Marketing
Pernahkah korang terfikir cara simpan duit sewaktu zaman atuk nenek dan orang dulu-dulu? Iyalah, zaman mereka mana ada lagi mesin ATM, kad debit dan segala macam teknologi yang memudahkan kita hari ini. Walaupun terbatas dari segi teknologi ketika itu, orang dulu-dulu tetap boleh mencari cara menyimpan duit. Biar pun zaman mereka sudah mempunyai bank, tetapi tidak semua kawasan ada kemudahan itu. Jadi kalau mereka ingin menyimpan duit di bank lokasinya tidak dekat dan jauh, terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kampung atau luar bandar. Berikut di bawah adalah 5 tips dan cara simpan duit yang boleh anda amalkan.
Kebiasaannya duit kertas akan sering disimpan dalam lipatan buku yang jarang diusik dan dibaca.
Keadaannya duit kertas ini juga bila dikeluarkan akan kekal tampak baru kerana ianya ditutup kemas disebabkan faktor permukaan buku yang rata.
Pasti ada di antara kita juga pernah melakukan perkara yang sama, tetapi hari ini rata-rata kita lebih suka meletakkannya di celah-celah dompet atau casing handphone.
Walaupun zaman sekarang masih ada yang suka menyelitkan duit di buku, cara terbaru dan lebih selamat adalah dengan menyimpan dengan buku ASB. Cara simpan duit di ASB ini bukan sahaja menguntungkan malah dapat membantu anda capai matlamat kewangan seperti, membeli rumah atau membeli kereta.
Ini juga salah satu tempat yang paling popular orang dulu-dulu suka buat, mereka menyimpan duit di celah-celah susunan baju yang telah dilipat di rak baju.
Tetapi risiko untuk dijumpai orang lain atau hilang itu agak tinggi kerana ianya mudah dicapai. Malah, selalunya pencuri atau perompak juga akan menyasarkan rak baju terlebih dahulu untuk mencari barangan berharga.
Ini juga cara menyimpan duit yang unik daaripada orang dulu-dulu, bagi mereka orang luar tidak akan tahu dan terfikir untuk melihatnya.
Iyalah, mana ada di antara kita yang datang ke rumah jiran atau orang lain, untuk angkat tikar atau karpet mereka.
Paling mudah dan senang untuk letakkan duit adalah di dalam mangkuk di almari perhiasan pinggan mangkuk mereka di rumah.
Rata-rata orang dulu-dulu memang mempunyai almari perhiasan pinggan mangkuk mereka untuk dipamerkan.
Haa.. kalau korang balik kampung nanti, cuba tengok ada tak duit dalam mangkuk di almari perhiasan itu.
Ini pun kita tidak akan terfikir orang dulu-dulu boleh letakkan duit di bawah pasu bunga perhiasan di dalam rumah.
Kalau korang perasaan juga nenek atau mak kita mesti marah kalau kita suka-suka alihkan pasu bunga perhiasan mereka.
Jadi, sekarang kita dah tahulah sebabnya kenapa mesti mereka ada letakkan sesuatu. Cepat pergi tengok!
Walaupun 5 cara menyimpan duit oleh orang dulu-dulu ini sudah jarang digunakan atas sebab keselamatan dan lain-lain. Namun, ianya merupakan pengetahuan yang berguna untuk kita. Ia juga menunjukkan bahawa walaupun tiada formula urus gaji atau bank simpanan pada zaman dulu, tetapi atuk nenek kita sudah pun mengamalkan tabiat menyimpan duit ini.
Dengan adanya banyak kemudahan untuk menyimpan duit pada zaman kini, kita sepatutnya mengambil peluang untuk mula menabung dengan bijak dan lebih disiplin. Banyakkan menimba ilmu kewangan dan praktikkan semua ilmu dan tips yang anda baca dan pelajari.
Jika anda berminat lebih banyak tips menabung dan cara menyimpan duit, join group telegram kami untuk semua tips kewangan percuma setiap hari!
Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi dan pinjaman wang berlesen. Kami boleh bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan anda. Semak kelayakan anda secara percuma & dapatkan pinjaman serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja.
An ex-banker, digital marketer, and masters graduate from University of Coventry. Mandy enjoys filling in the gaps of financial literacy by transforming ‘dry’ financial topics into ‘digestible’ articles. She did a lot of ballet growing up and is always on the hunt for the best deals online.