebih telus dan memudahkan penggunakan membuat perbandingan | Lebih telus tetapi sukar bagi pengguna untuk membuat keputusan | Menetapkan kadar pinjaman tetapi kurang telus |
Situasi A: Anda mempunyai pinjaman peribadi berkadar terapung sebanyak RM10,000 untuk tempoh 10 tahun dengan Bank A.
Kadar Asas Standard | Kadar Asas | Kadar Pinjaman Asas | |
Kadar Rujukan | 1.75% | 1.85% | 6.8% |
Spread | 1.7% | 1.60% | 3.35% |
Kadar Pinjaman | 3.45% (1.75% + 1.7%) |
3.45%(1.85% + 1.60%) | 3.45%(6.8% – 3.35%) |
Bayaran Ansuran Bulanan | RM112.08 | RM112.08 | RM112.08 |
Berdasarkan kiraan di atas, kesemua bayaran ansuran bulanan untuk ketiga-tiga jenis kadar rujukan adalah sama sahaja, perbezaan adalah pada penentuan kadar rujukan dan spread.
Situasi B: Anda ingin memohon pinjaman peribadi kadar terapung sebanyak RM150,000 dengan tempoh 10 tahun. Anda ada pilihan untuk pergi ke tiga bank. Bagaimana anda untuk bandingkan Kadar Pinjaman untuk Bank A, B dan C?
Kadar Asas |
Kadar Asas Standard |
|||||
Bank |
Bank A |
Bank B |
Bank C |
Bank A |
Bank B |
Bank C |
Kadar Rujukan |
1.65% |
1.80% |
1.50% |
1.75% |
1.75% |
1.75% |
Spread |
1.35% |
1.5% |
1.7% |
1.5% |
1.35% |
1.6% |
Kadar Pinjaman (Kadar Rujukan + Spread) |
3% |
3.3% |
3.2% |
3.25% |
3.1% |
3.35% |
Bayaran Ansuran Bulanan |
RM1,625 |
RM1,662.50 |
RM1,650 |
RM1,656.25 |
RM1,637.50 |
RM1,687.50 |
Mengikut kiraan di atas, Kadar Asas bagi Bank A, B dan C adalah berlainan, ini kerana Kadar Asas ditetapkan oleh setiap bank tersebut secara tersendiri.
Berlainan pula dengan Kadar Asas Standard, ketiga-tiga bank mempunyai kadar yang sama pada 1.75%. Perbezaan bagi kiraan hanya pada spread, dimana setiap bank menetapkan spread tersendiri. Walaupun Kadar Asas Standard adalah sama untuk Bank A, B dan C, spread yang berbeza memainkan perbezaan dalam Kadar Pinjaman.
Apabila Kadar Rujukan atau Kadar Asas Standard adalah sama bagi setiap bank, lebih senang untuk pelanggan untuk membuat keputusan dan pertimbangan yang lebih tepat untuk mohon pinjaman runcit berkadar terapung.
Jadi jika anda ingin memohon pinjaman runcit dengan kadar terapung selepas 1 Ogos 2022, anda boleh membuat perbandingan yang lebih tepat selepas Rangka Kerja Kadar Rujukan dikemas kini dikuatkuasakan.
Bagi pengguna atau peminjam akan datang yang berminat untuk membuat pinjaman runcit dengan kadar terapung buat masa akan datang atau bermula 1 Ogos 2022, pastikan anda semak dahulu kadar faedah yang ditawarkan oleh bank. Anda boleh semak kadar faedah pinjaman dengan senang dan pantas melalui laman web bank.
Kesimpulannya, peralihan Kadar Asas kepada Kadar Asas Standard akan membantu pengguna untuk membuat keputusan dan perbandingan yang lebih tepat untuk pinjaman runcit berkadar terapung yang ditawarkan oleh bank-bank. Peralihan ini juga akan menggalakkan bank-bank untuk bersaing secara sihat untuk menawarkan produk yang menarik di pasaran.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda.
Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.
Mohon Pinjaman PeribadiYik Seong is the founder of Direct Lending and Chartered Financial Analyst (CFA) Charterholder, with over 20 years of finance experience working in Malaysia, London, Singapore, and Hong Kong. Driven by his passion for finance, Yik Seong founded Direct Lending with a mission to provide safe and affordable financing to individuals with restricted access to credit channels. He enjoys long hikes during the weekend and never skips a morning coffee.