Marketing
Pinjaman peribadi adalah sejenis kemudahan kredit daripada institusi kewangan untuk bantu memenuhi keperluan kewangan anda. Secara umumnya, ramai mohon pinjaman peribadi seperti pinjaman koperasi untuk pelbagai tujuan seperti selesaikan hutang lama, hal-hal kecemasan, perkahwinan, kos renovasi rumah dan lain-lain. Jadi, apakah perbezaan pinjaman peribadi dengan pinjaman koperasi?
Pinjaman koperasi kerajaan adalah sejenis pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Pinjaman koperasi adalah pilihan popular di kalangan penjawat awam sebab kelonggaran dan fleksibiliti dari segi permohonan berbanding dengan bank komersial.
Salah satu sebab adalah pembayaran balik pinjaman koperasi dilakukan menerusi potongan gaji atau Biro ANGKASA. Kebanyakan pinjaman koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep pembiayaan peribadi islamik.
Pihak yang menawarkan pinjaman koperasi kepada penjawat awam adalah koperasi-koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Selain koperasi, pihak yayasan dan terdapat juga bank tertentu yang bekerjasama dengan entiti tempatan untuk menawarkan pinjaman koperasi.
Walaupun pihak yayasan bukanlah koperasi, tetapi pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh yayasan dan juga bank mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pinjaman koperasi dalam pelbagai aspek. Ini termasuk kaedah bayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji.
Biasanya, proses kelulusan pinjaman koperasi lebih fleksibel jika dibandingkan dengan bank komersial. Ini adalah kerana skim bayaran balik adalah melalui potongan gaji (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara). Pinjaman peribadi bank koperasi juga menerima permohonan peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman rekod CCRIS atau CTOS, disenaraikan di bawah Akaun Perhatian Khas (SAA) dan juga AKPK.
Koperasi kemungkinan juga dapat meluluskan pinjaman bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi. Namun begitu, pinjaman koperasi hanya akan diluluskan jika jumlah potongan di slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar peminjam bagi memastikan peminjam yang bertanggungjawab.
Rekod bayar balik pinjaman yang tidak konsisten (termasuk juga pinjaman di mana anda selaku sebagai penjamin) akan mengakibatkan rekod kredit negatif. Jika ini berlaku, kemungkinan besar pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman rumah, kereta atau permohonan kad kredit anda.
Dalam perkara ini, lebih baik untuk mohon pinjaman koperasi dan gunakan hasilnya untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Ini merupakan salah satu cara clear CCRIS dan CTOS yang membantu untuk memberikan fleksibiliti pinjaman yang anda perlukan.
Ada juga beberapa situasi dimana penjawat awam memohon pinjaman koperasi untuk menyelesaikan tunggakan hutang kerana tidak dapat membuat penangguhan bayaran balik.
Hal ini kerana, penangguhan moratorium hanya untuk pinjaman bank & institusi kewangan pembangunan. Oleh itu, peminjam tidak mempunyai alternatif lain untuk membantu mereka meringankan beban hutang tersebut.
Meskipun begitu, anda disarankan supaya berdisiplin dan membayar balik semua komitmen dan pinjaman anda tepat pada masanya untuk mengekalkan rekod kredit yang cantik.
Walaupun anda mempunyai sejarah kredit yang baik, pinjaman koperasi mungkin bermanfaat dalam mengurangkan beban kewangan anda. Jika anda mempunyai baki kad kredit yang berfaedah 15 atau 18% setiap tahun atau pinjaman peribadi dengan faedah tinggi, anda boleh gunakan pinjaman koperasi yang kadar faedahnya lebih rendah sebagai penyatuan hutang dan membayar balik hutang yang tinggi ini.
Langkah pertama, anda kena pastikan pihak koperasi yang anda berurusan adalah pemberi pinjaman yang sah dan berdaftar. Terdapat banyak scammer yang menyamar sebagai wakil koperasi atau badan koperasi untuk mengambil kesempatan si mangsa. Untuk pastikan anda berurusan dengan pihak koperasi yang sah, anda boleh membuat carian melalui portal Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Masukkan nama penuh koperasi tersebut dan klik ‘Cari’. Nama koperasi dan negeri koperasi tersebut akan tertera seperti gambar di atas sekiranya ia adalah sah dan berdaftar. Sekiranya tidak, semak semula jika anda masukkan nama koperasi itu dengan betul. Jika masih tiada carian, maka mungkin koperasi tersebut tidak wujud dan adalah penipu scammer.
