Marketing
"Saya nak simpan RM20k dalam setahun sebab nak kahwin" "Nak simpan RM10k tahun ni sebab nak travel"
Niat tu dah betul. Tapi tulah kalau cakap sahaja memang senang. Semua boleh cakap, tapi ramai sebenarnya yang kecundang bila nak buat. Sebab tu kalau nak menyimpan duit kena tahu strategi dan cara simpan duit yang lebih berkesan.
Anda kena biasakan diri untuk belajar ilmu kewangan dan rajin untuk tanya cara menyimpan duit daripada orang yang ada pengalaman kalau tak pun ikuti mereka di media sosial. Kalau dah ada target dan strategi yang power, semua boleh jadi. Tapi, kalau nak ada hasil memang tricky sikit.
Di sini kami akan kongsikan ilmu pelaburan terbaik dengan cara simpan duit di ASB daripada 'jutawan hartanah' Puan Syafieqah A'lya yang pada usia mudanya, beliau berjaya memiliki 2 buah kereta, 3 buah hartanah serta tabung simpanan dan pelaburan yang kukuh.
Menurut puan Syafieqah, selain daripada simpan duit dengan cara lama beliau juga mencadangkan buat simpanan dengan ASB. Macam mana boleh simpan duit cecah RM52k tu? Ini 4 jenis simpanan ASB dengan pengiraan kadar dividen selama 5 tahun yang puan Syafieqah amalkan.
Simpanan ini boleh dilakukan dengan buku biru ASB. Modal yang diperlukan serendah RM225 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 6.75%. Dalam tempoh 5 tahun:
Jumlah simpanan: RM13,500
Dividen terkumpul: RM2,500
Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM16,008.
Simpanan ini pulak untuk menunaikan ibadah Haji pada masa depan. Lebih baik buat simpanan awal-awal kan?
Modal yang diperlukan serendah RM150 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 4.25%. Dalam tempoh 5 tahun:
Jumlah simpanan: RM9,000
Dividen terkumpul: RM1,022
Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM10,022.
Simpanan ini boleh dilakukan dengan ASB 2 (buku warna purple). Modal yang diperlukan serendah RM150 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 6.5%. Dalam tempoh 5 tahun:
Jumlah simpanan: RM9,000
Dividen terkumpul: RM1,605
Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM10,605.
Simpanan ini pun boleh untuk yang liat sangat nak pakai cara dekat atas. Modal yang diperlukan serendah RM200 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata pulangan tahunan ialah 10%. Dalam tempoh 5 tahun:
Jumlah yang berkembang selama 5 tahun RM15,434.
Kalau simpan biasa je dapat RM12,000 je tau.
Bila anda campur jumlah simpanan dengan dividen terkumpul. Jumlah simpanan RM52,069 dalam masa 5 tahun.
Sebelum ni, anda perlu pergi ke bank, pejabat pos atau kaunter ASB untuk memasukkan duit simpanan ke dalam akaun ASB. Tetapi sekarang anda sudah boleh buat dengan hanya menggunakan handphone atau laptop sahaja secara online. Tak perlu lagi bersusah-payah untuk keluar dari rumah semata-mata untuk membuat deposit simpanan.
Untuk membuat transfer atau simpan duit ke dalam akaun ASB ini, anda perlu pastikan anda ada akaun ASB yang aktif terlebih dahulu.
Di sini kami akan kongsikan cara simpan duit di ASB secara online melalui mana-mana bank tanpa caj. Mudah dan cepat!
Muat turun aplikasi myASNB atau buka laman web https://www.myasnb.com.my/
Kemudian, login menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
Setelah anda selesai login, di laman utama akan terpapar simpanan atau akaun yang anda ada. Contoh akaun simpanan selain daripada Dana Saya ialah akaun simpanan anak-anak atau akaun Bijak/Remaja, jika anda ada membuka akaun tersebut.
Kemudian, anda hanya perlu klik Labur.
Seterusnya, klik Pelaburan Baru.
Seterusnya anda boleh pilih unit amanah yang anda inginkan untuk dilabur.
Masukkan jumlah pelaburan yang anda inginkan (berapa duit yang nak disimpan). Kemudian, pilih Perbankan Atas Talian (FPX) untuk transfer duit tersebut dari akaun bank anda ke ASB.
Pilih mana-mana bank pilihan anda untuk membuat tranksaksi
Bila anda dah check, klik sahaja SAHKAN.
Akhir sekali anda akan dibawa ke paparan login online banking yang dipilih tadi.
Seterusnya, masukkan sahaja ID dan password seperti biasa dan selesai!
Bagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ia adalah platform dalam talian yang mudah dan selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat baki akaun dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar. Isikan maklumat di ruang yang disediakan.
Lakukan proses verifikasi identiti. Create akaun dengan tentukan ID dan password.
Selepas pendaftaran akaun anda berjaya, anda boleh pilih mana-mana kaedah pembayaran untuk mula melabur serendah RM10 sahaja.
Sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, kita perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB ; contohnya pejabat pos.
Beritahu saja dekat kaunter yang kita nak update maklumat untuk guna portal ASB online.
Lepas tu barulah kita boleh daftar dan gunakan perkhidmatan ASB online tersebut.
Nak simpan duit memang banyak sangat cabarannya tapi bila dapat ilmu dan strategi yang lebih efektif tak salah kalau nak buat. Bila fikir balik, kalau buat simpan biasa setiap tahun berapa sangat yang dapat? Tapi kalau simpan dengan cara simpan duit di ASB ini makin 'beranak-pinak' duit yang kita ada.
Apa yang lagi best cara ini sangat sesuai untuk korang yang memang liat sangat nak buat simpanan. Tahan dan berdisiplin dalam masa 5 tahun sahaja, lepas tu anda sudah boleh capai target simpanan yang anda inginkan. Tak kisahlah target nak kahwin, bayar deposit rumah, beli kereta dan sebagainya, dengan cara yang betul anda boleh dapat capai semua target tersebut.
Namun, mungkin tak semua yang mampu buat cara simpan duit ini. Bayangkan golongan yang bergaji rendah dan pendapatan cukup-cukup makan sehingga hujung bulan sahaja, mampu ke nak buat simpanan dengan cara ni?
Oleh itu, cuba belajar dulu konsep menabung dan formula urus gaji untuk ketahui cara menabung yang paling sesuai dengan kemampuan anda. Kami faham masing-masing ada komitmen dan tanggungan sendiri disebabkan itulah perkongsian dan tips simpanan ini hanyalah panduan untuk anda yang mampu dan ada lebihan pendapatan untuk buat simpanan. Jika belum atau tidak mampu, anda boleh ubah panduan ini mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.
Kami harap perkongsian dan nasihat kewangan ini dapat membantu anda untuk memulakan tabung simpanan, tak kisahlah di platform pelaburan konvensional seperti ASB atau pun instrumen robot seperti, Robo Advisor Malaysia.
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% setahun atau secepat 2 hari bekerja.
(Artikel ini ditulis pada 5 May 2021 dan dikemas kini pada 24 April 2024)
A UiTM graduate, digital marketer and content creator since 2018. Sera writes about anything, from career advice, lifestyles, and finance. A person who cannot live without coffee, and sometimes she spends too much time on Twitter and TikTok.