Apakah Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman (Moratorium) ?
Satu penangguhan sementara dalam jangka masa terhad yang ditetapkan ( 6 bulan ). Sebagai contoh, jika pinjaman anda adalah 120 bulan, maka dengan moratorium ia akan menjadi 126 bulan.
Apakah saluran untuk mohon bantuan moratorium?
Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web atau e-mel automatik yang akan tersedia menerusi laman sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka. Peminjam juga boleh menghubungi bank mereka melalui telefon dan panduan akan diberikan oleh pegawai khidmat pelanggan.
Siapakah yang layak untuk mohon moratorium 2.0?
Semua individu (B40, M40 dan T20)
Semua perusahaan mikro*
Semua PKS* yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19
*Seperti yang ditakrif oleh SME Corporation Malaysia
Apakah proses untuk penangguhan pinjaman ini?
Untuk individu, penangguhan pinjaman adalah automatik. Sekiranya anda ingin meneruskan bayaran balik pinjaman seperti biasa, anda perlu maklumkan pihak bank anda.
Apakah faedah terkompaun akan dikenakan dalam tempoh penangguhan 6 bulan ini?
Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (iaitu faedah/keuntungan terkompaun) atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan.
Adakah rekod CCRIS saya akan terjejas jika mohon moratorium?
Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada tahun 2021.
Jika saya mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari dengan siapakah saya perlu mohon bantuan?
Peminjam individu dan PKS yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari boleh juga menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat nasihat kewangan secara percuma.
Jika saya membuat pembayaran auto-debit setiap bulan, apakah yang perlu saya buat?
Semak e-statement bank anda, dan lihat jika duit anda ditolak pada tarikh akhir pinjaman.
Jika saya membuat pembayaran balik dengan menolak dari slip gaji apakah yang perlu saya buat?
Anda perlu maklumkan kepada bahagian sumber manusia di tempat anda bekerja sekiranya mahu memohon moratorium 6 bulan. Anda juga harus maklumkan kepada pihak perbankan anda.
Apakah pinjaman koperasi untuk penjawat awam termasuk dalam penangguhan ini?
Setakat ini, moratorium adalah untuk pinjaman bank & institusi kewangan pembangunan. Kami akan kemaskini di artikel ini jika ada sebarang maklumat terkini.
Apakah alternatif jika saya tidak memohon moratorium
1. Buat penyatuan hutang dengan
pinjaman koperasi.
2. Overlap (Pinjaman bertindih)
3. Penstrukturan semula
4. Buat side job
5. Bincang dengan AKPK