Luangkan masa untuk semak butiran produk kewangan. Contohnya seperti kadar faedah atau keuntungan, tempoh pinjaman, jumlah payout (wang yang diterima dalam akaun) dan ansuran bulanan. Untuk pinjaman koperasi di Malaysia, ia menawarkan kadar faedah tetap. Maksudnya adalah kadar faedah tersebut tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman. Jadi, ansuran bulanan anda adalah sama sehingga kontrak pinjaman berakhir.
Tip: Dapatkan maklumat beberapa produk kewangan koperasi dan bandingkan yang mana adalah lebih sesuai untuk anda. Atau terus semak kelayakan dengan Direct Lending. Sistem pintar kami boleh bantu anda pilih solusi kewangan yang terbaik untuk anda.
Seperti juga syarat untuk pinjaman bank, syarat kelayakan mohon pinjaman koperasi adalah berbeza bergantung kepada jenis pelan pembiayaan yang ditawarkan. Begitu juga dokumen yang diperlukan untuk mohon. Ada koperasi yang perlu dokumen dengan pengesahan majikan, dan sebaliknya.
Anda perlu teliti apakah syarat dan dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman koperasi tersebut. Pastikan anda layak untuk mohon dan dapat sediakan dokumen yang diminta.
Sebagai contoh, ini adalah perbandingan ringkas antara tiga pinjaman koperasi yang popular di laman web ini. Perhatikan bagaimana syarat kelayakan mohon yang sangat berbeza antara ketiga-tiga pelan pembiayaan koperasi yang ditawarkan.
Pelan Pembiayaan | Pendapatan (gaji kasar) | CTOS/CCRIS/AKPK |
---|---|---|
Public Bank BAE Personal Financing-i (MCCM) | RM3,000 - Ambil kira komitmen luar |
CTOS - Tiada rekod CCRIS - Tiada Special Attention Account (SAA) AKPK - Tidak disenaraikan |
KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq | RM1,800 - Tidak ambil kira komitmen luar |
CTOS - Tidak melebihi RM5,000 CCRIS - Tunggakan perlu diselesaikan dengan pinjaman AKPK - Tidak disenaraikan |
Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi | RM1,500 - Tidak ambil kira komitmen luar |
CTOS - Tidak melebihi RM30,000 CCRIS - Tunggakan/SAA boleh mohon AKPK - Disenaraikan boleh mohon |
Semak jika anda dikenakan sebarang pembayaran atau yuran sewaktu mohon pinjaman koperasi. Biasanya caj dan yuran yang dikenakan adalah seperti duti setem, Takaful, yuran ahli dan caj lain-lain. Ingat ya, pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta peminjam membayar apa-apa wang pendahuluan sebelum anda menerima pinjaman.
Sekiranya ada sebarang caj atau yuran sekalipun ia akan terus ditolak daripada jumlah pinjaman dan anda tidak perlu membayar secara langsung. Jadi, biasanya anda akan terima sekitar 80% sehingga 98% daripada jumlah pinjaman selepas tolak sebarang caj atau yuran.
Secara ringkas, terdapat beberapa caj pembiayaan koperasi yang dikenakan jika permohonan anda lulus. Antaranya ialah:-
Pinjaman koperasi terbaik atau yang sempurna adalah pinjaman dengan kadar keuntungan/faedah yang rendah dan payout yang tinggi, dan juga syarat kelayakan yang longgar. Malangnya pinjaman tersebut tidak wujud.
Anda harus pilih dua daripada tiga faktor di atas. Pinjaman dengan kadar keuntungan/faedah rendah dan payout tinggi akan mengenakan syarat kelayakan mohon yang ketat, dan pinjaman dengan syarat kelayakan mohon yang longgar didatangkan dengan kadar keuntungan/faedah tinggi dan payout yang rendah.
Contoh yang paling ringkas adalah daripada jadual di bawah untuk perbandingan kadar keuntungan dan payout tiga jenis pinjaman koperasi.
