Apakah tujuan Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi?
![]()
Untuk Kakitangan Kerajaan
Dapatkan pinjaman koperasi & bank dengan cepat, mudah, dan selamat. Khas untuk penjawat awam.
Pinjaman Peribadi Terbaik
Kadar rendah dan proses pantas untuk pelbagai tujuan peribadi, pendidikan, perumahan atau perniagaan.

Baiki Rekod Kredit
CCRIS, AKPK atau CTOS? Semak kelayakan segera dengan dokumen minimum.
Jaminan kami
Kami sentiasa ada untuk memudahkan proses pinjaman peribadi anda.
Anda Keutamaan Kami
Kami hanya bekerjasama dengan bank dan koperasi yang ternama untuk penuhi semua keperluan kewangan anda.
Urusan Dipermudahkan
Konsultan pinjaman kami yang berdedikasi akan bantu anda dari A-Z. Semak kelayakan segera & terima pinjaman secepat 2 hari bekerja*
Telus
Tiada caj tersembunyi atau bayaran pendahuluan.
Percuma
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran deposit diperlukan.
Pinjaman Bank & Koperasi Malaysia Yang Tersedia
Pinjaman Bank
Sesuai untuk penjawat awam dengan rekod kredit baik, komitmen rendah dan ingin kadar faedah lebih rendah dan payout lebih tinggi.
Co-opbank Pertama / Bank Persatuan
Pembiayaan bank koperasi. Kadar terapung. Payout setinggi 95%. Proses 1 minggu. Kira komitmen luar.
Pinjaman Koperasi
Sesuai untuk penjawat awam atau ahli koperasi yang mahukan proses cepat, fleksibel dengan kadar tetap, walaupun ada isu CCRIS/CTOS.
Yayasan Ihsan Rakyat / Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis
Kalkulator
Pinjaman Peribadi
Koperasi & Bank
Kira anggaran ansuran bulanan anda dengan kalkulator pinjaman koperasi dan bank. Mudah, pantas, dan sesuai untuk penjawat awam.
Kegunaan Pinjaman Koperasi & Bank
Perubatan
Kos rawatan perubatan
Perbandingan antara Pinjaman Bank & Pinjaman Koperasi
| Kategori | Pinjaman Bank | Pinjaman Koperasi |
|---|---|---|
| Amaun Pinjaman | Sehingga RM400,000 | Sehingga RM300,000 |
| Kadar Faedah | Lebih rendah dari 2.97% (ada kadar terapung) | Lebih tinggi tapi kadar tetap |
| Kadar Bulanan | Ada tetap & terapung, berubah ikut OPR | Semua kadar tetap, bayaran bulanan kekal |
| Syarat Mohon | Ketat: CCRIS/CTOS/AKPK/komitmen tinggi diambil kira | Lebih fleksibel: CCRIS/CTOS/AKPK/komitmen tinggi boleh mohon |
| Proses Mohon | Tak semua online, perlu ke cawangan untuk tandatangan | 100% online |
| Patuh Syariah | Patuh Syariah, ada takaful | Patuh Syariah, ada takaful |
| Payout | Sehingga 98% (sesuai untuk yang nak cash banyak) | Sehingga 90% |
| Kelulusan | Hingga lebih seminggu | Secepat 2 hari |
| Sesuai Untuk | Orang rekod kredit baik & komitmen rendah / nak kadar rendah & boleh tunggu | Orang ada isu CCRIS/CTOS / nak proses mudah & cepat |
Syarat-syarat Permohonan Pinjaman Bank & Koperasi
- Warganegara Malaysia berumur 20 - 59 tahun
- Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG), Negeri, Badan Berkanun dan GLC yang terpilih.
- Jawatan tetap dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
- Komitmen luar tinggi, CCRIS/AKPK/CTOS layak mohon (untuk pinjaman koperasi terpilih)
- Tempoh pembiayaan dari 1 - 10 tahun


Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi
Klik ‘Semak Kelayakan’. Isi maklumat secepat 2 minit sahaja.

Banding dan pilih pinjaman bank dan koperasi yang sesuai untuk anda
![]()
Hantar dokumen, konsultan kami berdedikasi untuk membantu penyelesaian pinjaman peribadi anda dalam 1 hingga 2 hari bekerja.
Apa Kata Pelanggan Kami yang Gembira
Anda boleh jadi yang seterusnya


Soalan Lazim (FAQ) – Pinjaman Koperasi & Bank
Pinjaman koperasi adalah pinjaman tidak bercagar untuk kakitangan kerajaan, majlis, badan berkanun dan agensi tertentu. Koperasi berdaftar Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), dan pembayaran balik biasanya melalui potongan gaji Biro ANGKASA. Banyak pinjaman koperasi berkonsep Syariah.
Anda mesti warganegara Malaysia, berumur 20–58 tahun, mempunyai pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 3 bulan, pendapatan kasar minimum RM1,500, dan tidak muflis. Semak kelayakan percuma melalui platform kami.
KLIK SINI untuk semak kelayakan percuma.
Ya, kakitangan kerajaan masih boleh memohon. Kelulusan bergantung kepada jumlah komitmen sedia ada dan dokumen minimum. Untuk panduan kredit, rujuk AKPK.
Koperasi: Bayaran balik melalui potongan gaji, kriteria kredit lebih mudah, kadar faedah biasanya rendah, payout 80–95%, khas untuk penjawat awam. Bank: Bayaran balik melalui auto debit/manual, kelulusan lebih ketat, payout tinggi, terbuka kepada pekerja swasta & sektor awam.
Kelulusan mengambil 2 hari hingga 2 minggu bergantung pada institusi. Contoh: Yayasan Ihsan Rakyat boleh proses 2 hari, MBSB / Public Bank sekitar 1–2 minggu.
- Salinan kad pengenalan (MyKad) — depan dan belakang
- 3 bulan slip gaji terkini
- Surat pengesahan majikan
- Salinan penyata bank terkini (transaksi gaji bulanan dikreditkan). Cara dapatkan penyata bank
Amaun yang anda layak untuk pinjam bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pendapatan anda, komitmen bulanan dan sejarah kredit. Jumlah pinjaman maksimum untuk koperasi adalah sehingga RM300,000, dan jumlah pinjaman maksimum untuk bank adalah RM400,000.
Namun, bayaran balik untuk pinjaman bank dan koperasi adalah melalui potongan gaji, di mana pemotongan maksimum yang dibenarkan dalam slip gaji anda adalah 60%. Oleh itu, anda hanya layak mohon pinjaman koperasi jika potongan tidak melebihi 60%.
Anda boleh guna kalkulator pinjaman peribadi Direct Lending kami untuk kira berapa ansuran bulanan pinjaman yang anda mampu.
Ya, semua pinjaman peribadi bank dan koperasi di platform Direct Lending untuk penjawat awam adalah patuh Syariah.
Pinjaman peribadi adalah solusi yang mudah dan cepat untuk bantu anda selesaikan masalah kewangan anda.
Anda boleh mohon pinjaman bank dan koperasi untuk membuat penyatuan hutang atau ‘overlap’ pinjaman lama atau hutang mahal untuk bantu kurangkan komitmen bulanan. Anda juga boleh gunakan pinjaman koperasi untuk mula atau mengembangkan perniagaan anda, ubahsuai rumah, beli kereta atau beli motor, bayar yuran pendidikan, perkahwinan dan juga untuk hal-hal kecemasan.
Pastikan koperasi berdaftar dengan SKM melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau e-Sistem Pendaftaran Koperasi (MEDAC).
Semak lesen dan pengawasan bank melalui Bank Negara Malaysia.
Ya, anda boleh dan ini akan membantu anda untuk rendahkan komitmen bulanan atau membolehkan anda dapatkan tunai dalam tangan tanpa meningkatkan komitmen bulanan. Jika anda membuat overlap dengan bank atau koperasi yang sama, anda tidak perlu mohon untuk dapatkan surat penyelesaian hutang.
Guna kalkulator pinjaman peribadi overlap Direct Lending kami untuk anggarkan penjimatan anda.
Untuk kakitangan kerajaan yang memilih kaedah pembayaran balik adalah melalui potongan gaji melalui Biro Angkasa, anda ada pilihan untuk mohon pinjaman bank dan pinjaman koperasi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan:
Sesuai untuk mohon pinjaman peribadi bank jika:
- Mencari pinjaman peribadi berkadar rendah dengan payout tinggi
- Peminjam yang ada rekod pembayaran yang baik dan tiada rekod kredit negatif
- Peminjam yang ada komitmen hutang yang rendah
Sesuai untuk mohon pinjaman koperasi jika:
- Peminjam yang ada rekod kredit negatif, AKPK atau disenarai bawah Akaun Perhatian Khas (SAA)
- Peminjam yang ada komitmen tinggi di luar slip gaji
Pinjaman peribadi adalah tidak bercagar, jadi tiada cagaran atau penjamin diperlukan untuk memohon koperasi melalui Direct Lending.
Direct Lending membantu peminjam mencari, membanding, dan memohon pinjaman peribadi bank & koperasi secara percuma. Kami agen sah untuk 10+ bank & koperasi berdaftar di Malaysia dengan lebih 7,500 ulasan 5 bintang Google.
Semak kelayakan di platform kami → pilih pinjaman sesuai → konsultan hubungi anda dan bantu anda dari A sampai Z → proses permohonan sehingga kelulusan & payout. 100% percuma, tiada caj tersembunyi.
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 2.97% p.a. sehingga maksimum 9.99% p.a. (kadar rata). Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 1 tahun sehingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 2.99% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM12,990
** Untuk pinjaman RCE Yayasan. Tempoh 2 hari bekerja dikira bermula dari titik masa RCE menerima kesemua dokumen yang relevan daripada anda sehingga titik masa ketika wang pinjaman dimasukkan ke dalam akaun anda. Tempoh 2 hari bekerja hanya suatu jangkaan dan TIDAK dijamin, jika semua syarat berikut di penuhi: Semua dokumen yang dihantar adalah lengkap dan memenuhi syarat, tanpa keperluan dokumen tambahan atau susulan berikutan penyerahan pertama; RCE mesti berjaya menghubungi anda dan majikan anda untuk pengesahan yang diperlukan dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan dokumen lengkap anda dan pengesahan tersebut mestilah berjaya; dan Akaun bank yang diberikan untuk pendepositan wang pinjaman haruslah akaun bank Maybank. Dalam semua keadaan yang lain, ia akan mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.



