Pelan Pembiayaan | Kadar Keuntungan (% p.a) | Jumlah Payout |
---|---|---|
Public Bank BAE Personal Financing-i (MCCM) | Bermula dari 3.99% | Sehingga 98% |
KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq | 5.99% | Sehingga 95% |
Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi | Bermula dari 6.50% | Sehingga 90% |
Daripada jadual di atas, walaupun pelan pembiayaan Public Bank MCCM mengenakan syarat kelayakan mohon yang agak ketat, pinjaman ini menawarkan caj kadar keuntungan terendah dan juga bayaran payout yang sangat tinggi.
Sebaliknya untuk pelan pembiayaan YYP yang memerlukan syarat kelayakan mohon yang sangat longgar, tetapi mengenakan caj kadar keuntungan yang agak tinggi, dan jumlah payout yang sedikit rendah.
Merujuk kepada jumlah payout atau jumlah bersih wang yang akan anda terima, sudah pasti ramai yang akan memilih pinjaman koperasi dengan jumlah payout yang tinggi. Tetapi anda harus buat sedikit kira-kira sebelum anda pilih.
Payout yang tinggi tidak bermaksud pinjaman tersebut adalah pinjaman terbaik.
Contoh yang paling ringkas adalah daripada jadual di bawah.
Pelan Pinjaman A | Pelan Pinjaman B | |
---|---|---|
Jumlah Pembiayaan | RM10,000 | RM10,000 |
Kadar Faedah/Keuntungan | 5% p.a | 5.5% p.a |
Tempoh Pembiayaan | 10 tahun | 10 tahun |
% Payout | 90% | 98% |
Wang dalam tangan | RM9,000 | RM9,800 |
Ansuran bulanan | RM125 | RM129 |
Jumlah bayaran keseluruhan | RM15,000 | RM15,500 |
Jumlah keseluruhan pinjaman | RM6,000 | RM5,700 |
Pelan pinjaman A menawarkan payout yang rendah iaitu 90% berbanding pinjaman B dengan payout sehingga 98%. Walau bagaimanapun, caj kadar faedah/keuntungan tahunan yang dikenakan oleh pinjaman B lebih tinggi daripada pinjaman A.
Walaupun perbezaan caj kadar faedah/keuntungan antara pinjaman A dan pinjaman B hanya 0.5% p.a, jumlah kos pinjaman yang perlu anda bayar adalah lebih RM500 sekiranya anda memilih pinjaman B. Ini menjadikan pinjaman A lebih menguntungkan walaupun menawarkan payout yang lebih rendah berbanding pinjaman B.
Oleh kerana terdapat banyak pinjaman koperasi pada masa sekarang, sudah pasti anda perlu luangkan sedikit masa untuk pilih pinjaman koperasi yang sesuai dengan kelayakan dan kehendak anda. Jika anda inginkan khidmat nasihat untuk bantu anda buat pilihan yang lebih tepat, anda boleh gunakan khidmat konsultasi daripada pihak Direct Lending yang menguruskan pinjaman koperasi kerajaan terbaik.
Tonton video ini untuk penjelasan mudah cara semak kelayakan pinjaman percuma.
Klik butang di bawah ini untuk semak kelayakan pinjaman peribadi secara percuma. Masukkan jumlah dan tempoh pinjaman yang anda perlukan.
Selepas itu, anda boleh terus terima keputusan berdasarkan maklumat yang anda masukkan. Banding dan pilih senarai pinjaman koperasi yang paling sesuai dengan anda. Sama anda ada ingin pilih pinjaman yang berkadar rendah atau pinjaman yang lulus cepat.
Sediakan dokumen yang lengkap untuk permohonan anda seperti:
Konsultan peramah kami akan hubungi anda untuk memproses permohonan.
Ringkasnya, pinjaman koperasi bukan sahaja untuk sesuai untuk perbelanjaan besar seperti renovate rumah, perubatan dan lain-lain ianya juga boleh bantu anda selesaikan hutang tertunggak dengan lebih berkesan.
Semoga artikel ini telah memberikan anda serba sedikit info yang bermanfaat tentang pinjaman koperasi di Malaysia. Ikutilah tip yang dikongsikan dan anda pasti akan terima bantuan kewangan dengan sah dan selamat tanpa perlu rasa ragu-ragu.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, banding dan mohon pinjaman yang sesuai dengan anda. Servis percuma & tiada caj pendahuluan.
(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 18 September 2017 dan dikemas kini pada 20 March 2024).
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.